Back to Top

Penapis Air Cuckoo : Icon

[Awas.Entri agak panjang. Harap maklum]

Lepas Kuching dilanda banjir ri tu, kualiti air memang sangat menurun sampaikan bila amek wuduk pun siap terasa air tu berperisa karat masa berkumur. Sebelum kami decide nak amek penapis air cuckoo ni, kami terpaksa minum air mineral sebab tak berani nak minum air yang tak bertapis. Lepas mak operate ri tu, memang berkotak-kotak la suami mak beli air mineral sebab tak berani amek risiko minum air yang tak bertapis. Nanti sakit balik, tak sanggup dah nak lalu. Jadi sekarang ni nak makan minum yang sihat-sihat ja. Cewah.

Sebelum pilih jenama cuckoo ni banyak mak baca review pasal produk ni tapi tak banyak maklumat yang mak dapat sebab mungkin orang belum ramai yang guna penapis air jenama ni ataupun tak ramai pengguna yang kongsi entri pasal penapis air ni kecuali agen jualan dia ja yang rajin update kat blog. Cuckoo memang mahal sebab mak cuma compare dengan dua jenama je. Coway ngan cuckoo sebabnya kat kampung, mak punya mak pakai coway. Jadi mak tak review banyak produk penapis jenama lain. Walaupun harga dia mahal, mak terpikat ngan design dia yang cun gila dan smart. Coway yang jenis lama dia tak berapa stylo sangat tapi design terbaru depa sekarang comel-comel jugak mak tengok tapi disebabkan dah terpikat ngan cuckoo, jadi mak pilih cuckoo jugak.

Kebetulan ri tu masa nak buka puasa kat Plaza Merdeka, mak jumpa booth cuckoo. Terus la mak tanya kat sales person dia. Mak ingat nak amek yang paling basic yang cuma ada room temperature ja tapi tu pun harga dia dah 2K ++. Mahal kan? Design pun tak seberapa kecik ja macam hidup segan mati tak mau. Pastu mak tanya-tanya pasal fusion pulak. Yang tu cuma ada hot and cold water harga 3K++ pastu design dia pun lebih kurang macam coway kat kampung tu cuma finishing dia lagi kemas. Maklumlah jenis design tu penting jugak. Mana tau bila dah dok umah sendiri nanti ada rezeki nak pasang kitchen cabinet ka, bole fit ngan design penapis air kita tu. Mak tak berapa berkenan ngan fusion tapi sebab mak rasa tu yang paling mampu milik, mak pun konon-konon tunjuk minat ngan fusion depan suami. Tetiba suami mak pi tanya icon pulak. Tu harga dia 4K++. Mak pun dalam hati macam dah wow kotla merasa pakai icon kan sebab icon paling smart. Dia ada hot, cold ngan room temperature water pastu touchscreen pulak tu siap bole bercakap lagi penapis air dia. Kagum gila mak ni. Kotla mak bole setting dia cakap negori pulak kan. "Air paneh keluar" "Air sojuk keluar" "Air biaso-biaso keluar".Haha.

Banyak yang mak tanya pasal icon ni. Kapasiti dia 3 liter dan kalau habis kena tunggu seminit ja nanti dia refill balik 3 liter. Compared ngan coway even kapasiti dia 6 liter tapi kalau habis dia kena tunggu sampai setengah jam baru refill. Tapi itu design lama. Hat terbaru mak tak tau. Adik tu tambah lagi, cuckoo ni dia air beralkali compared ngan coway yang cuma RO Water ja. Maksud RO Water tu dia kosong ja takdak mineral sebab penapis coway dia tapis habis semua mineral. Kalau tetiba air takdak, tak perlu nak plug off pun cuckoo ni compared ngan coway sebab cuckoo ada reserve tank. Coway mak tak pasti tapi technician suruh plug off kalau air takdak sebab takut nanti short dia kata. Untuk cuckoo ni, plug off bila tak guna untuk masa yang lama ja macam time nak balik kampung ka sebab takut nanti tetiba leaking ka banjir satu umah dah jadi keja pulak kan.

Paling best ngan model icon ni, finishing dia takdak guna material getah jadi nanti lama-lama dia tak comot macam coway sebab coway kat tempat push dia tu dia pakai getah. Sekarang ni dia dah jadi hitam-hitam. Susah nak tanggal pulak tu. Lepas tu cuckoo ni dia bole sterilize faucet atau kepala pili tempat keluaq ayaq tu. Feature ni amat-amatlah penting yang mana coway takdak pun ciri-ciri ni sebab kadang-kadang bila kita bancuh air kopi, masa tadah air dia terpercik kena faucet. Satgi semut mai pulak. Kadang tak bancuh air manis pun semut bole mai hurung sebab semut zaman sekarang pun dah rajin minum air bertapis. Diorang pun nak sihat jugak. Huhu.

Pastu mak tanya pasal pricing. Mak memang ada bad review ngan coway sebab yang kat kampung tu mak punya mak beli kalau harga cash cuma 3K++ ja tapi kalau hutang 5 tahun dia jadi 7K++. Mahal gila kot macam dah harga 2 bijik penapis tu. Mak memang plan nak beli cash ja. Gadai emas pun takpa sebab mak taknak rugi bayaq sekali ganda punya mahal. Bagi mak yang jenis kedekut keras ni sangat-sangatlah tak sanggup. Untuk icon ni rental sebulan dia RM120 untuk 3 tahun pertama. Lepas 3 tahun kalau nak tukaq hak pemilikan, maksud dia kita nak own dia terus, kena sambung lagi bayaq RM84 sebulan selama 2 tahun which is dulu-dulu coway takdak pun pakej macam ni. Kalau lepas 3 tahun taknak tukaq pemilikan, boleh tukaq ngan model lain dan continue ja la bayaq rental for the next 3 years. Rental cuckoo ngan coway beza RM10 lebih murah coway tapi coway 5 tahun bayaq harga rental yang sama. Kebetulan masa mak pergi tu depa ada promosi percuma processing fee. Kalau takdak promosi kena bayaq processing fee tu sebanyak RM256 macam tu lebih kurang. Adik tu pun pancing lagi dia kata kita boleh kalau nak reserve promotion tu dulu. Maksud dia bila-bila lepas promotion tu tamat, mak masih valid nak guna promotion tu sebab dah reserve walaupun contoh kata tetiba bulan 12 nanti baru mak rasa nak pakai penapis air tu, promotion tu still valid. Promosi tu tamat hujung bulan 3 ni.

Selain pricing, mak tanya pakej maintenance lepas habis bayaq 5 tahun tu sebab lepas tu kita kena bayaq sendiri maintenance dia. Macam icon ni pakej maintenance dia RM583 untuk setahun compared ngan coway kalau tak silap mak setahun untuk model yang ada kat kampung tu hampir RM900 jugak setahun. Kalau rental, pakej maintenance memang dah termasuk sekali selama 5 tahun tu. Kiranya free maintenance 5 tahun la. Kalau bayaq cash, free maintenance 3 tahun ja. Baki 2 tahun dan seterunya dah start bayaq sendiri. Mak benda-benda macam ni memang nak kena kira dulu sebab mak memang berkira orangnya. Haha. Nampak RM120 macam sikit tapi kalau tambah dengan komitmen yang sedia ada, boleh jadi beban jugak. Lagipun berbaloi beli cash ka atau lagi berbaloi bayar rental? Sebelum mak tinggalkan booth tu, mak reserve ja dulu promotion diorang tu. Masa buka puasa tu mak dok kira bakal komitmen. Hilang terus rasa lapar. Haha. Bila mak kira beza beli cash dengan rental, beza dia cuma RM519 ja! Of course lah rental biasanya lebih mahal tapi kalau ngan cuckoo ni lebih berbaloi bayaq secara rental sebab beza tak banyak pun kalau beli cash. Which is memang jauh sangat la beza dengan coway tu. Harga icon RM4452 bila campuq ngan baki 2 tahun maintenance yang kena bayaq sendiri tu, total RM6201 lebih kurang macam rental 5 tahun ja. Yang lagi penting, mak tak perlu bayaq sampai sekali ganda macam coway. Best kan?

Lepas buka puasa dan shoping, kami singgah balik booth tu dan terus sign borang. Adik tu kata kalau guna akaun CIMB untuk auto debit lagi cepat HQ proses borang tu. Dengan tak perlu bayaq apa-apa, sebab processing fee dah free kan, kami pun sign borang tu dan balik dengan senang hati. Tapi lama jugak tunggu sampai 2 minggu baru technician mai instal penapis air kesayangan mak sebab ada masalah dengan form. Depa ni pelik sikit sebab submit form pakai hp ja. Amek gambaq form pastu send kat whatsapp. Bila lambat sangat tunggu tak datang-datang, bila mak tanya adik tu kata hari tu dia amek gambaq form tu tangan dia menggigil sikit jadi gambaq tak clear. Dan-dan HQ tak terima. Sabaq ja la. Awatla tak scan email ja. Tapi penantian makan 2 minggu tu berbaloi bila akhirnya technician mai instal icon mak. Technician pun baik gila. Mak rasa macam nak masakkan spagheti ja bungkus kat dia satu bila dia datang lagi nanti sebab terharu dengan kebaikan dia. Haha. Dia akan mai setiap 4 bulan untuk service tapi tak semua filter tu kena di service setiap 4 bulan. Ada yang 4 bulan, ada yang 8 bulan dan ada yang setahun sekali jugak ikut jenis filter. Agaknya sebab tu lah bole jimat dekat pakej maintenance kot. Tapi pastikan tekanan air kat umah hangpa kuat, kalau tak dia takmau instal walaupun kita ni sungguh-sungguh habaq kat dia kita ni rela tengok penapis air tu jadi barang perhiasan ja.

Bila dah ada penapis air ni rajin sangatlah mak pi tadah sebab nak dengaq dia cakap. Haha jakun gila. Mak siap cakap ngan suami nak setting bagi dia cakap pelat pulak. Maklumlah mak ngan suami mak kan suka baby-baby kan diri masing-masing laki bini dok cakap pelat. "Air anash ua" "Air cijok ua" Hahaha.

Cun kan mak punya cuckoo. Kesayangan terbaru tiap hari dibelai-belai dengan penuh kasih sayang

73 comments:

  1. Tahniah kak... terbaik akak punya review.. .

    Sesiapa yg berminat nak dapatkan quotation cuckoo dgn pelbagai offer boleh whatsapp 0137333030 Iskandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..share ja bnd elok

      *ada komen mak terdelete tanpa sengaja hat tny ok x pakai icon, setakat ni pakai xdak pa masalah pn..ok ja

      Delete
  2. Room temperature tuh suam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..suam2 sedap minum.tp bole gak setting jadi betul2 room temperature pasal icon ni satu2 nya model yg bole setting smp 5 jenis temperature

      Delete
  3. Kalau blackout, icon ni masih blh keluarkan air x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya x bole kot sbb sistem elektronik dia off..puan bole tny brader yg bg no phone kt atas tu.sy bkn agen..sy pengguna ja.hihi

      Delete
    2. di cuckoo..kami ada 3 jenis water filter digitalize dan 3 jenis water filter manual.
      >> utk icon..jika blackout..ia xberfungsi krn ia fully automatic <<
      .
      utk water filter yg jenis manual spt (deluxe,fusion top n fusion stand) masih boleh digunakan jika blackout.

      Delete
    3. Sy harap jwpn brader membantu tp last time technician ada bgtau klu black out bole kelua air tp suhu bilik ja..tgu black out nti tgk bole keluar x.huhu

      Paling penting technician cuckoo semua perempuan jadi surirumah lebih selesa nk deal bila diorg dtg buat servis.after servis terus bole guna balik icon mak.x payah tgu smp sejam mcm coway 😌

      Delete
  4. semua pakai whataps ye sekarang.kenapa diorg tak guna sistem email eh?hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xtau la depa ni sempoi sgt..nk bg pelanggan selesa kot.hihi

      Delete
  5. As salam sis pnya pakej tu mmg 5 tahun shaja ke.. sy de survey tp palejnha 6 tahun

    ReplyDelete
  6. As salam sis pnya pakej tu mmg 5 tahun shaja ke.. sy de survey tp palejnha 6 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..tgk jenis produk kot sis.maybe sy pny 3 thn ja.another 2 years sbb nk tukar hak milik

      Delete
  7. Nk tny la. Lps siap pasang mmg kna tgu 12 jam baru bole guna ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah betoi sis tp utk cold button ja rasanya.mungkin nk kena tgu lama br air sejuk

      Delete
  8. Terbaik penerangan akak sebagai pengguna.. ��
    Jika berminat nak dapatkan product cuckoo boleh contact saya Hanafi 0189668587..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..ya.akak mmg suka cuckoo..dh senang nk senang lg.pilih temperature pastu push dispense button bar..klu malas sgt nk push, non-stop flow function pn ada..mmg mak suka sgt

      Delete
    2. Saya suka akak punya sharing boleh la saya share pada entry saya nnt ye kak...

      Delete
    3. Bolehhhh..sila2.tambah la mana2 yg akak x bgtau lg pasal icon.maklumlah excited sgt nk share 😂

      Delete
  9. Terbaik penerangan akak sebagai pengguna.. ��
    Jika berminat nak dapatkan product cuckoo boleh contact saya Hanafi 0189668587..

    ReplyDelete
  10. Dtq kak.insyaallah sesiapa yg berminat nk order cuckoo. Leh Wasap sy,syah 0133083714.sy akan explain detail ttg produk cuckoo.jika berminat nk jd ejen pun sgt2 digalakkan.komisyen tggi.modal zero.just promote kan jer:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://m.koreatimes.co.kr/phone/news/view.jsp?req_newsidx=209655

      Delete
    2. Ini sgt memeranjatkn.sila yg lain bukak link kt atas ni.thanks for sharing as we share what we think beneficial for others might it be good or bad things to be accepted

      Delete
  11. Salam kak. Sy agen Cuckoo. Boleh tak sy screenshot post akak ni lepastu sy share dkt fb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak malu pulak.hihi..tp yg part gmbr tu xyah la ye

      Delete
  12. Assalam kak...masa register tu first payment berapa yg akk kena bayar? Tengah bercadang2 nak pasang cuckoo..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..patut kena byr rm245 klu x silap tp masa tu ada promotion so registration fee waived :)

      Delete
  13. Assalamualaikum kak..
    Minta izin share ye..
    Terima kasih

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak..
    Minta izin share ye..
    Terima kasih

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak..
    Minta izin share ye..
    Terima kasih

    ReplyDelete
  16. Penerangan yg bagus.. Saya pn tgh berkira2 jugak nk amek yg mna 1..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..thanks for the compliment 😊

      Delete
  17. Penerangan yg bagus.. Saya pn tgh berkira2 jugak nk amek yg mna 1..hehe

    ReplyDelete
  18. Assalam, saya agent Cuckoo, wow hebat... Cuckoo memang the best! saya mohon share statement ni... teruskan menyokong Cuckoo... model Icon memang yang tercanggih, emak,sepupu,emak saudara semua dah guna Icon. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..selagi cuckoo valid dan reasonable utk diguna sy akan terus sokong produk ni.permohonan diluluskan..sila lah share.hihi

      Delete
  19. http://m.koreatimes.co.kr/phone/news/view.jsp?req_newsidx=209655

    chemical substance named octylisothiazolinone (OIT) was found on average in Cuckoo’s filter

    baru plan nak beli cuckoo,terjumpa berita ni dalam akhbar koreatimes..hu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak baca pasal ni tp xtau la sahih ke x ke cmne?huhu

      Delete
    2. Kenyataan Rasmi dari Cuckoo Korea

      Kepada Semua Pelanggan Cuckoo Malaysia,

      Merujuk kepada dakwaan negatif daripada artikel yang dinyatakan oleh sebuah syarikat penerbitan Korea, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menangani dakwaan tersebut sebagai salah satu usaha kami bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan dikalangan pengguna produk kami.
      Artikel itu melaporkan dua isu yang berlainan iaitu, penapis udara yang mengandungi bahan anti-bakteria OIT dan pengiklanan produk secara keterlaluan.
      Mengenai penapis udara yang mengandungi bahan anti-bakteria OIT, Kementerian Alam Sekitar Korea menjalani satu penilaian terhadap risiko kehadiran OIT dalam penapis udara dan mendapati bahawa OIT ini berkemungkinan boleh memudaratkan kesihatan. Demi kepentingan kesihatan awam, semua syarikat pengeluar penapis udara yang mengandungi bahan OIT ini diarahkan untuk menarik semula produk-produk tersebut. Keputusan ini telah memberi kesan kepada majoriti pengeluar penapis udara
      Keputusan makmal menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk berlakunya kemudaratan terhadap kesihatan manusia adalah rendah. Namun begitu, dalam usaha untuk mengurangkan potensi berlakunya kebimbangan dan kekeliruan di antara pelanggan kami di Malaysia, Cuckoo mengambil keputusan untuk menggantikan semua penapis kepada penapis bebas OIT secara percuma, dengan kadar segera. Di Cuckoo, kesihatan dan keselamatan pelanggan kami adalah keutamaan kami dan kami sentiasa komited untuk memastikan pelanggan kami menikmati produk yang berkualiti tinggi tanpa sebarang keraguan.
      Dakwaan kedua yang dinyatakan dalam artikel tersebut berkaitan dengan promosi produk Cuckoo secara melampau di saluran home shopping di Korea. Merujuk kepada kenyataan “Penapis ini juga dipromosikan ke atas dakwaan bahawa air yang ditapis adalah berkesan bagi rawatan dan menyembuhkan kerosakan kulit”, kenyataan yang diperbesarkan itu digunakan semasa penyiaran dan menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi Korea untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap saluran home shopping dan bukan terhadap Cuckoo. Pihak Cuckoo telah mengikut semua terma dan syarat penyiaran yang ditetapkan dengan mengemukakan semua bukti dan dokumen yang berkaitan kepada Suruhanjaya Komunikasi Piawaian Korea sebelum penyiaran. Siaran hanya akan dilakukan selepas permohonan diluluskan oleh pihak mereka.
      Semua pengistiharan yang dibuat oleh Cuckoo mengenai produk kami adalah sah dan mematuhi undang-undang. Berkaitan penapis air Cuckoo, mineral yang terkandung seperti kalsium, magnesium dan lain-lain telah dikenal pasti melalui ujian makmal. Penapis udara kami dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Alam Sekitar.
      Selaras dengan moto and visi kami, ‘Beyond Standards’, Cuckoo sentiasa berusaha untuk melangkaui batasan dalam meningkatkan kualiti hidup pelanggan kami. Cuckoo berjanji untuk membekalkan produk yang lebih selamat dan baik serta bersedia untuk menyalurkan maklumat yang tepat kepada pelanggan kami yang berhak untuk mengetahuinya.

      20 July, 2016
      BON HAK KOO
      Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Electronics Co., Ltd.

      Delete
  20. Assalamualaikum.. Saya guna cuckoo dah lebih 6bulan tapi tbe2 mesin tu bmasalah. Part air sejuk, dah xjadi sejuk, air suam jd panas.air panas jadi panas gila..haha..technician cek ckp mesin rosak. Bila tukar mesin baru, techinician ckp mesin akn auto setting tapi smpai hari ni mesin tu bmasalah..call utk servis tapi layanan hampeh..😰😰😰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..alamak mungkinkah produk dari korea sekrg dah jadi cap ayam?hari tu mesin basuh samsung meletup.huhu..tp setakat ni sy pkai icon tu ok je.

      Delete
    2. Saya penah kena mcm tu.. rupanya saya tertutup function air sejuk.. butang air sejuk ditekan terlalu lama. Dia offkan air sejuk.. bila saya tekan lama semula butang air sejuk sampai hidup xberkelip.. baru dia start sejuk semula.. tapi kena tunggu berjam2 jugak dia sejuk... bila dah ada air sejuk.. baru air suam dia kembali suam...xpanas gila dah

      Delete
    3. Oo..lupa pulak kn icon ada 5 jenis suhu. Agaknya kakak ni salah tekan la tu.bkn la mesin tu yg problem.huhu..akak sila rujuk manual

      Delete
  21. Assalamualaikum.. Saya guna cuckoo dah lebih 6bulan tapi tbe2 mesin tu bmasalah. Part air sejuk, dah xjadi sejuk, air suam jd panas.air panas jadi panas gila..haha..technician cek ckp mesin rosak. Bila tukar mesin baru, techinician ckp mesin akn auto setting tapi smpai hari ni mesin tu bmasalah..call utk servis tapi layanan hampeh..😰😰😰

    ReplyDelete
  22. terbaikk kak. Sebab tu sy pilih cuckoo. Service pun terbaikk. 10,000 user bg rating 5 star dalam masa 3 bulan. Bangga jd ejen cuckoo. Kalau minat atau nak tahu pasal produk cuckoo, boleh whatapp 011-18632093 (nasir) @ 017-7390601 (haslina)
    Email : cuckoo.onlinebranch@gmail.com

    ReplyDelete
  23. Terima kasih puan atas komen yg terbaik. Berminat dgn produk cuckoo, feel free to call, whatsapp Redzuan 0126407986. Sedia membantu. Pendaftaran n pemasangan percuma di seluruh malaysia.

    ReplyDelete
  24. Terima kasih puan atas komen yg terbaik. Berminat dgn produk cuckoo, feel free to call, whatsapp Redzuan 0126407986 anytime. Sedia membantu. Pendaftaran n pemasangan percuma diseluruh malaysia.

    ReplyDelete
  25. Halal x cuckoo ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halal..kt machine ada logo halal mcm kt ramen samyang

      Delete
  26. Bismillahirrahmannirahim
    Assalamualaikum kak nor azira Dan sahabat² semua.
    Produk @ model terkini 2016 - model king top.
    Yg mama berminat boleh WhatsApp Saya utk dptkn details produk-promosi-free gift sementara stok masih ada
    Johari 0196263552

    ReplyDelete
  27. Saya pun bercadang nk guna cuckoo. Husband nak coway tp sy lak nk cuckoo. Baca info akak makin yakin dgn cuckoo. Tp nak tanya, pengunaan elektrik nya mcm mana ye? Anggaran sebulan berapa? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu mmg best sgt cuckoo ni.coway pn ok jugak tp mmg preferred cuckoo.dia bergantung kt jenis suhu air yg kita ambik contoh mcm air sejuk dia guna 340w camtu la yg akak tgk kt spec dia tp so far bil letrik sebulan dlm rm60 je dh included fridge ngan rice cooker yg jarang sgt dimatikan 😂

      Delete
  28. Salam. mohon share.

    ReplyDelete
  29. Alamak risau pulak ni. Td tgk coway punya mcm best bila budak tu explain2 semua pastu siap ada promotion register lg. So sy pun isi la borang dulu mcm book la sbb promotion tu abis ahad ni. Tp dia dah cakap dah kalau tak jadi beli dia tak potong duit pun. Tapi risau jugak ni sbb dah isi borang dulu tadi. Ni bila baca review akak pasal cuckoo ni rasa menyesal pulak isi borang coway td. Agak2 dia tolak tak ye dari akaun? Takut dia paksa beli pulak nanti hmmm.

    ReplyDelete
  30. Tadi isi borang kena bg detail akaun bank sekali ke?haha ayokkk..tp bg akak yg paling penting pricing. Feature apa semua tu setiap brand ada kelebihan masing2. Tp xtau la kalau feature coway sekrg masih sama mcm yg akak describe dlm post ni 😂

    ReplyDelete
  31. Model yg dibandingkan dalam ni model paling mahal coway model inception, model ni ada fungsi air alkali, air sejuk, air panas, room. Kalau nak banding model cuckoo ni banding la dgn model coway yg setara. Satu lg servis coway setiap dua bulan sekali. Lagi satu maintainance pon ikut model. Rm 900 tu utk model inception tu gak. Sy pakai model vilaem, function air panas, sejuk n room harga lebih kurang dgn cuckoo tu. Lain kali kalau buat perbandingan pastikan model yg setara. Peace ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak banding ngan vilaem tu air RO ke Mineral ke Alkali? Cuckoo semua model air alkali & mineral. Jadi setara dari segi apa tu ye? huhu..

      Delete
  32. Maaf ye puan tapi sy xtau pun model yg kat kampung tu nama dia inception. Kalau sy tau, dh lama sy mention dalam post sy supaya jelas dan semua pembaca tau yg model sy bandingkan ni model coway yg paling mahal jadi masuk akal kalau maintenance annually dia mahal. Tapi sy cuma bandingkan model yg sy pernah guna. Kalau sy bandingkan model yg sy x pernah guna, jadi the comparison i've made is totally invalid.

    Kalau puan salah seorang agen coway dan puan rasa post ni agak kasar, sy mintak maaf. Sy cuma nak bantu yg lain untuk decide. Kalau puan perasan pun sy keep mentioning model coway lama yg ada kat kampung. Memang lama pun sbb mak sy beli tahun 2007. Sy tak jumpa dh pun model tu kat boothcoway. Huhu.Model yang terbaru sy tak berapa pasti. Pembaca yang bijak akan cek setiap model coway yg terbaru utk buat perbandingan. Peace.

    ReplyDelete
  33. Mommy knapa...melecet ke?
    Duit dia...dia pnya sukalah...
    Jadi pengguna yg bijak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul..itu lah tujuan post ni.mommy ni pn secara x langsung dh terbagitau yg model coway paling mahal pn x boleh nk compete cuckoo yg cuma setara ngan model coway nama vilaem

      Delete
    2. terbaik review dari empunya blog.. ini betul2 review sebagai seorang pengguna

      Delete
  34. Terbaek review ni. Kalau ada yang berminat nak pasang Cuckoo ni boleh wassap bro. Ketik je link ni >>>http://brocuckoo.wasap.my

    ReplyDelete
  35. nk tye..air MINERALl ni elok ke untuk pengguna yg ada masalah buah pinggang (buah pinggang rosak) sbb kebanyakan hospital menngunakan air RO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sis sy x arif pasal tu sbb sy bukan doktor.boleh rujuk ngan doktor yang rawat sis..

      Delete
    2. kalau tak silap saya pesakit buah pinggang tak boleh minum air bermineral, kena minum air RO..

      Delete
  36. Kalu rental nak kne bayar deposit dulu ke sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya register dulu tak perlu deposit. Cuma kena bayar installation fee which is waived masa register tu sebab ada promotion

      Delete
  37. Kalau rental kne bayar deposit tak

    ReplyDelete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.