Back to Top

Clinique Chubby Stick Intense


Hari ni nak review pasal clinique chubby stick intense. Ni semua kakak ipar aku punya pasal. Dia bagi aku chubby stick sebijik. Tak suka dengan kaler tu dia kata aku pun try tonyoh kat bibir.Memang best chubby stick ni. 

Selama ni aku tak pernah langsung nak guna gincu bibir ni. Balik-balik pakai lip balm maybeline aku tu. Lama-lama aku rasa lip balm aku tu sebenarnya tak sesuai untuk bibir lebam macam aku. Jadinye bila aku pakai chubby stick memang best gila la sebab dia cover full bibir aku. Tak nampak lebam dah.

Seperti kakak ipar, suami pun tak suka kaler chubby stick tu. Kami pun ke Clinique semalam nak beli chubby stick yang sesuai untuk aku. Frankly ini memang lipstick aku yang pertama dan aku sangat takut nak pakai tona yang terlalu glaring dan daring. Orang humble macam aku mestila kaler-kaler peach atau earth aje yang ada dalam kepala. Bila tengok aku terkial-kial nak try lipstick tonyoh pun macam tak yakin je, beautician tu pun campur tangan sekali.

Malu pun ada sebab tak penah tau cara yang betul nak guna lipstick. Sekali tudia abes semua senjata dia keluarkan. Lipliner, mekap remover tisu itu ini cotton bud. Haha. Tapi aku lega at least aku dapat tunjuk ajar dari beautician. Macam-macam kaler aku mintak try tapi aku rasa curviest caramel jugak yang bila aku tengok muka aku kat cermin aku rasa sayang. Haha

Kalau dah nama pun beautician, dia cakap apa pun aku setuju aje. Hasilnya aku rembat gak segala senjata yang dia keluarkan tadi tapi benda tu semua memang perlu untuk aku tutup bibir yang lebam ni. "I notice u got wrinkle" dan-dan dia bagi aku cream untuk wrinkle as a free gift berserta facial wash 3 step dengan waterproof mascara. Aku dah kena tembak dengan beautician tu sampai tak bole nak bernafas tak terfikir langsung nak dapat free gift sedangkan hal itu la yang aku fikir dari rumah. Nak mintak free gift. Huhu.

Overall aku berpuas hati dengan chubby stick memandangkan there's no way to remove the dark part on your lips walaupun aku ni sangatlah rajin nak letak lip masker mary kay tu tapi lama-lama aku jadi malas jugak nak pakai. Chubby stick jalan penyelesaian bagi masalah bibir yang lebam.













Cleansing Wipes : Penyelesaian Masalah Berwuduk Bagi Wanita Muslimah YangBermekap Tebal Mahupun Tidak

Gitchew tajuknye.. Sejak berjinak-jinak memikio kan tajuk untuk tesis ni, bukan main lagi bagi tajuk terpikio gitchew. 

Suatu hari lepas aku balik dari The Spring aku terfikir cara paling mudah nak tanggalkan mekap tanpa bawak pencuci muka masa nak solat di luar. Aku memang jenis tak bawak pencuci muka dalam beg jadi masa nak amek wuduk aku cuma tenyeh-tenyeh aje la muka dengan harapan segala foundation terbebas dari muka.

Lalu aku terfikir kan ke bagus kalau ada tisu yang bole singkirkan segala mekap kat muka masa nak solat. Sempat lagi aku berangan kalau lah aku orang yang pertama fikir pasal semua tu mesti dah lama aku buat loan bukak kilang buat cleansing wipes dan tentulah sekarang ni aku dah kaya raya tiap-tiap minggu pergi bercuti. Sekali aku google dah banyak daa cleansing wipes kat pasaran. Huhu punyalah naif.

Lega dengan apa yang aku jumpa, aku pun ke Watson tadi menyelongkar berapa banyak jenama cleansing wipes yang ada kat pasaran. Banyak rupanya dan aku sempat ambil beberapa gambar cleansing wipes bagi tujuan pendidikan dan jalan kira-kira mana tau kalau ada yang tak tau bajet berapa harga nak beli cleansing wipes tu.




Aku cuma upload gambar tapi aku tak tau mana satu yang best. Kat rumah aku pakai produk SimplySiti jadinye tadi bila aku pergi cari kat bahagian SimplySiti, tak ada pulak cleansing wipes diorang. Tak taulah diorang tak terfikir lagi ke nak buat cleansing wipes tu atau dah sold out. Jadi jalan yang aku rasa paling selamat adalah dengan memilih jenama Simple. 


Korang yang baru tau pasal cleansing wipes ni tak yah dah susah-susah nak bawak pencuci muka sebab aku tengok ada yang bawak sabun buku potong kecik-kecik simpan dalam bekas dadih tu. Kan leceh bila dia dah basah. Kalau pencuci muka dalam tiub tu ok lagi tak comot sangat beg pun tak basah. Ok eh? Bye

Review Cathy Choo: Part 2

Ada yang tanya aku, kenapa botol Cathy Choo ada yang tak sama? Ada yang begini

Lalu ada pula yang begini 


Persoalannya, mana satu Cathy Choo yang original? Barang bagus mesti banyak prototype. Mesti. Jadi jawapan dia begini. Cathy Choo dalam gambar diatas dan dibawah adalah original cuma gambar diatas tu adalah packaging lama dan gambar dibawah adalah packaging baru. Pembaharuan ini bagi mengelakkan pihak lain dari menduplicate Cathy Choo. Sungguhpun gambar atas dan bawah ada beza, tapi dia ada satu benda yang serupa. Logo hologram Karmart macam ni


Nahh.. Ini bukti keoriginalan. Kalau pun produk lain mampu tiru logo hologram ni, satu aje cara nak beza Cathy Choo tu ori ke tak, Cathy Choo tiruan akan rasa gatal-gatal bila dibawak mandi. Tak feminin langsung ayat. Jangan pulak nanti ingat gatal-gatal tu bagus konon-konon untuk pengelupasan kulit. Tak ada pun Cathy Choo buat kerja-kerja nak kupas kulit korang. Ia mencerahkan tanpa pengelupasan kulit.

Setel part keliru-keliru ni, meh sini nak sembang hasil pakai Cathy Choo selama 2 bulan. Yaa.. Cathy Choo 750ml bole tahan dua bulan dik. Dua bulan. Diulangi dua bulan. Jadi kita ni nak berniaga ni kena jujur. Tak payah nak gebang kelaut sangat. Cathy Choo memang bagus. Memang memutihkan dan menyerikan kulit badan tapi masa yang diambil untuk nampak hasil tu tidak semestinya dalam 18 hari seperti yang digembar gemburkan. Kalau korang memang jenis terperap dalam rumah alah dengan cahaya matahari mungkin la kot. Tapi kalau dengan matahari pun alah, tak yah pakai Cathy Choo pun dah cerah.

Tapi perasan tak ada orang tangan dia cerah tapi kat bahagian ruas-ruas jari dia agak coklat-coklat sikit. Guna Cathy Choo untuk masalah tu. Aku ni nak kata putih pun tak la sangat. Bertapok-tapok jugak kulit tapi lepas guna Cathy Choo alhamdulillah kawasan- kawasan yang tak sekata tu dah pulih malah tak perlu bersuluh lagi. Haha. Tak perlu lighting yang melampau. Lega rasa.



Best kannn? Bole whatsapp 0128086790 untuk maklumat lanjut. Gitchew.

54th Sarawak Inter-Divisional Table Tennis Championship

Acara setahun sekali suami kata. Yalah setahun sekali tapi kalau setahun ada MAKSAK, kejohanan IPT Borneo, kejohanan itu kejohanan ini yang setahun sekali jugak tak ke berkali-kali jadi nye setahun sekali tu? Haha begitulah cakap-cakap belakang suami tapi dalam hati tetap menyokong.

Ping pong punya pasal, ikut jugak suami ke Sarikei bagi sokongan dan juga bagi mengelakkan tido sorang-sorang kat rumah air mata meleleh. Huhu.. Sarikei best! Pekan dia kecil tepi pekan ada sungai yang besar dan nyaman. Bole naik bot ekspress dari Kuching ke Sarikei cuma 4 jam je kalau banding nak drive dari Kuching makan masa 6 jam.

Makan dia pun best. Senang nak cari tempat makan melayu. Paling best kan banana cheese dia murah gila-gila-gila. Satu pinggan penuh baru RM5. Mula-mula aku tamak sangat nak banana cheese makan RM5 tapau RM5. Bila sampai banana cheese dia mak aiiii.. Tinggi gunung dah banana cheese dia dalam pinggan tu. Kalau kat RJ Ayam Penyet tu confirm lebih dari RM10 tu. Sedap pulak tu sebab dia pakai marjerin. Kalau kat RJ dia tuang susu. Ha tu bab makan.

Hotel dia pun best dan berpatutan. Aku tinggal di Leh Hua Hotel dengan sewa RM45 satu malam. Tidaklah mewah tapi agak selesa la nak solat dan tidur semua. Dan di Sarikei tak banyak anjing. Ada dua tiga ekor je yang aku jumpa tu pun bukan dekat-dekat dengan hotel. Sarikei paling banyak kucing aku rasa. Mana-mana je mesti jumpa kucing.

Atas faktor-faktor di atas dan lain-lain suami aku muncul johan kategori non-chinese single. Tahniah untuk suami dan rakan-rakan wakil dari Samarahan yang lain pasal berjaya bolot tempat dari johan sampai tempat ketiga. Huhu

Masa opening ceremony

Breakfast day 1

Menentang national player, Kian Chai Beng

Diner. Asal diner je nak kene bergelap macam ni ke? Huhu

Johan Single Bumiputera

Naib johan team event bumiputera

Tempat keempat team event kategori open


Hihihihi...









 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.