Back to Top

Itik Sekolah

Unbelievable bila aku dengar suami cerita kat aku kesah semasa rombongan merisik pulang lepas setel hal-hal merisik aku. Kalau kat Negeri Sembilan ni memang famous amous dengan segala produk salai dia. Daripada ayam sampai la ikan daging dan apa-apa aje lah yang boleh disalai sebab ikut selera family aku pun, ayam atau daging yang disalai dulu sebelum dimasak gulai tu lagi terliur rasa dia. Feveret aku gulai ikan keli salai dengan daun gelugur. Perghhh..Lapa plak ghaso eh ha..Haha

Nak jadi cerita masa rombongan merisik suami lalu kawasan Kuala Pilah, mereka berhenti beli itik salai. Memang kat Kuala Pilah je orang-orang dia kuat menyalai. Haha..Kak ipar aku pun tanya berapa harga itik salai tu. Pak cik tu lantas menjawab "Itik sebolah bla bla bla" dengan suara yang kuat. Maklumlah orang berniaga dapat customer pulakk.. Na hai happy dia. Haha

Kak ipar aku yang dah salah paham ni lalu merasa pelik. "Itik sekolah ke?" dia berkata dalam hati. Dia punya tak puas hati tu kot-kot betul itik-itik kat Negeri Sembilan ni dihantar ke sekolah, kak ipar pun tanya soalan yang berbaur akademik. Maklumlah cekgu. Hehe

"Pak cik, itik sekolah ke?"   ????*haha!!!

"Itik sebolahhh..Itik ni ha sebolah" Pak cik tu jawab

Aku dah ketawa terkahkah masa suami aku cerita tu. Sakit perut aku ketawa. Mesti kak ipar aku menyesal tanya soalan tu. Hahahahahaha..

Trademark Kuala Pilah

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.