Back to Top

Bercuti ke Romania : Bucharest ( Day 1 & 2)

Mak ni tak pernah ke luar negara,nak. Sekali dapat pi melancong, nun ke Europe sana suami mak bawak mak. Alhamdulillah, nak. Sebenaqnya suami mak attend satu conference kat sana. Saja la pun nak merasa pi conference kat luar negara pasal asyik dok dalam Malaysia ja. Naik kapal terbang selalu dah tapi asyik flight KL- Kuching ja. Pi balik rumah ja. Jadinya suami mak nak rasa la terbang pi luar negara pulak. Nak gak tengok suasana kat luar negara nun sama ka dak macam dalam cerita omputih yang kat dalam tv tu. Memula plan nk pi Australia tapi mak rasa perjalanan naik kapal terbang tak berapa jauh. Check punya check conference yang ada, tetiba suami mak cakap kat Romania ada conference bulan November. Mak ni Romania pun tak penah dengaq dok celah mana pun tak tau selamat ka dak pi sana. Tapi mak yang gatai mulut cakap ngan suami mak nak pi Romania pasal dia terletak kat belah Europe nun. At least keluaq dari benua Asia. Huhu. Duit dia pun lebih kurang dengan duit kita jugak. Jadi mak pun buat research pasal negara tu, suami mak setelkan paper untuk disubmit.

Begitulah sedikit brief introduction kenapa kami pilih nak pi Romania yang rata-rata bila kami bagitau nak pi melancong ke Romania semua dok tanya kat mana negara tu. Adik ipaq lagi best tanya hang bila nak pi Romanoff, bang man? Haha sungguhla tak glamer negara ni atau mak ni ja yang tak khatam geografi. Sat gi kawan suami tanya lagi hang bila nak pi Bulgaria. Satgi keluaq lagi nama negara lain tak dak yang betoi. Haha. Begitulah first impression negara yang bakal kami lawati nanti. Jadi atas sebab first time beli tiket penerbangan antarabangsa, jadual penerbangan kami tidaklah berapa cantik.  Dengan menaiki Qatar Airways, kami transit di Doha selama 6 jam selepas mengharungi penerbangan selama 8 jam dari KL. Dari Doha, kami ke Amsterdam pulak. Dari Doha ke Amsterdam juga dengan Qatar Airways makan masa 7 jam nak sampai. Kat sana kami kena tunggu lagi sampai 5 jam sebelum tukar penerbangan naik Tarom Airlines ke Romania. Nak sampai Romania ni kena naik european punya airlines. Takdak direct flite dari Asia kalau tak silap. 

Transit kat Doha apa ntah nama airport dia tak ingat dah. Patutla ramai yang amek gambar kat patung ni, ramai yang transit ja kat sini. Huhu


Kami sampai kat Romania dah tengah malam sebab flight ke Romania ada dua kali sehari ja. Kami terpaksa pilih penerbangan terakhir. Dah la yang terakhir, delay pulak tu. Mujur Prof Olaru hantar anak lelaki dia jemput kami kat airport. Jenuh jugak kalau takdak sapa yang mai amek kami kat airport. Nak naik bas pun bas paling last untuk hari tu dah pun berlepas. Nak naik teksi takut kena rompak pulak dengan driver teksi sebab kat Romania ni memang terkenal dengan rompak merompak antara penumpang dan pemandu teksi tapi cara diorang ni rompak ada tatasusila jugak siap bole tawar menawar harga. Haha mak tau la pasal mak ngan suami pun kena rompak jugak kat sana. Nanti mak cerita dia punya lawak kena rompak siang-siang hari.

 Setibanya kami di Henri Coanda Otopeni Airport, kami terus disapa oleh Serban, anak lelaki Prof Olaru. Ala senang sangatlah nak kenal kami ni pasal muka dah sah-sah lain dari muka orang tempatan yang berkulit putih dan tinggi-tinggi dan cantik-cantik dan stylo-stylo. Sigh. Serban datang dengan girlfriend dia nama apa pun tak tau pasal segan nak tanya. Diorang ni sangat-sangatlah peramah. Naik BMW pulak tu rasa macam VIP sangat. Huhu. Kami sepatutnya menyewa di A&A Apartment kat Bucharest tapi apartment dia ni leceh sikit nak cari. Tapi kalau owner tu bagitau siap-siap landmark dia, senang ja nak cari tengah-tengah malam tu. Nak jadi cerita kami cari apartment tu tak jumpa-jumpa. Call owner tu pulak tak dapat. Serban decide kami patut berehat kat hotel lain untuk malam tu sahaja pasal kami dah lalui penerbangan yang panjang dan jauh jadi kami patut berehat. Kami pun setuju ja sebab kami pun tak nak susahkan dia ngan girlfriend dia lagi ntah esok kawan tu nak pi kerja ka kalut pulak pagi-pagi bangun lambat nanti. Nah todia Capitol Plaza depa pi hantaq kami pasal susah nak cari hotel malam-malam macam tu. Dah tu nasib baik pulak hotel tu tinggal satu bilik ja yang available. Walaupun mahal tapi kami terpaksa jugaklah daripada susahkan orang. Tapi berbaloi ja menginap kat hotel tu pasal tempat dia betul-betul kat centre of attraction.

Esok pagi-pagi kami dah turun sarapan sebab dah include dalam pakej. Kami minum teh ngan makan anggur ja. Tetiba tengah seronok hirup teh, mai sorang staff ni tanya nombor bilik. Kami ingat dia nak tengok kupon sarapan sebab masa mai tadi takdak sapa yang tunggu kat kaunter depan tu. kami bagitau la nombor bilik lepas tu tanya dia nak tengok kupon kami ka. Dan-dan dia jawab dia tak paham apa yang kami tanya. Aik? Tadi kemain berdebu dia speaking omputih ngan kami. Kami tanya lagi nak tengok kupon ka? Dia tergagap-gagap pastu cakap dia cuma nak tanya nombor bilik ja dengan nada yang marah pastu blah macam tu ja. Amboi dia ni ada jugak yang kena baling ngan winter boot mak ni kang. Sukati ja nakspoilkan mood orang pagi-pagi ni pulak kan. Huhu.  Nasib baik la kat tempat orang kena jadi kena la sabaq lebih sikit. Tapi bila dua tiga kali kami lalui situasi yang sama, kami rasa depa ni tak suka kalau kita tanya berulang kali kat depa. Masa kat mini market nak beli simkad pun kena jugak. Masa nak amek kereta sewa pun kena jugak. Hihi.

Lepas sarapan kami keluar withdraw duit dan beli simkad. Simkad kat sana mahal oi sampai 85 Lei. Tapi siap sekali ngan internet 4GB tapi kredit tak ingat berapa. Dalam €2 ja kot. Hotel kami tu memang sebelah ja ngan muzium-muzium yang cantik tu pastu dekat ngan Old Town tapi kami tak jalan sampai sana pun. Jalan pagi tu sibuk sangat pastu bising dok hon sana hon sini. Mak macam terperanjat jugak la ngan depa ni awat rajin sangat bunyikan hon tapi nanti mak cerita dalam entri lain pasal trafik kat Bucharest. Kami jalan-jalan dekat situ ja sebab semua tempat pun cantik. Lagipun kami kena jumpa ngan owner apartment tu jadi malas nak patah balik jauh-jauh. Bila dah dapat kunci kami check out dari hotel dan patah balik semula ke apartment tadi. Sebab penat tak hilang lagi, petang tu kami tido ja sampai perut dah lapar terus menggelupur bangun cari makanan.

Ni salah satu muzium yang orang selalu pergi bila mai Bucharest tapi maaflah mak tak tau nama dia ni apa. Hihi. Time ni bangunan ni under renovation pulak.
Ni pulak ada kaitan ngan art nama muzium ni tapi masih taktau nama penuh dia. Sebelah ja ngan hotel Capitol Plaza tu.

Ni gambaq dari balkoni hotel. Best gila hotel ada balkoni rasa macam kaya sangat. Hik2.

Berbekalkan internet daripada simkad baru, malam tu kami keluar mencari restauran halal. Kami cadang nak ke restauran makanan india jarak dalam 30 minit jalan kaki dari apartment tu. Dalam kesejukan malam tu kami pun berjalan mencari restauran tu. Ramai juga orang malam tu jadi tak berapa takut sangat. Dekat certain junction ada sorang abang polis meronda kat situ. Maklumlah mak takut jugak keluar waktu malam kat tempat orng ni. Dalam perjalanan tetiba mak ternampak restauran Sis Kebab. Mak bagitau suami mak yang ni pun halal jugak tapi suami mak nak makan nasik. Mak ajak ja try tengok menu dia dulu. Lagipun tak payah jalan jauh sangat satgi nak balik jauh pulak nak jalan. Kami pun cek menu dia dan Alhamdulillah ada nasik. Tapi kami ada masalah sikit nak order menu sebab staff dia tak pandai cakap inggeris. Kami pun time tu bole lupa pulak macam mana nak cakap nasik dalam bahasa arab. Haha.

Siap google translate lagi tapi dia tak paham jugak. Agaknya dia ni orang Turki agaknya. Siap whatsapp adik ipaq tanya ayam dalam bahasa arab apa. Haha bagi je la alasan jetlag pastu tengah kebulur tak bole nak berfikir dengan waras. Nasib baik ada sorang lelaki ni mungkin owner dia bole speaking sikit-sikit. Jadi kami pun order menu dan tunggu. Dia yang jadi serabut sangat tu pasal kami demand nak dine in ngan take away. Tu yang menggelabah staff tu tengok kami sekejap tunjuk kat luar (take away) sekejap tunjuk kat dalam (dine in). Hahahaha. Masa tengah tunggu order tu datang sorang budak lelaki ni assist kami sebab dia bole speaking dengan baik. Jadi setel lah masalah kami. Start dari malam tu sampailah hari ahad, kerja kami order ja sebab dia ada delivery hantar sampai ke apartment. Nasib baik mak dapat suami yang tak boleh kalau sehari tak jumpa nasik. Kalau tak mereput la mak makan megi ja. Haha.


 Bersambung dalam entri seterusnya..


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.