Back to Top

Review NYX Extreme Shine Lip Cream

Tadi mak ke Sephora pergi usha lip cream nyx. Dari malam tadi tak dapat nak tidoq gelisah punya pasal nak try tester nyx kat sephora esok. Takut tak sesuai lagi kaler nude yang mak pilih nanti. Siap buat research segala sebab kalau boleh tak nak lama-lama dalam sephora tu sebab nampak gaya ramai yang complaint staf depa dok intai-intai macam kita nak perembat barang dia. Memang pun ada ja mamat tu dok tunggu kat belakang mak tadi. Nasib baik ada suami mak. Kalau mak sorang ja memang pakat tak mau masuk dah butik tu. Maklumlah mak ni orang kampung ja tak biasa dengan tempat-tempat macam tu.

Dalam entry mak yang sebelum ni mak pakat nak pi usha soft matte lip cream depa tapi kaler yang mak nak tu dah takdak stok. Malam tadi dok la sebok baca kat blog kecantikan pasal review lip cream nyx ni siap tengok video swatch nyx kat youtube sebab mak tak mau salah pilih lagi kali ni. Sebelum ni mak beli sugarbelle tengok orang pakai ja tak dan nak try dan yakin membuta tuli gitu ja. Kali ni nak beli nyx yang harga dia cuma RM30 tu pun dia punya buat research dah macam nak mengalahkan suami mak punya research. Haha. Mak nak cari kaler yang paling natural dan paling long lasting.

Sebelum ni masa try tester kat clinique, memang beautician tu apply color balm tu kat bibir mak siap ajaq cara yang betul nak sapu lipstick tapi tadi kat sephora mak jadi blur. Tester dia macam kedekut gila taknak ganti dengan yang baru sampai ada tester tu dah tak tinggal apa dah. Suami pun tak bagi try apply kt bibir sebab tengok berus dia pun dah takdak bulu dah. Haha teruk nau mak review. Jadi mak cuma calit kat belakang tangan ja tapi mak masih terpinga-pinga. Sungguhla mak ni tak biasa beli barang mekap. Mak tak puas hati setakat sapu kat tangan ja sebab kaler tangan mak dengan bibir mak lain. Nanti jadi macam sugarbelle lagi. Masa apply kat bibir nampak macam nude jugak tapi bila dah kering bibir rasa kering berkapur dan kaler dia pun tetiba jadi macam maroon sebab dibantu dengan condition bibir mak yang lebam. Mak takut tekstur nyx pun sama atau lebih kurang ja macam sugarbelle.

Mak dah berpeluh-peluh. Terpaksa yakin ja la lagi pun dengan harga dia yang murah tu esok-esok kalau rasa mengelinya tak sesuai pi ja la beli yang baru. Mak pilih stockholm tapi dah abis stok. Sabaq ja la. Cari kaler nude yang lain pun semua dah abes. Mak tengok kat rak sebelah ada kaler nude tapi dia bukan soft matte lip cream tapi extreme shine punya lip cream. Harga dia pun sama ja RM30 jugak. Hat tu tester dia penuh lagi jadi mak rasa macam tak ramai yang suka lip cream tu. Mak dah rasa-rasa nak keluaq dah dari butik tu tapi dok termangu-mangu lagi. Haha. Punya la payah nak beli lipstick ja pun. Macam kalau dah plan nak beli nyx tu tak boleh dah last minit nak tukaq dengan jenama lain. Tapi mak gagah jugak try extreme shine tu dan dia nampak ok. Malas dah nak pikir lama mak amek ja yang tu dan bayaq. Lepas keluaq dari  butik, mak terus masuk toilet dan pakai lip cream tu. Memang opaque gila dan kena dengan nama dia yang extreme shine tu. Kaler dia agak glaring tapi tak la teruk sangat macam sugarbelle tu. Mak tepek tisu kat bibir baru dia tak glossy sangat dan kaler dia pun jadi cantik. More to earthy color. Jadi dengan kaler dia tu mak dah tersuka dengan sengaja. Hoho.

Amazingly dia tak kering macam sugarbelle dan bibir mak rasa selesa. Kaler dia pun tak berubah sebab tekstur dia yang rich tu. Bibir mak rasa lembap ja berbanding dengan sebelum ni pakai sugarbelle rasa tak selesa sebab kering. Mungkin bibir mak tak sesuai guna sugarbelle. Lepas makan dan minum pun lip cream tu tak berapa fading. Masih menutupi bibir mak yang lebam. Melihatkan keputusan yang cemerlang dan memberansangkan itu, mak pun berhuhu dalam kereta meraikan kosmetik terbaru mak yang mak rasa takkan memalukan mak dan buat hidup mak rasa selesa. Sampai tahap macam tu perangai mak ni bila deal dengan kosmetik. Maklumlah awak cuma nak melawa tapi tak berapa nak geti. Dengan harga yang murah dan kaler yang cantik ditambah pula dengan tekstur yang memang mak idam-idamkan, nyx memang pilihan mak buat masa sekarang ni.

Mak pilih XLC04 Buttery Nude. Memang rasa butter pun. Huhu

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.