Back to Top

Penapis Air Cuckoo : Daripada Pengguna Kini Ejen Yang Sah

Sudah masuk 3 minggu mak bergelar ejen Cuckoo yang sah, nak. Sekarang ni mak dah berjawatan. Nama dia Cuckoo Natural Executive. Janji ada nama executive belakang dia tu. Hehe. Semenjak mak jadi ejen ni, mak nampak yang masyarakat kita sebenarnya dah ada kesedaran untuk mendapatkan air minuman yang bersih dan selamat. Tak kiralah yang kurang berkemampuan ataupun yang kaya sebab penapis air ni bukan lagi dikira sebagai kehendak ataupun trend, tetapi ia dah jadi sebahagian daripada keperluan dalam hidup.

Kualiti air dan udara kita tak sama macam 30 tahun lepas, nak. Populasi makin meningkat jadi kualiti keperluan seharian kita semakin menurun. Sebab tu muncul jenama-jenama yang memandang berat situasi ini dan cuba menawarkan jalan penyelesaian dengan cara memperkenalkan penapis air dan penapis udara dengan tujuan kita mendapat bekalan keperluan asas iaitu air dan udara yang bersih dan berkualiti untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan memanjangkan tempoh jangka hayat kita. Kita tak boleh tutup mata dan menafikan ramai kanak2 yang jatuh sakit sekarang. Salah satu berpunca dari persekitaran tak sihat. Anak kawan mak tiap2 minggu admit wad sebab terlalu kerap demam. Jadi kita kena ambil berat isu ni.

Kalau anak2 masih guna water heater untuk masak air, fikir balik nak. Selamat ke tidak water heater tu untuk digunakan berulang kali. Ya. Kami dulu pun bermula dengan water heater. Tetapi kami rasa tepu sangat. Sudahlah kami rasa tak yakin dengan material water heater tu, air pulak terus dari paip yang kita tak tau dah berapa puluh tahun punya paip besi. Jadi kami ambil inisiatif beli penapis air berharga RM50 yang guna penapis batu dari banyak lapisan tu. Masih kena masak guna water heater tu dan masukkan air ke dalam penapis air tu lepas air dah agak sejuk. Rasa2 dah selamat diminum tak? Makin bertambah teruk sebab batu2 tu mula berlumut. Kembang tekak mak tengok lama2. Haha.

Kemudian kami mula membeli air mineral sampai berkotak2. Nak, satu botol besar mineral besar tu harga dia RM2 tapi satu botol tu tak cukup untuk sehari. Sehari maximum guna 3 botol mineral. Itu pun masih perlu dipanaskan guna water heater yang sama kalau nak buat air panas. Bijak ke tak bijak? Hahaha. 

Kami rasa dungu sangat buat itu tak betul, buat ini pun salah. Jawapan dia beli penapis air je. Ditambah pulak masa tu mak sakit, jadi suami tak cukup tangan nak uruskan rumah dan kerja di pejabat, penapis air adalah keperluan masa tu untuk membantu suami. Kami berat hati nak beli penapis air pada mulanya sebab kami bukan settle down kat Kuching. Kami takut nanti nak pindah, penapis air macam mana. Tapi dengan Cuckoo, relocation adalah percuma. Disebabkan punya pengalaman dengan jenama lagi satu dan telah berkali2 dipaksa beli penapis air jenama tu, mak tetap pilih Cuckoo dan mak buat keputusan yang betul.

Produk yang bagus, R&D yang tip top, servis yang hebat, pricing yang melapangkan dada, tak ada apa yang  buat mak ragu nak perkenalkan Cuckoo kepada masyarakat yang dah punya kesedaran nak dapatkan bekalan air minuman yang bersih ni. Bekalan air bersih adalah hak setiap lapisan masyarakat tapi selalu orang akan cakap nak dapatkan air yang bersih ni mahal tetapi tidak dengan Cuckoo. Cuckoo datang dengan pakej harga yang flexible supaya segenap lapisan masyarakat mampu mendapatkan bekalan air yang bersih di rumah masing2. Tak percaya?





Cuckoo datang dengan Cuckoo Goood Plan. Anak2 boleh pilih harga sewa bulanan yang bersesuaian dengan bajet anak2. Penapis air bukan untuk yang dah berkeluarga je sebab biasa yang dah berkeluarga dan ada anak ni beli penapis air sebab nak mudahkan bancuh susu anak. Anak2 yang bujang pun patut ada kesedaran belikan penapis air untuk orang tua di kampung. Berbakti kepada orang tua bukan sekadar balik kampung setiap minggu jenguk mereka sahaja. Kena ambil berat pasal kebajikan mereka juga. Model yang berada dibawah Cuckoo Goood Plan ni adalah model King Top.

 

Cuckoo juga ada menawarkan pakej Cuckoo Normal Plan yang mana dalam pakej ni anak2 tak boleh pilih harga sewa bulanan tapi pricing dia tetap yang terbaik berbanding jenama lain. Antara model2 yang diletakkan dibawah pakej ni adalah Icon dan Fusion Top.

 

 

Cuckoo juga sedar yang setiap design produk mereka mestilah bersesuaian dengan keperluan pelanggan, contohnya Fusion Top dan Deluxe direka khas bagi mengisi keperluan pelanggan yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

 

 

Best ke best? Semuanya sudah tersedia di pasaran, tetapi nak mencari yang terbaik tu agak sukar jadi kat sini mak datang membantu. Mak tau korang mesti nak tengok2 dulu sebelum tanya. Ada yang takut nak tanya harga sebab takut tak mampu. Tidak, nak. Sesekali tidak. Semua mampu dengan Cuckoo. Nak atau tidak je. Hihi. Mak yakin dengan Cuckoo, korang semua pun patut Cuckoo jugak.

You should Cuckoo.

Azira,
Cuckoo Natural Executive

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.