Back to Top

A&A Apartment : Best Accomodation Ever

Memang lepas ni kalau kami dapat travel kat mana-mana terutamanya belah Europe nun, kami akan menyewa apartment ja sebab sangat berbaloi-baloi sebab homestay dia bukan macam kat Malaysia yang mostly mahal ada yang sampai RM250 untuk satu malam pastu tak lengkap sangat pun facilities dia, tapi kalau kat Bucharest tu, apartment dia memang tip top. Puas hati gila dari toilet sampai dia punya dapuq.

Rate untuk satu malam pun murah ja dengan semua facilities yang ada kalau nak banding sewa bilik hotel ngan rate yang sama. Untuk Bucharest, kami sewa A&A Apartment. Search ja kat Booking.com mesti ada. Satu ja masalah ngan apartment ni sebab dia agak tricky nak cari lagi-lagi kalau kita sampai sana dah malam. Silap hari bulan jadi macam mak ri tu mereput nak bayar Capitol Hotel untuk satu malam gara-gara tak jumpa apartment ni.

Landmark paling senang nak cari apartment ni adalah dengan search Hilton Bucharest kat google map sebab apartment tu betul-betul kat belakang Hilton hotel tu. Nak lagi senang, nampak ja butik Gucci, makanya Hilton adalah disebelah Gucci dan jalan terus ke belakang dan belok ke kiri. Nanti korang akan nampak kat belah kanan korang ada apartment usang. Ada banyak pintu kat situ tapi nanti owner apartment tu akan tunggu kat depan pintu tu.

Owner dia seorang perempuan yang dah agak berumur tapi sangat-sangatlah peramah dan kelakar orangnya. Kalau dia cakap laju sangat sampai tersasul tergeliat lidah dia, nanti dia buat pfffttt. Haha comel gila sembur-sembur macam tu sebab nak buang word yang dia dah salah sebut tu. Huhu.

Masa amek kunci, terus bayar cash kat dia. Owner ni dia tourist guide jugak tapi mahal la sebab kami ajak dia pi Brasov ngan kereta sewa kami dia bole charge sampai 800 Lei. Huhu. Tapi untuk walking tour kat area Bucharest tu rate dia mungkin lagi reasonable dan for sure dia bole bawak hangpa kat tempat yang sangat menarik dan lebih menarik dari yang kami explore sendiri pastu ada tukang tolong amek gambaq kalau hangpa pi berdua ja. Haha.

Overall, A&A Apartment is highly recommended!



 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.