Back to Top

TRIP MUSIM BUNGA 2019 PART 3 : WARSAW

Pukul 10 pagi kami dah keluar dari hotel dan terus ke bus stop sebab hari ni train awal pukul 2 petang. Agak tricky jugak nak cari bus stop yang ada bas ke stesen sentral. Masa ni mak rajinkan diri bertanya dengan orang local selain Google. Kalau naik U-Bahn tak risau sangat pasal direction sebab 100% boleh bergantung kat Google Maps je.

kat depan stesen sentral Berlin.

Singgah jap kaunter print tiket balik ke Amsterdam nanti siap siap.

Ni mak punya souvenir. Memang dah berazam nak beli buku dari setiap negara yang mak pergi. Hihi.

Pekena nasik briyani lagi sampai hijau. Haha. Menyesal pun ada jugak tapau benda ni banyak banyak.

Masa ni dah tukar train dekat stesen mana tak ingat. Tapi jangan risau dalam tiket ada nama stesen untuk tukar train. Cuma kena alert je setiap kali announcement dah sampai mana.

Masa awal perjalanan segalanya tampak indah. Sampailah bila train tu menghampiri Warsaw. Eh caption macam tak kena je dengan gambar. Haha.

Train kat Eropah ni memang punctual habis. Kalau dalam tiket dah tulis waktu tu, confirm waktu tu jugak train terus jalan takde nak tunggu dah.
Perjalanan dari Berlin ke Warsaw ambik masa 6 jam tapi pemandangan sepanjang perjalanan tu tak berapa menarik sangat kalau nak banding Amsterdam - Berlin. Masa awal perjalanan tu mak masih rasa selesa sebab masih travel dengan orang Berlin. Sampailah diorang turun kat border dan start travel dengan orang Poland. Mak agak je sebab cara diorang speaking bunyi lain sikit lepastu kasar. Serius agak tak polite.

Mak siap kena sound dengan sorang brader ni sebab dia duduk dekat seat suami mak. Mak tegur cara orang Malaysia kot penuh budi bahasa ketimuran lemah lembut dan sopan santun. Sekali tetiba kena sound dia cakap dia tau lah. Terus mak tarik muka dengan brader tu takde mood dah walaupun jauh lagi nak sampai Warsaw masa tu. Dia tak tau ke kampung mak jauh suka hati je nak sound orang? Haha tiberr. Tapi mak rasa makin hampir ke Central Europe, orang orang dia makin kurang manner sikit.

Sepanjang perjalanan tu memang mak buat muka. Takde langsung nak senyum senyum cakap elok elok dengan diorang tak macam dengan group makcik makcik sebelum ni very polite. Sampai je kat stesen, memang mak avoid tanya direction dengan orang local. Cukuplah hatiku telah tersakiti tidak akan ku tambah lagi. Mak dengan suami cari direction nak keluar dari stesen tu pun sendiri je walaupun sesat namun bertanya dengan mereka tidak mungkin akan ku lakukan. Haha boleh ek merajuk ngan orang Poland.

Memang senang nak sesat dalam stesen tu sebab semua signboard dalam bahasa Polish. Bila dah berjaya keluar dari stesen sentral tu, kami terus ambik teksi. Nasib baik driver teksi tu peramah. Bila kami tanya boleh ambik kat hotel tak, dia terus call kawan dia tanya sebab dia tak boleh speaking tapi tak berjaya jugak. Mujur dia ada business card buat penyelamat perbualan yang tak berjaya tu. Huhu.

Hotel kami kat Warsaw ni lokasi dia memang strategik sebab terletak betul betul kat old town. Itinerary mak memang dekat old town tu je. Takde nak naik public transport ke apa. Pagi tu kami keluar agak lewat. Bagi tido puas puas dulu baru keluar berjalan.

Puffa Lux Hostel nama hotel ni. Bilik dia klasik gila. Bilik air punya la besar dah nak sama besar macam bilik tidur. Huhu.

Muka happy sebab dapat tidur dengan puas. Bangun bangun terus pergi berjalan.

Mak ambik gambar ni sebab ingat nanti nak Google pasal dia ni. Tapi ternyata tinggal kenangan je hasrat tu. Haha.

Bangunan kat Eropah memang menarik.

Tengah sejuk beku lagi masa ni tapi buat buat cool je.

Nampak sangat pemalas nak jalan tapi disebabkan mak tak reti nak naik benda ni, mak teruskan jugak berjalan. Huhu.

Suami mak cakap ni pejabat pos.

Dah sampai kat Castle Square.

Program coordinator memang sentiasa macam ni demi memastikan peserta rasa gembira dan teruja sepanjang trip. Huhu.
Castle Square.

Barbican.

Mak ingatkan Barbican ni sejenis istana. Punyalah teruja nak pergi sebab nak feeling feeling princess kat situ. Ternyata ianya hanyalah sebuah gerbang. Sobs.

Haha pusing pusing kat situ je sebab semuanya dekat situ je. Kali ni suami mak pulak kena sound dengan makcik Polish tu masa nak beli fridge magnet. Haha adoilah sabar je lah dengan diorang ni.

Sebab dah boring pusing pusing tempat sama, suami mak macam biasa ajak pergi cari nasik. Huhu.

Tapau tak hingat. Restoran ni 15 minit walking distance dari Old Town.

Yay. Dapat dah buku mak. Tapi bila dah beli rasa macam buku alih bahasa je ni. Haha.

Sebelah petang kami jalan jalan kat direction lagi sebelah pulak iaitu area universiti sebab hotel kitorang duduk tu betul betul sebelah universiti.

Mak suka Warsaw tapi mak tak suka orang dia. Huhu.

Dekat Warsaw agak cepat gelap walaupun dah masuk musim bunga.

Maaf mak tak tau nama universiti ni. Ni sebenarnya laluan keluar masuk kereta. Best je tengok universiti ni takde pak guard. Mak punya universiti dulu nak masuk pun dah rasa macam nak masuk penjara Simpang Renggam kena cek sorang sorang. Kahkah.

Tak tau pulak dekat dengan hotel tu kedai buku dia lagi best.

Teringin nak masuk beli souvenir selain fridge magnet tapi bila pikir balik takpelah. Takkan ku ulangi meminta hatimu. Haha merajuk lagi weh dengan orang Poland.

One with the flag. Sama macam bendera Indonesia cuma yang ni terbalik. Patutlah dulu pernah jadi isu.

Mak ni kalau tak buat kerja gila tak sah. Mak ajak suami jalan jalan kat Castle Square tu balik sebab nak tengok tempat tu pada waktu malam. 
Masa ni sejuk bukan main. Suami mak dah merengek ajak balik nak minum Nescafe dia cakap. Haha.

Masa sampai semalam mak tengok dari dalam teksi Old Town ni malam malam bukan main indah. Ternyata mak harus bilang uwow gitu.

Presidential Suite. Kalau perasan kat pokok tu ada polis tengah berkawal.

Puffa Lux Hostel from the street kalau ada yang nak menginap kat sini pulak nanti. Very recommended sebab murah dan selesa.

Setel Warsaw. Esok adalah perjalanan yang paling panjang sampai rasa nak termuntah. Haha.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.