Back to Top

Pilihan Hati Mak Yang Terkini, Komprehensif Dan Fantastik

Akhirnya mak dah bertukaq line ke Tone Excel lepas dah tak tahan tengok junior uia mak siap drive GTR dia beli kereta jepun tu guna duit hasil jualan simkad ni ja. Mak pun nak la jugak merasa drive range rover kot la ada rezeki lepas guna simkad ni. Tu sebab paling utama kenapa mak tukaq simkad mak. Nak kaya raya esok-esok bila dah kaya bole study sampai ke tua toksah dok kalut nak cari duit dah. Sebab yang tak berapa nak utama mak bertukaq simkad ni adalah bila mak rasa kesian pulak kat suami mak tiap-tiap bulan dok topup kan mak tapi mak cuma dapat apa yang suami mak bayaq ja. Selalu topup RM30 beli internet segig RM28 tinggai kat mak RM2 ja bila mak nak call kampung terpaksa pau kredit suami balik. Haha. Jadi mak pilih nak jadi pengguna yang bijak. Setiap kali suami mak topup, mak dapat passive income + big point + insurans kemalangan. Bukan ka kita ni housewife? Bukan ka?

Ala mak tau lama dah pasal tone excel ni. Bukan takdak kawan ajak mak tukaq simkad ni pun tapi biasa la kita ni pun kalau dah nama dia melayu ego tak bertempat. Taknak tukaq simkad satgi kawan kita yang kaya tapi bila tengok depa dah kaya raya baru la kita ni nak terhegeh-hegeh. Tapi nasib baik la mak dah sedaq selama ni mak dah setia secara membuta tuli kat telco lama tiap-tiap bulan dok mencarut servis telco lama cenggini cenggitu tak pernah menyenangkan hati dan sekarang mak dah tukaq pun simkad mak. Suami mak pun tukaq simkad dah. Sebelum ni topup sampai dua tiga kali sebulan tapi dapat sakit hati jugak. Pakai bil lagi la membazir line kat sini tak berapa nak elok.

Bila suami mak topup kan mak RM30, mak dapat 70 points Big Points. Dulu mak ingat ala apa sangat la Big Points ni kot la bila nak redeem point dapat bocong ayaq ja. Itu dulu masa mak tak tau. Bila mak dah tau, kalau mak kumpul point, mak bole redeem tiket kapal terbang free rupanya. Wow! Awatla mak yang selama ni jadi frequent flyer Air Asia tak pernah nak ambik pedulik? Kalau la tiga tahun lepas mak dah guna simkad ni, mungkin hujung tahun ni mak dah bole honeymoon kat Australia. Tapi itu cerita kalau. Syaitonnirrajim dengan suku sakat dia suka sangat la cerita kalau ni.

Dah la dapat 70 point sekali topup, dapat internet percuma segig pulak tu. Bila mak cek baki, betoi-betoi ni kredit RM30 yang suami mak topupkan tu tak berkurang. Tak macam sebelum ni confirm tinggal RM2 ja. Haha. Bila mak cek akaun mak kat website depa pulak, mak tengok baki akaun mak ada 90 sen dalam tu. Wow! Suami mak topup, mak dapat duit balik. Mak dok kira macam mana diorang ni meniaga? Tak rugi ka wat lagu ni banyak sangat nak bagi bila setiap kali topup. Haha. Lalu mak pun rasa berbangga pasal mak rasa mak dah jumpa simkad yang paling best sekali. 

Masa mula-mula mak beli simkad ni, harga memang mahal la RM90 tak termasuk GST dan postage. Tapi bila mak dah activate simkad mak, mak cek baki dalam tu ada RM30 lepas tu mak dapat mesej bagitau automatik mak dapat 20% off kalau mak shoping kat Zalora tambah lagi dapat segig internet percuma. Mak cuma mampu berhahaha ja, nak. Apa maksud semua ni. Mak tak paham tapi semuanya melapangkan dada mak. Mak rasa mak dah tak bazirkan duit suami mak lagi dengan topup yang sia-sia sebelum ni.

Lepas tu pulak, first time la ni kan mak beli simkad mak jumpa ada kad insurans sekali depa pi tepek kat frame simkad tu. Mak pun terus teruja sebab tak pasal-pasal bila suami mak topup kan mak, mak secara automatis dilindungi dengan insurans kemalangan. Padia semua ni? Bukan insurans bayaq sia-sia ja ka kalau missed sebulan tak bayaq insurans kira burn? Mak tak berapa nak tau la pasal mak memang takdak insurans. Bukan ka kita ni housewife? Bukan ka? Disebabkan ada kad insurans kemalangan ditepek sekali, untuk pertama kalinya dalam hidup mak, mak simpan frame simkad dalam wallet mak yang kalau sebelum ni frame simkad max ka, cel ka, al ka hilang lenyap cenggitu ja tak tau simpan mana. Selepas semua kejadian ni, mak rasa nak pengsan-pengsan kerana mak tak sangka dalam dunia ni selain beli emas, tanah dan rumah, masih ada lagi benda yang buat duit kita masih bernilai bila kita berbelanja kat dia.

Begitulah pengalaman mak bila guna simkad paling best abad ni. Sekarang bila mak dah rasa best, mak nak buat duit pulak dengan simkad ni. Korang pulak macam mana? Nak guna simkad ni ja ka atau nak guna dan jual? Setakat guna ja pun bole dapat duit, nak guna dan jual pun lagi la banyak dapat duit. Mana lagi best? Mak nak guna dan jual sebab mak nak kaya raya dok umah jual simkad sambil goyang kaki baca Jodi Picoult. Korang pilih la sendiri.

Kalau korang dah pilih, mai la whatsapp mak 


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.