Back to Top

Haram yang Tetap Haram

Valentine's day tu haram bagi kita umat islam ni pi sambut. Tapi mak rasa yang suami mak buat ni bukan bertemakan valentine's day ni. Ni lebih kepada tahap tekanan yang tak menentu hari-hari dok mengadap projek dia tu. Tapi mak suka! Haha



Mak Dah Tera Masak Char Kuey Teow!

Sebelum ni mak ada jugak cuba masak char kuey teow tapi tak jadi. Dah la takdak gupa char kuey teow, rasa dia pun kelaut. Sudahnya terbuang macam tu ja tak pasal menambahkan lagi kes pembaziran kat negara ni. Lama lepas tu makan tahun jugak mak merajuk tak mau belajaq masak cahr kuey teow sebab mak taknak membazir lagi. Sampailah satu hari tu akak mak share gambaq cahr kuey teow yang dia masak kat group. Serta merta mak ni merasa cemburu. Kalau mak punya akak bole masak char kuey teow, tak mungkin la mak yang seibu dan sebapa dengan dia ni tak mampu pulak. Haha.

Kali ni mak nekad nak tengok cara dia masak jadi kena tunggu balik kampung dan jumpa dengan dia. Bukan senang nak jumpa pun sebab dia dok kat Johor nun kadang-kadang bila mak balik kampung belum tentu dia balik kampung jugak. Tapi waktu kami balik kampung kelmarin, mak punya kak ni pun balik sama padahal hari sebelum tu mak dah singgah pi umah dia. Saja la nak ziarah dia alang-alang dah ada urusan di johor. Berterima kasih sangatlah kat dia sebab balik kampung sebab nak tengok keadaan mak lepas lima bulan operate dulu.

Bila ada kat umah terus mak punya kak ni prepare barang nak buat char kuey teow. Dapatlah mak belajaq cara macam mana nak buat paste dia. Dia sediakan paste tu belah petang. Belah malam lepas isyak baru abang ipaq mak demo cara nak masak. Patutlah char kuey teow yang mak buat dulu tak jadi. Mak pegi buh satu bungkus punya kuey teow. Rahsia dia kena masak sikit-sikit tak boleh sekali banyak. Haha. Mak pun jadi teruja tiba-tiba ni kan rumah jadi kedai jual char kuey teow. Huhu. Mak pun ikut campuq sekali nak hand in jugak. Tau lah mak macam mana nak masak char kuey teow dan tak mungkinlah mak akan rasa gundah gulana lagi tiap kali rasa nak makan char kuey teow kat kuching ni.

Balik ja kuching, hujung minggu tu jugak kami buat char kuey teow. Up lagi mak siap buat cili jeruk lagi tapi guna cili merah ja. Hat hijau takdak. Memang puas hati lah sebab dah pandai masak char kuey teow ni. Paste tu mak bole adjust nak masin tahap mana, manis lagu mana. Perghhh.. Memang terbaik resepi yang mak punya kak tu ajaq. Hari tu kami makan char kuey teow ja. Kejap-kejap ke dapuq masak char kuey teow. Sampai ke malam. Dah nak tidoq pun pekena sepinggan dulu. Sebab keja dia mudah, cepat dan senang. Kalau ikutkan tu rasa dia macam masa mula-mula kita dapat bawak kereta lah. Asyik nak drive ja sampai naik kemaruk.

Terima kasih la kat mak punya kak belanja makan char kuey toew siap ajaq sekali sampai pandai. Minggu tu ja dua kali kami buat char kuey teow. Oh bestnya char kuey teow!




Review NYX Extreme Shine Lip Cream

Tadi mak ke Sephora pergi usha lip cream nyx. Dari malam tadi tak dapat nak tidoq gelisah punya pasal nak try tester nyx kat sephora esok. Takut tak sesuai lagi kaler nude yang mak pilih nanti. Siap buat research segala sebab kalau boleh tak nak lama-lama dalam sephora tu sebab nampak gaya ramai yang complaint staf depa dok intai-intai macam kita nak perembat barang dia. Memang pun ada ja mamat tu dok tunggu kat belakang mak tadi. Nasib baik ada suami mak. Kalau mak sorang ja memang pakat tak mau masuk dah butik tu. Maklumlah mak ni orang kampung ja tak biasa dengan tempat-tempat macam tu.

Dalam entry mak yang sebelum ni mak pakat nak pi usha soft matte lip cream depa tapi kaler yang mak nak tu dah takdak stok. Malam tadi dok la sebok baca kat blog kecantikan pasal review lip cream nyx ni siap tengok video swatch nyx kat youtube sebab mak tak mau salah pilih lagi kali ni. Sebelum ni mak beli sugarbelle tengok orang pakai ja tak dan nak try dan yakin membuta tuli gitu ja. Kali ni nak beli nyx yang harga dia cuma RM30 tu pun dia punya buat research dah macam nak mengalahkan suami mak punya research. Haha. Mak nak cari kaler yang paling natural dan paling long lasting.

Sebelum ni masa try tester kat clinique, memang beautician tu apply color balm tu kat bibir mak siap ajaq cara yang betul nak sapu lipstick tapi tadi kat sephora mak jadi blur. Tester dia macam kedekut gila taknak ganti dengan yang baru sampai ada tester tu dah tak tinggal apa dah. Suami pun tak bagi try apply kt bibir sebab tengok berus dia pun dah takdak bulu dah. Haha teruk nau mak review. Jadi mak cuma calit kat belakang tangan ja tapi mak masih terpinga-pinga. Sungguhla mak ni tak biasa beli barang mekap. Mak tak puas hati setakat sapu kat tangan ja sebab kaler tangan mak dengan bibir mak lain. Nanti jadi macam sugarbelle lagi. Masa apply kat bibir nampak macam nude jugak tapi bila dah kering bibir rasa kering berkapur dan kaler dia pun tetiba jadi macam maroon sebab dibantu dengan condition bibir mak yang lebam. Mak takut tekstur nyx pun sama atau lebih kurang ja macam sugarbelle.

Mak dah berpeluh-peluh. Terpaksa yakin ja la lagi pun dengan harga dia yang murah tu esok-esok kalau rasa mengelinya tak sesuai pi ja la beli yang baru. Mak pilih stockholm tapi dah abis stok. Sabaq ja la. Cari kaler nude yang lain pun semua dah abes. Mak tengok kat rak sebelah ada kaler nude tapi dia bukan soft matte lip cream tapi extreme shine punya lip cream. Harga dia pun sama ja RM30 jugak. Hat tu tester dia penuh lagi jadi mak rasa macam tak ramai yang suka lip cream tu. Mak dah rasa-rasa nak keluaq dah dari butik tu tapi dok termangu-mangu lagi. Haha. Punya la payah nak beli lipstick ja pun. Macam kalau dah plan nak beli nyx tu tak boleh dah last minit nak tukaq dengan jenama lain. Tapi mak gagah jugak try extreme shine tu dan dia nampak ok. Malas dah nak pikir lama mak amek ja yang tu dan bayaq. Lepas keluaq dari  butik, mak terus masuk toilet dan pakai lip cream tu. Memang opaque gila dan kena dengan nama dia yang extreme shine tu. Kaler dia agak glaring tapi tak la teruk sangat macam sugarbelle tu. Mak tepek tisu kat bibir baru dia tak glossy sangat dan kaler dia pun jadi cantik. More to earthy color. Jadi dengan kaler dia tu mak dah tersuka dengan sengaja. Hoho.

Amazingly dia tak kering macam sugarbelle dan bibir mak rasa selesa. Kaler dia pun tak berubah sebab tekstur dia yang rich tu. Bibir mak rasa lembap ja berbanding dengan sebelum ni pakai sugarbelle rasa tak selesa sebab kering. Mungkin bibir mak tak sesuai guna sugarbelle. Lepas makan dan minum pun lip cream tu tak berapa fading. Masih menutupi bibir mak yang lebam. Melihatkan keputusan yang cemerlang dan memberansangkan itu, mak pun berhuhu dalam kereta meraikan kosmetik terbaru mak yang mak rasa takkan memalukan mak dan buat hidup mak rasa selesa. Sampai tahap macam tu perangai mak ni bila deal dengan kosmetik. Maklumlah awak cuma nak melawa tapi tak berapa nak geti. Dengan harga yang murah dan kaler yang cantik ditambah pula dengan tekstur yang memang mak idam-idamkan, nyx memang pilihan mak buat masa sekarang ni.

Mak pilih XLC04 Buttery Nude. Memang rasa butter pun. Huhu

Review Matte Lip Cream Sugar Belle

Mak ni memang tak berapa nak tau pun pasal lipstick ni. Dari masa study dulu dok la tonyoh lip balm yang colorless tu konon-konon nak nampak natural tapi mak tak pernah nak perasan pun yang bibir mak ni sebenaqnya lebam jadi tak bole pakai lip bam yang takdak kaler tu. Masa dah kerja mak up sikit pakai color balm babylips maybelline tu tapi tu pun tak cukup nak tutup bibir mak yang lebam. Lepas kawen mak rasa mak perlukan perubahan jadi mak pun pakai chubbystick color balm clinique. Sangatlah best sebab mak memang suka kaler nude ni dan tak suka sangat kaler yang glaring ni sebab tak berapa yakin diri. Jadi mak teramat sangatlah sayangnya kat color lip balm tu walaupun dia tak berapa opaque dan kena tonyoh banyak kali tapi muka mak jadi tak pucat dan nampak natural ja.

Masalah start timbul bila mak makan kat kenduri kawen ka atau apa-apa majlis yang melibatkan perkara makan-makan sebab lepas tu color balm mak hilang dan muka mak nampak pucat semula. Mak pun mula tercari-cari lipstick yang bole tahan lama dan susah nak tanggal yang dah confirm-confirm akan masuk dalam perut mak sekali dengan nasik yang mak telan masa makan. Tiba-tiba kebetulan mak yang suka dok stalk ig bella ammara ni terbaca yang depa akan launch matte lip cream depa yang pertama. Mak tengok video si belle tu makan sekrem pakai matte lip cream tu siap jilat-jilat bibiq lagi tak tanggal langsung, mak rasa mak dah jumpa la lipstick yang mak cari-cari. Start dari hari mak tengok video tu mak dok hafal ja nama lipstick yang best tu mesti ada nama matte sebab dia bersifat kering kat bibir dan tahan lama.

Gagah sangatlah mak pergi beli kat bella ammara bangi masa balik ri tu siap dok tunggu depan butik depa sebab belum bukak lagi masa mak sampai tu. Nak cepat pun masa tu sebab ada appoinment kat johor tapi paksa jugak suami mak singgah sat sebab dah dekat dah dari kajang masa tu. Sabaq ja lah suami mak ni dok melayan mak. Mak pilih nude kisses sebab mak always go for nude sebab takmau nampak glaring sebab mak tak suka pun. Mak suka kaler pucat nanti mak rasa selesa bila orang tengok mak padahal depa tak kesah pun lipstick kaler apa mak dok calit. Huhu. Bila mak calit tu dia sangatlah opaque sapu sekali ja dah cover bibir mak yang lebam dengan baik. Tapi alamak! Tak berapa nak nude sangatlah pulak. Agaknya disebabkan bibir mak yang lebam jadi dia jadi tak berapa nak nude. Nampak macam tua sangat muka. Alamak-alamak! Tapi dah bising sangat nak lip matte tu mak pakai jugak lah dan tunjuk kat suami. Suami kata cantik ja tapi mak dalam hati memang tak suka. Hahaha.

Lagi satu masalah dia bila mak pakai lip matte tu dia tak berapa long lasting. Tak taulah kalau-kalau cara mak pakai lip matte tu salah ka kena baca apa-apa dulu ka nak bagi dia long lasting. Mak perasan bila mak nak solat mak bole bersihkan lip matte tu guna ayaq paip tu ja. Aduh! Macam mana kalau mak minum ni? Confirm la mak telan sekali lip matte tu. Mak dah rasa gusar dan mak rasa mak akan bertukar lip matte lagi dan sekarang mak tengah usha soft matte lip cream NYX yang jauh lebih murah dari sugar belle. Mungkin lepas sugar belle launch nude range dia yang baru dan tekstur dia lagi bagus mak akan beli lagi kot. Mungkin la insyaAllah.

Mungkin tak berjodoh. Mungkin.

Ni muka pakai clinique. Nampak natural kan muka mak. Btw, ni anak kawan suami mak. Geram sangat asyik mintak didukung je. Mak abaikan je la yang mak baru 4 bulan lepas operate masa tu. Huhu.

Ni lepas dah makan time amek gambaq ngan pengantin pulak lip balm mak dah fade. Nampak pucat muka mak.

Berenang-renang di Big Bad Wolf!

Kami balik kali ni selain ada urusan yang kena setelkan kat johor, suami mak tetiba bermurah hati nak bawak mak pergi berenang-renang kat ataih buku kat big bad wolf. Kebetulan kali ni depa buat dekat MAEPS Serdang. Sebelah dengan UPM ja jadi selain alasan nak pergi big bad wolf, mak pancing suami mak nanti dia bole pegi main ping pong dengan rakan-rakan upm dia tu. Pancing baik punya walaupun mak tak berharap sangat tetapi akhirnya diperkenankan. Maklumlah suami mak memang 10% baik hati dan 90% lagi tak sampai hati tengok mak dok merengek hari-hari nak big bad wolf. Haha.

Ini memang kali pertama mak pergi big bad wolf. Bagi mak yang asyik meracau-racau nak novel jodi picoult ni, memang harus dan wajib sangatlah pergi beli buku kat big bad wolf tu tapi kena banyak sabaq lah pasal jauh kan. Bukan suka-suka hati ja asal ada big bad wolf bole nak main hembus ja cakap ngan suami mak nak pergi beli jodi picoult kat sana. Tapi berbaloilah dengan kesabaran menunggu tu dari mak dok pi perabih duit beli buku dia dekat bookstore yang dah sah-sah mahal sekali ganda dari harga kat big bad wolf dengan condition yang sangat mengharukan hati mak. Tapi dah nama pun kebulur nak baca, mak beli jugak.

Sebelum ni mak pernah dengar pasal big bad wolf ni tapi tak tau depa jual buku apa dan masa tu pun mak belum start baca buku pun. Jadi bila dah kemaruk sangat ngan jodi picoult ni, mak siap cari kat instagram hashtag jodi picoult dan mak terkesima ada makcik sorang ni dia pi borong jodi picoult kat big bad wolf dengan harga RM10 ja selai. Dari situ lah matlamat mak kelihatan makin nyata dalam mengacu perhubungan mak dengan jodi picoult ni. Sabaq banyak dan nanti mak dapat borong dandapat harga yang murah gila.

Ah panjang sangat nak cakap mak pendekkan ja mak pegi big bad wolf tu tapi tak lama dapat shoping sejam ja sebab padan muka mak balik pasal suruh suami mak pegi main ping pong dulu. Dia hentam main sampai pukul 8 malam. Pukul 9 baru dapat pergi big bad wolf tu. Sayang sekali buku jodi picoult mak banyak yang dah habis. Berangan je la nak borong jodi picoult banyak-banyak. Mungkin sebab mak datang hari kelima jadi memang banyak buku yang dah habis. Mak tak puas hati dok cari jugak kot-kot ada terselit kat mana-mana ka tapi banyak mak jumpa tajuk yang memang mak dah ada. Sekali ngan suami pun terlibat sama dok tunak ja pandang bawah cari buku yang mak nak tu. Dapat la 4 helai ja buku yang mak belum ada. Tu pun suami mak yang jumpa. Mak cari hampeh tak jumpa. Mata tak berapa nak tajam. Huhu.

Lepas tu mak naikstress tak puas hati jugak suami dah ajak balik, mak pergi jumpa crew dia mak tanya mana depa simpan jodi picoult. Sekali dengan mereka dok tolong mak cari buku tu tapi depa jumpa buku yang mak dah jumpa mula-mula tadi. Disebabkan mak cuma dapat 4 helai ja mak jadi taknak balik selagi mak tak perabihkan RM100 sebab nanti dapat lagi diskaun kalau spend RM100. Mak perembat ja novel yang comel tu janji cerita dia pasal mak-mak. Haha. Bila bayaq tak sampai jugak RM100 so tak layakkk nak dapat diskaun. Cuma dapat diskaun 10% ja guna student card suami.

Tapi mak puas hati la dapat merayau-rayau dan bila tengok buku banyak-banyak tu mak rasa seronok sangat. Lain kali bole pegi lagi.

Ni je yang sempat mak rembat. Asal ada je. Huhu

Penerbangan Pertama Rayani Air Ke Kuching

Sementara tunggu flight berlepas ni, dah boleh la kot taip review untuk rayani air. Haha.. Sekarang ni mak tengah dalam cabin la ni dok tunggu dari tadi tak jugak2 take off. Patut fly pukul 3 tapi la ni dah pukul 5 kami semua dah nak mereput dalam cabin. Haha.. Untuk pengetahuan korang, 1 Februari 2016 merupakan penerbangan rayani air yang pertama ke kuching. Mak tak tau pun. Kebetulan nak balik kuching tengok rayani air ada flight ke kuching hari mak nak balik tu lepas tu tengok harga dia pun murah ja. Alang-alang tak pernah naik, bole la try rasa sekali kot. Disebabkan ini penerbangan yang pertama, Owner rayani air, Mr. Ravi ikut fly sekali ngan kitorang.

Takdak la mak nak review yang negatif pun pasal rayani air ni. Lawak lagi ada la depa ni. Tambahan lagi flight attendant depa tu dok bahan kawan dia dari tadi tak habis-habis. Memandangkan ini penerbangan yang pertama mereka ke Kuching, jadi mak maafkan ja la. Lebih-lebih lagi dah terbau kari dari tadi dan-dan la mak tau dah menu apa diorang nak serve satgi. Fly ngan owner kan! Haha. Bagi yang memang kena flight on schedule, buat sementara ni rayani air bukanlah pilihan yang tepat. Lagipun mak yakin diorang masih dalam improvement nak adjust sana sini. Jadi untuk mereka yang tak suka buang masa nak melayan delay berjam-jam menunggu sampai jadi bengong kat airport, silalah naik air asia yang dah macam shuttle bus tu setiap setengah jam penerbangan depa. Baru sampai dah terbang balik. Haha scary aih.

Rayani air ni depa pakai pesawat lama MAS. Masuk-masuk ja dah bau dah dia punya MAS tu pasal kat business class tu dia memang ada bau sikit. Bau macam taik cicak dah kering. Bau macam bilik lama dah tak service la cenggitu. Seat depa pun colorful gila. Mak rasa macam masuk set penggambaran bajrangi bhaijan ja. Huhu. Mak dapar seat belakang sekali. Flite attendant punya ramai dan sangat-sangatlah peramah. Takyah dok risau kalau hangpa dok kalut tak tau lagu mana nak sumbat in flite cabin luggage hangpa tu kat comparment atas. Confirm abang-abang FA yang hensem-hensem tu dengan sopan dan jujur eloq perangai depa akan bantu angkat luggage hangpa. Kalau naik air asia hang toksah nak expect la dilayan macam tu. Sebab tu la nak masuk punya lama beratuq kat luar pasal nak tunggu passanger masukkan luggage dalam compartment sebelum duduk.

FA depa ni seriously baru gila dan muka masing-masing sangat enthusiastic kalau orang putih kata. Mungkin depa ni pun belum pernah fly ke kuching secara peribadi mahupun atas dasar kerja nak lagi ni penerbangan pertama rayani ke kuching, FA ramai-ramai tu yang kebetulan duduk back seat mak ni sangatlah banyak mulut depa. Excited sangatlah tu gamaknya atau pun nak bagi suasana haru biru supaya passanger rasa selesa dalam cabin tu. Kot la kan mak andaikan ja. Haha. Start masuk ja cabin tu tersangatlah banyak announcement itu ini rajin sungguhla FA tu pesan itu ini. Belum terbang pun dah tunjuk demo keselamatan. Hat tu kawan FA depa kat belakang dok usik-usik gelak-gelakkan kawan yang tengah buat demo tu. Mak pun sampai tergelak tengok perangai lawak diorang tu. Tiba-tiba FA announce nak berlepas dah tapi mak tengok ikut tingkap kat luaq ada ramai engineer tengah dok bincang dengan tong nitrogen tu pun diorang tak alihkan lagi. FA dah siap halau on ground staff kat bawah. Punya tak sabaq nak berlepas. Huhu.. Oh lupa pulak mak nak bagitau masa mak menaip part ni mak tengah menunggu kat waiting room pasal dah kena halau keluaq lepas sejam bersauna dalam cabin. Haha. Ada masalah teknikal katanya jadi passanger semua diminta keluaq.

Takpa lah mak sabaq ja pasal mak rasa badan mak pun ok sebab mak kadang-kadang ada isu naik flite ni. Badan selalu jadi lesu dan malas dan tak bersemangat. Kami pun minum di dunkin donut dulu sebab itu ja yang paling dekat dengan gate tu. Dekat pukul 7 baru la kami dipanggil masuk. Time ni masa nak masuk tu takdak pulak depa nak cek boarding pass. Main sila-sila macam tu ja. Masuk ja dalam cabin mak pun terlelap sebab penat menunggu lama sangat kat lua. Seat kat gate tu bukan bole lean back pun. Mak sedaq dah pukul 7.30 tapi masih belum berlepas lagi. Mak tengok kat luaq masih ramai engineer dok berkampung kat luaq. Tiba-tiba abang yang dok main sila-sila suh masuk kat gate tadi mintak passanger tunjuk boarding pass masing-masing. Nak double check pulak dah. Tu la tadi dok main sila-sila sangat. Bahaya jugak buat perangai sila-sila tak bertempat ni satgi masuk budak ISIS bawak bom tak ke naya. Abes la buku mak kena bom. Penat ja dok angkut dari Big Bad Wolf. Hehe.

Tepat pukul 8.15 baru la FA announce nak terbang dan FA siap baca doa naik kenderaan lagi. Tepat pukul 8.30 baru la selamat take off. Pilot dia toksah dok habaq la memang power gila. Tak rasa langsung masa take off tu tau-tau dah ada kat udara ja. Selalu kalau naik air asia mak rasa pening-pening dan kecut perut bila take off. Landing dia pun sangat la smooth. Mak confirm ni mesti dia hired pilot MAS ni. Kalau naik air asia tak sah kalau tak bouncing bila mendarat. Naik MAS ja yang rasa best macam tu. Masa pesawat nak parking tu, kami disambut dengan tembakan meriam air. Water salutation depa kata. Bila keluaq dari pesawat kami disambut dengan kompang dan dikalung dengan rantai manik sarawak oleh penari kebudayaan sarawak. Rantai manik tu kalau nak beli RM5 jugak harga dia sehelai. Huhu..Kemudian kami disambut oleh deretan VVIP termasuk MR.Ravi dan media sepanjang jalan. Glamer la mak kejap tapi tak tau ada gambaq mak keluaq berita ka dak. Haha. Ahh.. Itu tak penting. Yang penting selamat sampai kuching. Mak nak habaq, delay takpa la tapi jangan cancel flite sudahla. Huhu. Buat masa ni mak takkan naik rayani air kot. Nanti tunggu la dah setahun ka baru mak naik balik.

Siap mention nama FA yang buat demo. Yang ni Aizat nama dia. Muka dah macam smallville. Haha


Budak ni kejap dituduh menangis kejap dituduh ketawa mengekek-ngekek oleh abang-abang dan akak-akak FA kat belakang tu. Rupanya dia panas. Mak dia pujuk takmau. Bila akak FA pujuk terus senyum-senyum. Gatal.


Ingatkan nak bagi nasik beriyani. Capati pun ok. Sekali kari tu untuk VVIP ja. Ek eleh. Tapi mana-mana penerbangan depa pun depa akan bagi snack pack ni.


Water salutation


Harga tiket kuching-kl RM66 free luggage 20kg plus snacks pukui 9.50PM hang nak expect apa oii.. Bincangkan Haha.



 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.