Back to Top

Trafik Kat Bucharest dan Amsterdam: Tips Pemanduan, Berbasikal dan Pejalan Kaki

Mak nak share bagi sesiapa yang nak drive kat Bucharest terutamanya dan di negara Eropah amnya kecuali UK sebab Prof Afshin cakap drive kat London sama macam kat Malaysia. Sama jugak kalau yang berbasikal kat Amsterdam. Mak akan share apa yang mak tau ja. Hehe.

Drive di Bucharest & Brasov, Romania

Bucharest terutamanya sebab kat bahagian centerlah yang paling sibuk jalannya. Brasov tak berapa sibuk dan bandarnya pun taklah besar macam Bucharest. Jalan kat Bucharest ni sangatlah pelik. Tram dan kereta berkongsi jalan yang sama tu dah satu hal, roundabout dia pun pelik gila. Crew gemuk tu cakap once you enter the ring then you are the king. Tapi nak king macam mana kalau kat tengah-tengah roundabout pun ada traffic lite? Huhu. Sistem traffic lite dia pun pelik. Jalan kita dah hijau tapi kereta dari sebelah sana masih jalan. Macam mana nak masuk simpang kiri kan? Lampu dah hijau tapi tak bole jalan. Roundabout dia kadang-kadang takdak function roundabout pun sebab ada roundabout dia bole exit satu hala ja. Roundabout yang ada traffic lite tu la yang mak maksudkan. Jadi bukan semua roundabout kat sana yang kita bole tawaf sesuka hati.

Tabiat pemandu kat Bucharest ni pulak yang mak perasan, setiap kali lampu hijau, kereta yang paling depan sekali akan bunyikan hon sebelum jalan. Mungkin nak bagi warning kat pejalan kaki atau kat semua oranglah yang kereta dia nak jalan. Kalau dia nampak ada kereta berhenti kat bahu jalan bagi signal nak masuk lorong pun dia akan hon. Mungkin nak tarik perhatian kereta tu supaya jangan keluar sesuka hati sebab kereta dia dah menghampiri dari belakang. Lagi satu masa mak balik dari Brasov tu, kami nampak ada kereta rosak kat tepi jalan. Kereta yang rosak tu bagi hazard lite. Pastu setiap kereta yang dah melepasi kereta yang rosak tadi tu akan bagi hazard lite jugak dan kereta yang lain kat belakang pun ikut sama bagi hazard lite. Dia nak bagi warning kat kereta belakang ada hazardous thing will happen if you don't aware kot gitu la maksudnya. 

Kalau kat Malaysia memang dah sinonim sangat ngan the power of hand. Kita tahan kereta pakai tangan ja nanti kereta bagi kita laluan nak lintas jalan. Tapi kalau kat Bucharest ni, power pejalan kaki dia terletak kat kaki. Hang pi acah-acah huluq kaki kat jalan nanti kereta dok laju dari sana automatik terus stop nak bagi hang lintas. Power tak? Kalau hang nak main acah-acah huluq kaki seharian kat tepi jalan tu pun takpa. Mula-mula mak ngan suami cuak jugak nak melintas sebab jalan dia memang banyak kereta. Kalau jalan yang ada lorong melintas tu takpa lah tunggu ja lah sampai lampu hijau baru melintas. Mai jalan yang takdak trafik lite tu memang mak ngan suami pakat tunggu ja lah. Tetiba ada sorang makwe ni dia main lintas ja tak pandang kiri kanan pun pastu macam magik gila kan semua kereta yang dok laju tadi terus berhenti bagi laluan padahal makwe tu takda la cun mana pun tolak tambah muka lebih kurang macam muka mak ja. Hihi.

Start dari kejadian tu mak ngan suami pun dah berani nak main acah-acah huluq kaki kat jalan dan ternyata memang kereta-kereta tu berhenti. Hehe. Tapi bila hang yang drive, hang jangan tak bagi depa ni lintas jalan pulak nanti kena kecam macam suami mak. Tak pasal brader tu tunjuk muka tak puas hati gila sebab suami mak tak berhentikan kereta masa dia dah huluq kaki nak melintas. Haha. Mana la kami ni nak hadam sangat tabiat jalan kat Bucharest ni. Walaupun pemanduan yang pelik kat Romania, tapi agen Klass Wagen tu bagitau kereta jarang dan hampir tak pernah damage sebab eksiden tapi biasanya disebabkan oleh keadaan jalan dan mother nature. Dia yang cakao macam tu. Tapi memang betul pun, simpang paling besar dan kompleks kat Bucharest tu takdak pun yang eksiden even sepanjang kat sana kami tak pernah jumpa kereta sondol kereta depan ka, takdak.



 

 


Berbasikal di Amsterdam

Perkara pertama yang hangpa kena ingat bila berbasikal kat Amsterdam ni, tolong kayuh laju sikit. Haha. Sebab diorang ni memang bawak basikal laju-laju tak kira la yang tua ka muda ka laki ka pompuan sama ja. Jadi bila hangpa lambat terhegeh-hegeh depa dah siap bunyikan loceng dari belakang pastu berdesup potong basikal kami. Haha.

Tapi sebabkan kami tak biasa ngan cuaca kat Amsterdam yang terlampau dingin dan dengan pemandangan dia yang cantik tu, memang kami prefer bawak basikal slow-slow ja la. Actually memang tak boleh nak laju pun sebab naik basikal berdua. Hehe.

Perkara kedua yang hangpa kena ingat, hangpa kena sentiasa lock basikal hangpa kat mana-mana tiang ka pagaq ka yang hangpa rasa orang tak bole cabut bawak lari. Macam pelik kan? Tapi memang macam tu orang kat sana. Diorang lagi sanggup spend banyak untuk segala macam jenis lock dan rantai untuk basikal diorang daripada beli basikal baru kalau hilang. Kalau korang tengok pun basikal diorang tu bukan jenis yang mahal macam mountain bike tu pun. Basikal zaman atuk nenek kita jugak yang banyak kat sana.

Jadi setakat ni tu ja la yang mak nak share sebab setakat ni tu ja yang mak ingat. Nanti kalau ada info yang mak rasa berguna, mak akan update kemudia.

Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.