Back to Top

Bercuti ke Romania : Bucharest ( Day 3 )

Awal pagi pukul 5 mak dah bangun nak prepare sebab hari ni merupakan hari yang ditunggu-tunggu. (Konon je. Dalam hati dah tak sabar nak jalan-jalan) Suami mak bakal bentang paper beliau kat conference ICMERA 2016 nama dia kat Hotel Yesterday. Bangun awal tu bukan sebab conference start awal ke apa tapi sebab nak kena berjalan jauh dari apartment tu ke hotel. Jarak perjalanan amek masa dalam 50 minit jalan kaki. Kami pilih nak jalan kaki pagi tu sebab nak menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Balik ke apartment sebelah malam nanti baru kami naik metro cadangnya. Pukul 7 pagi kami dah keluar dari apartment. Cuaca awal pagi sangat sejuk dalam 4 darjah celcius macam tu tapi disebabkan suasana musim luruh yang sangat cantik, kami abaikan je muka dan tangan yang dah naik kebas tu. Memang berbaloi la pilih nak jalan kaki pagi tu.


Muka mak dah beku.
Kami sampai awal setengah jam kat hotel tu. Sorang pun belum sampai lagi. Kemudian datang sorang crew ni badan besar dan boroi dan sangat peramah ajak kami naik ke tingkat atas tempat conference tu diadakan. Masa pintu lif nak naik ke atas terbuka, tetiba kami disapa dengan penuh ramah oleh seseorang yang keluar dari lif tu. Welcome to Romania! Dia kata sambil tepuk-tepuk bahu suami dan bersalaman. Rupa-rupanya orang tu lah Prof Olaru yang dah tolong kami masa kat airport ngan hantarkan anak dia untuk jemput kami di airport. Mak jadi terkesima macam tak percaya yang kami bakal disambut dengan begitu mesra. Mak ingat depa ni sombong jadi mak bajet kami akan cuma mereput je la kat sudut bilik conference tu nanti tapi ternyata mak silap. Rasa terharu sangat dengan keramahan Prof. Olaru.

Dalam bilik conference, suami mak yang di welcoming dulu sebab suami mak satu-satunya presenter yang datang dari jauh. Presenter lain kebanyakannya datang dari negara eropah dan orang local. Suami mak diminta berucap dulu. Mak dah naik segan sebab kat meja tu cuma mak sorang ja yang bukan presenter. Huhu. Diorang sangat suka bila suami mak greeting selamat pagi dalam bahasa diorang. Buna dimineata! Diorang semua ketawa. Tak sia-sia mak ngan suami belajar sikit-sikit bahasa Romania. Lagipun sangat mudah nak belajar bahasa diorang ni berbanding bahasa belanda. Jadilah nak bagi diorang impressed ngan kita kan. Haha. Masa sesi bergambar, mak nak elak bergambar ngan mereka sebab mak rasa kasut mak yang dah abes lawa kat situ. Tapi cameraman tu tanya kenapa tak masuk sekali. Mak bagitau mak nak amek gambar suami mak. Dia cakap takpa satgi dia pulak nak amek gambar ngan mak. Baru la mak rasa yang mak ni takdak rupa macam red indian pun pakai winter boot tu. Bila Prof Olaru panggil mak amek gambar sekali ngan diorang, mak pun dengan confident join sebelah suami mak pasal mak sedar kasut mak bukanlah jenis yang aneh sangat kalau nak bandingkan ngan diorang tu. Nasib baik takdak yang hot attend conference tu. Huhu.


Ni lah dia Prof Olaru yang baik hati tu.
Sepanjang hari tu kami memang dilayan dengan sangat baik. Lepas habis bentang paper, kami terus keluar dari hotel nak pergi cari masjid yang berdekatan. Masa kami masih kat depan pintu hotel tengah nak sarung glove, tetiba crew yang berbadan besar tadi panggil kami ajak lunch sama. Kami nak elak lunch sebab risau status kehalalan makanan dia. Tapi kami dipaksa jugak dan suami pun cakap kita minum air ja. Bila kami dibawa ke buffet, kami nampak ada nasik. Kami pun amek la sikit buat jamah supaya Prof Olaru tak kecik hati. At least kami ada pilihan untuk makan makanan vegetarian.

Masa kat meja makan bukan main kami berborak dengan crew tadi tu dan sorang profesor dari Iran nama dia Prof Afshin. Suami cerita yang esok kami nak pergi main salji kat Brasov dan nak cari dracula. Macam-macam lawak yang keluar pasal dracula lepas tu. Masa tu mak rasa kagum yang kami bole blend ngan mereka dengan sangat selesa. Speaking pun main hentam je grammar pun tah apa-apa tapi actually fluent je. Hahaha berlagak gila. Tapi at least takdak rasa kekok pun. Takdak isu tak cukup keyakinan diri ka apa walaupun kami yang paling pelik kat situ lagi-lagi mak yang salah fesyen dan suami mak yang paling comel kat situ tapi dia la yang paling sembang lebat. Pening omputih tu nak layan. Haha.

Lepas lunch kami mintak diri nak ke masjid. Tetiba Prof Olaru panggil kami. Dia ingat kami dah nak balik apartment agaknya. Dia cakap ngan kami yang dia dah arrange sesuatu yang sangat special untuk kami masa diner malam nanti ngan hari esok. Dia dah set special table untuk kami dan berharap sangat yang kami dapat datang malam nanti. Memang kena datang pun malam tu sebab sijil ngan gambar dia bagi masa diner tu. Hihi. Sebab taknak hampakan dia, kami pun bagitau yang kami akan datang malam tu. Lepas tu kami terus cari masjid yang jarak dia dia 20 minit jalan kaki dari hotel tu.

Alhamdulillah jumpa pun masjid. Masjid ni dekat ngan tasik besar tapi tak larat nak pergi. Sejuk

Sangat cantik ukiran dalaman masjid ni
Masjid Ar- Rahman nama dia. Dari luar nampak biasa ja tapi dalam dia superb gila. Tak sangka kat Bucharest ada masjid yang indah macam ni pasal Romania ni negara yang kuat kristian. Ada satu gunung kat Sinaia tu siap ada buh salib gergasi kat puncak dia kot. Kami berehat kat masjid ja lepas solat jamak Zohor ngan Asar. Alang- alang Maghrib dia pun awal jadi kami tunggu je la kejap. Masa ni malas nak keluar berjalan sebab kat luar sejuk sangat. Banyak anjing pulak tu sebab masjid tu terletak kat kawasan perumahan. Mak bersyukur sangat Allah permudahkan urusan kami kat negara asing macam tu. Masih dapat makan nasik dan solat di masjid. Jadinya siapa yang nak datang Romania terutamanya Bucharest, tak payahlah risau bab makan dan bab nak solat kat luar.

Jemaah masa solat Maghrib pun ramai ja. Dia punya azan syahdu gila mak siap rakam dalam phone lagi. Huhu. Lepas solat kami pun patah balik ke hotel tadi untuk hadiri diner. Macam biasa muka kami lagi yang paling awal sampai kat hotel tu. Huhu. Masa tengah tunggu peserta yang lain sampai, kami berborak ngan crew yang ramah lagi tamah tadi tu. Kali ni bukan main lebat kami bersembang. Memang takdak rasa kekok langsung dan mak rasa happy sangat dapat build confident kat negara orang. Actually sebab negara orang kan jadi takdak siapa yang kenai kami sebab tu la mak bole sembang lebat. Hehe.

Ni lah crew gemuk tu nama apa pun taktau. Main sembang ja. Haha.
Malam tu masa diner suami mak terima gambaq conference ngan sijil penyertaan. Tapi ada satu  perkara special terjadi malam tu. Lepas Prof Olaru umumkan siapa yang dapat Best Paper untuk conference kali ni, Prof Olaru berbesar hati mengumumkan yang suami mak dengan specialnya didaftarkan sebagai ahli apa dia pun tak tau tapi kami happy terima berita tersebut. Sememangnya Prof Olaru sangat baik orangnya dan sangat menghargai kami yang datang dari benua yang berbeza dengan bagi penghargaan yang tinggi bagi kami. Lepas penyampaian sijil tu ada lagi kejutan. Kali ni staff banquet bawak keluaq kek yang kat atas dia siap pacak bunga api lagi. Ingatkan Prof. Olaru buat surprise party untuk anak dia si Serban tu ka rupa-rupanya Prof. Olaru buat sambutan ulangtahun ke-7 untuk conference ICMERA. Disebabkan kami takmau makan kek dia dan sebab dah kenyang sangat, kami mintak diri awal nak balik apartment. Alasan sebab jauh nak balik apartment. Huhu.



Malam tu tersangatlah sejuk. Jalan pun sunyi ja takdak orang pun. Nak jadi cerita bateri hp mak ngan suami abes la pulak. Kami pun redah je la jalan nak balik apartment tu. Main agak-agak ja landmark tu rasa-rasa macam penah nampak ja masa lalu pagi tadi kami anggap jalan yang kami lalu tu betul. Memang cuak gila masa tu muka pun dah nampak tak confident sebab mak pesan kat suami kita kena tunjuk muka confident kat negara orang walaupun baru lepas jatuh dalam longkang ka muka kena tetap confident. Nasib baik Allah tolong dan jalan yang kami lalu tu betul in fact tetiba dah sampai apartment kami. Ajaib tak? Huhu. Tamatlah hari kedua kami di Bucharest. Esoknya kami masih perlu hadiri bengkel di hotel yang sama dan banyak lagi perkara best yang berlaku masa hari ketiga kami di sana.

Nantikan entri mak yang seterusnya. Cewahhh..




No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.