Back to Top

Pilihan Hati Mak Yang Terkini, Komprehensif Dan Fantastik

Akhirnya mak dah bertukaq line ke Tone Excel lepas dah tak tahan tengok junior uia mak siap drive GTR dia beli kereta jepun tu guna duit hasil jualan simkad ni ja. Mak pun nak la jugak merasa drive range rover kot la ada rezeki lepas guna simkad ni. Tu sebab paling utama kenapa mak tukaq simkad mak. Nak kaya raya esok-esok bila dah kaya bole study sampai ke tua toksah dok kalut nak cari duit dah. Sebab yang tak berapa nak utama mak bertukaq simkad ni adalah bila mak rasa kesian pulak kat suami mak tiap-tiap bulan dok topup kan mak tapi mak cuma dapat apa yang suami mak bayaq ja. Selalu topup RM30 beli internet segig RM28 tinggai kat mak RM2 ja bila mak nak call kampung terpaksa pau kredit suami balik. Haha. Jadi mak pilih nak jadi pengguna yang bijak. Setiap kali suami mak topup, mak dapat passive income + big point + insurans kemalangan. Bukan ka kita ni housewife? Bukan ka?

Ala mak tau lama dah pasal tone excel ni. Bukan takdak kawan ajak mak tukaq simkad ni pun tapi biasa la kita ni pun kalau dah nama dia melayu ego tak bertempat. Taknak tukaq simkad satgi kawan kita yang kaya tapi bila tengok depa dah kaya raya baru la kita ni nak terhegeh-hegeh. Tapi nasib baik la mak dah sedaq selama ni mak dah setia secara membuta tuli kat telco lama tiap-tiap bulan dok mencarut servis telco lama cenggini cenggitu tak pernah menyenangkan hati dan sekarang mak dah tukaq pun simkad mak. Suami mak pun tukaq simkad dah. Sebelum ni topup sampai dua tiga kali sebulan tapi dapat sakit hati jugak. Pakai bil lagi la membazir line kat sini tak berapa nak elok.

Bila suami mak topup kan mak RM30, mak dapat 70 points Big Points. Dulu mak ingat ala apa sangat la Big Points ni kot la bila nak redeem point dapat bocong ayaq ja. Itu dulu masa mak tak tau. Bila mak dah tau, kalau mak kumpul point, mak bole redeem tiket kapal terbang free rupanya. Wow! Awatla mak yang selama ni jadi frequent flyer Air Asia tak pernah nak ambik pedulik? Kalau la tiga tahun lepas mak dah guna simkad ni, mungkin hujung tahun ni mak dah bole honeymoon kat Australia. Tapi itu cerita kalau. Syaitonnirrajim dengan suku sakat dia suka sangat la cerita kalau ni.

Dah la dapat 70 point sekali topup, dapat internet percuma segig pulak tu. Bila mak cek baki, betoi-betoi ni kredit RM30 yang suami mak topupkan tu tak berkurang. Tak macam sebelum ni confirm tinggal RM2 ja. Haha. Bila mak cek akaun mak kat website depa pulak, mak tengok baki akaun mak ada 90 sen dalam tu. Wow! Suami mak topup, mak dapat duit balik. Mak dok kira macam mana diorang ni meniaga? Tak rugi ka wat lagu ni banyak sangat nak bagi bila setiap kali topup. Haha. Lalu mak pun rasa berbangga pasal mak rasa mak dah jumpa simkad yang paling best sekali. 

Masa mula-mula mak beli simkad ni, harga memang mahal la RM90 tak termasuk GST dan postage. Tapi bila mak dah activate simkad mak, mak cek baki dalam tu ada RM30 lepas tu mak dapat mesej bagitau automatik mak dapat 20% off kalau mak shoping kat Zalora tambah lagi dapat segig internet percuma. Mak cuma mampu berhahaha ja, nak. Apa maksud semua ni. Mak tak paham tapi semuanya melapangkan dada mak. Mak rasa mak dah tak bazirkan duit suami mak lagi dengan topup yang sia-sia sebelum ni.

Lepas tu pulak, first time la ni kan mak beli simkad mak jumpa ada kad insurans sekali depa pi tepek kat frame simkad tu. Mak pun terus teruja sebab tak pasal-pasal bila suami mak topup kan mak, mak secara automatis dilindungi dengan insurans kemalangan. Padia semua ni? Bukan insurans bayaq sia-sia ja ka kalau missed sebulan tak bayaq insurans kira burn? Mak tak berapa nak tau la pasal mak memang takdak insurans. Bukan ka kita ni housewife? Bukan ka? Disebabkan ada kad insurans kemalangan ditepek sekali, untuk pertama kalinya dalam hidup mak, mak simpan frame simkad dalam wallet mak yang kalau sebelum ni frame simkad max ka, cel ka, al ka hilang lenyap cenggitu ja tak tau simpan mana. Selepas semua kejadian ni, mak rasa nak pengsan-pengsan kerana mak tak sangka dalam dunia ni selain beli emas, tanah dan rumah, masih ada lagi benda yang buat duit kita masih bernilai bila kita berbelanja kat dia.

Begitulah pengalaman mak bila guna simkad paling best abad ni. Sekarang bila mak dah rasa best, mak nak buat duit pulak dengan simkad ni. Korang pulak macam mana? Nak guna simkad ni ja ka atau nak guna dan jual? Setakat guna ja pun bole dapat duit, nak guna dan jual pun lagi la banyak dapat duit. Mana lagi best? Mak nak guna dan jual sebab mak nak kaya raya dok umah jual simkad sambil goyang kaki baca Jodi Picoult. Korang pilih la sendiri.

Kalau korang dah pilih, mai la whatsapp mak 


Kisah Duka Mak, Nak..

Dah lama mak tak blogging kan, nak.. Mesti haters mak tertunggu-tunggu post terbaru dari mak. Maklumlah mesti haters mak nak tau perkembangan terbaru mak. Haha tetiba la bole perasan ada haters pulak. Sebenaqnya.. Beberapa bulan yang lalu, mak melalui saat-saat yang sukar. Bukan sekali episod duka tu, nak. Tapi tiga kali. Kawen cerai kawen cerai ka? Tanya haters mak dalam hati. Haha tetiba lagi..

Kisah duka tu bermula dari hari kedua puasa kelmarin. Selepas buka puasa hari pertama, dan time tu pulak tengah happy dah 2 minggu lambat datang kotor, tiba-tiba malam tu mak period. Duka laranya hati mak tu Tuhan ja tau, nak. Sudahla kena menanggung sakit period pain, tapi mak tabah ja. Dugaan hidup.. Esok hari nya walaupun mak tak puasa tapi mak tak makan. Buka puasa hari kedua mak buat teh ais dah abes piang punya. Lepas minum teh ais mak dah rasa tak selesa kat perut. Ada rasa pedih-pedih sikit dan tak selesa bila tidoq.

Sakit pedih- pedih tu berlarutan sampai tiga hari lalu isnin tu mak ke klinik pegi cek. Masa tu yang attend mak MA ja jadi macam biasa bila sakit sebelah kiri dia kata gastrik. Kalau sakit sebelah kanan dia kata apendik. Mak pun pelik. Mak tak puasa pun bole gastrik. Bila dapat ubat gastrik, mak pun gigih la makan bila dah sampai rumah tu. Malangnya, sakit perut mak bertambah teruk macam baik tak payah makan ja ubat tu. Sakit sampai berguling-guling dan menangis-nangis. Rasa macam perut mak tu kena hiris ngan pisau, nak. Nasib baiklah mak ada mintak suami belikan ubat gastrik kat farmasi. Maklumlah ubat gastrik kat klinik hang nak expect apa, nak. Ubat farmasi tu ok tapi nak kena keep continue amek pulak. Kalau tak amek nanti dia jadi balik sakit tu. Malam memang tak lena tidoq la merengek sana, merengek sini sorang-sorang.

Esok pagi bangun rasa sakit tu masih teruk. Lepas buang air, start balik dah mak berguling-guling. Tak bole jadi, mak call suami mintak mak hantar pegi klinik pagi tu jugak sebab dah tak tahan. Mak sakit sampai menggigil-gigil dan tak bole nak mengerang dah. Sampai di klinik doktor cek tapi mak direct ja cakap nak ubat tahan sakit. Doktor suspek perut mak banyak sangat asid jadi dia tahan dulu dekat bilik pemerhatian suh minum air kapur tu lagi. Mak telan ja la kot la bole baik tapi jadi lagi sebaliknya. Sakit tak hilang tapi makin teruk. Doktor datang dan bagi ubat tahan sakit. Bila sakit dah hilang, bahagian bawah mak pulak rasa sakit tak selesa. Bila tanya nurse dia pun tak bole nak jawab. Mak pikir takpa la janji sakit perut dah hilang. Mak pun gigih bangun dari katil jalan macam penguin tahan sakit kat bahagian peranakan tu pulak.

Sakit masih tak berkurang sampai mak pun tak tau nak makan ubat apa nak bagi sakit tu hilang. Malam tu jugak mak ajak suami mak pergi hospital. Sebab dah sakit sangat MA terus tolak masuk yellow zone. Masuk hospital Tuhan ja tau seksa dia. Nak kena pegi toilet amek urine, amek darah, satgi pegi xray pulak dengan drip kat tangan nak kena gantung menatang air tu bagai. Masa sampai doktor tengok sakit sangat dia terus bagi ubat tahan sakit. Lepas dapat ubat, mak terus ok tapi rasa macam mamai sikit rasa nak muntah tengok sekeliling mak. Terus mak ajak suami balik sebab sebelum ni mak ada sejarah lari dari hospital sebab nak rasa tidoq kat katil umah. Katil spital tak best. Haha.. Tapi doktor tahan tak bagi balik sampai dapat result blood test. Tunggu punya lama bila dah dapat doktor tak bagitau apa-apa cuma bagi balik ja. Sakit masih tak hilang.

Sakit tu berlarutan sampai 2 minggu. Mak ajak suami mak pergi hospital lagi tapi pergi hospital waktu malam bukanlah tindakan yang bijak dengan keadaan mak yang tak berapa nak boleh berlakon macam sakit sangat. Mak ajak balik singgah klinik swasta 24 jam ja. Bila cek kat sana, doktor suspek ada jangkitan kat salur kencing jadi dia bagi antibiotik. Alhamdulillah.. Lepas makan antibiotik, mak pun sihat, nak.

Tapi kisah duka part one tu cuma teaser ja, nak. Dia punya dugaan paling besar tu  bila masuk part two ngan part three. Lebih kurang seminggu lepas balik dari Terengganu, mak sakit lagi. Kali ni sakit dia tak pedih dan mak tak sampai tahap mengalirkan air mata tapi masih berguling. Sakit dia datang bila mak elok-elok bagi salam solat subuh nak salam suami dah tak mampu sebab sakit perut datang lagi. Masa tu memang mak tak pikir la tu sakit nak berak sebab sakit dia pun lain macam. Makin lama makin teruk. Terus mak ajak suami pergi hospital pagi tu jugak. Sampai kat hospital macam biasa masuk yellow zone lagi tapi masa tu sakit perut dah kurang sikit. Ntahla mak pun tak tau sakit dia flactuate sangat. Kejap sakit sangat. Kejap bole tahan. Xray lagi macam biasa urine ngan blood test. Masa first xray doktor kata banyak najis dalam usus. Dia bagi ubat bontot. Dahla seksa tapi sakit tak hilang jugak walaupun dah buang air lepas masukkan ubat tu. Kali ni mak tabah ja sebab mak nak tau sebab apa mak sakit sampai dua kali ni.

Doktor suruh xray lagi kali kedua kat bahagian dada pulak. Lama tunggu bila mak pun dah ok sikit sebab dah dapat ubat tahan sakit, mak tengok jam pun dah pukul 3 petang, macam biasa la mak tanya doktor bole balik tak? Tapi doktor tu jawab tunggu dulu nanti doktor bedah datang. Mak macam..what?? Doktor bedah? Ya sebab doktor suspek appendik. Bila doktor bedah datang ramai-ramai kerumun mak, depa kata mak ni suspek appendik jadi dia suggest operate ja. Luka x besaq dalam 4 cm ja dia kata. Tapi nak lagi best doktor pompuan tu kata, buat laparoscopic lagi benefit la untuk mak. Mak ingat sangat ayat tu sebab dia bagi harapan kat mak. Masa tu mak sakit sikit-sikit lagi. Mak pun tak tau nak decide macam mana. Mana ada ruang dah nak google implication dia jadi mak pun ok ja.

Masa doktor bedah datang bawak borang suruh sign, mak bagitau dia mak tak sakit dah kot la x payah bedah. Dia pun dah pelik tadi sakit dia cakap. Mak tak pelik lah pasal dia dah bagi ubat tahan sakit. Tapi doktor tu nasihatkan operate jugak. Nanti kalau apendik pecah lagi susah. Mak pun isi ja la borang tu tak bole nak pikir macam mana dah. Dalam hati Tuhan ja tau mak punya berdebar-debar nak operate malam tu jugak tapi mak buat rileks. Petang tu jugak mak admit surgical ward. Nasib baik dapat bilik best toilet depan katil ja dan tak nampak pesakit lain. Bersih pulak tu. Masa dalam wad pun mak ok dah tak sakit bila doktor tak tekan perut mak. Mak tunggu ja la time nak operate. Malam tu tak jadi nak operate pulak sebab operation theatre dia penuh.

Hari isnin pagi tu mak bangun, mak nampak kat whiteboard luar bilik tu depa tulis nama mak bawah dia nama operation yg mak nak kena lalu tu dengan status kiv. Pukul 2 tu nurse datang bawak baju bedah suruh mak tukaq. Masa tukaq baju tu mak cool ja. Dah lepas tukaq baju doktor mai lagi suh sign satu borang kalau ada implication mak dah bagi izin siap-siap untuk tranfusion darah. Mak tanya ada implication ka operation ni. Dia bole tanya mak balik doktor bedah takdak bagitau ka. Kalau mak dah tau sumpah dah la mak tak tanya doktor tu dah. Masa tu mak dah goyang rasa nak menangis. Mak sign ja la tabahkan hati. Suami mak dah lain macam masa tu. Risau bukan kepalang. Tapi doktor ni kadang-kadang banyak sorok, nak. Kalau hang atau sapa-sapa ahli keluarga hang nak kena operate, better tanya doktor betul-betul macam mana prosedur dia, implication dia. Episod ni paling duka bagi mak.. Mak ingat everything will gonna be ok, nak.. Tapi mak silap..

Masa dalam operation theatre, doktor yang attend mak tu muka dia nervous gila lepas tu dia bole tanya mak pulak mak nervous ka tak. Aih? Mak pun pikir apahal la doktor ni. Tapi mak yakin ja la doktor yang akan bedah mak tu expert-expert semuanya. Bila masuk dalam bilik tu, mak baring atas katil bedah tu dengan lampu besaq dia yang macam dalam drama kat tv tu, doktor masukkan morfin terus mak lelap. Sedaq-sedaq mak dengaq doktor panggil nama mak. Rasa macam kejap tapi suami kat lua nangis-nangis tunggu sampai 4 jam. Rasa sakit kat perut dan mak rasa kecewa.. Akhirnya mak dah lalui pembedahan..

Bila dah tolak masuk dalam wad balik, nurse datang nak cuci luka. Bila mak tengok luka operate tu mak rasa happy sebab luka walaupun ada tiga tempat kena tebuk tapi dia kecik ja. Takdak parut pun. Esok nya doktor bagi mak balik. Selama mak jaga luka operate tu, mak tak pernah demam ka, muntah-muntah ka. Mak ingat semua dah ok tapi mak silap. Cukup tiga minggu mak operate laparoscopic, mak sakit perut balik lepas mak makan tengah hari dengan suami. Kali ni lebih teruk dan terlalu teruk sampai mak tak tahan mintak suami ambik pisau dan tikam mak. Terlalu sakit. Masa mula-mula datang sakit tu mak ingat mungkin mak keracunan makanan jadi mak pun pergi membuang. Tapi sakit tak berkurang jugak. Mak muntahkan pulak yang mak makan tu sampai dua kali tapi lepas tu sakit bertambah teruk.

Sakit dia sampai mak tak bole nak jalan. Jubah pun suami mak yang sarung kan. Jalan berpapah pun mak tak mampu. Bila sampai hospital,suami mak terpaksa dukung buh mak atas katil. Kali ni terlalu seksa. Disebabkan mak tak bole nak jalan, doktor masukkan tiub kencing nak amek urine. Allahu.. Mak rasa besar dugaan kali ni. Xray pun atas katil. Berkali-kali doktor bagi morfin tapi dos paling tinggi pun tak mampu nak hilangkan sakit yang mak tanggung sampai mak mintak doktor bagi bius penuh kat mak. Doktor kata tak bole bagi morfin lagi sebab dah banyak sangat bagi.

Bila xray tak nampak apa, doktor scan pulak. Bila scan tak nampak, doktor buat cti scan pulak. Allahu.. Sedih hati mak Tuhan ja tau betapa mak dah rosakkan badan mak. Lepas cti scan, doktor refer mak dekat pakar sakit puan pulak. Semua tak jumpa punca. Kali ni tak tunggu lama kejap ja doktor bedah datang dan bagitau kena operate laparotomy. Mungkin sebab laparoscopic dulu, usus mak terbelit atau bocor. Bila mak tau operation ni midline incission, mak terus tak nak buat. Mak tanya takda cara lain ka selain operate. Doktor kata masuk tiub dalam perut. Kalau gas keluar abes dan keadaan mak ok, tak perlu operate. Tu pun mak rela ja, nak. Telan ja tiub masuk dari hidung terus sampai perut. Dah masuk tiub kat hidung, doktor pasang tiub kencing pulak. Petang tu mak admit wad tapi masih tido di yellow zone.

Esok mak dipindahkan kat red zone pulak. Mak pun tak tau apa punca kena pindah kat situ tapi tak lama mak kat situ mak dipindahkan pulak ke wad surgical. Masa mak nampak staff pakai baju bedah mai nak pindahkan mak, mak tau dah memang takdak harapan lagi. Mak rasa marah rasa nak rentap ja tiub kat hidung tu. Tiub-tiub tu semua buat mak terseksa. Masuk tiub pun kena operate jugak. Sampai dah operate baru tiub di nurse bukak. Sabo je la mak ni, nak.

Kali ni mak dapat katil yang tak selesa. Bukan lagi bilik yang sejuk dengan aircond tapi kat katil berbaris yang panas. Mak dah bayangkan nasib mak kat situ lepas operate nanti. Petang tu jugak mak ditolak masuk operation theatre. Kali ni mak tabah nak hadapi operation kali kedua dan tak rasa panik dah tapi mak dilanda dilema lagi bila pakar bius tanya mak nak morfin atau epidural. Pakar bius kata kalau setakat ambik morfin ja nanti mak tak boleh nak tahan sakit lepas operate sebab operation kali ni major surgery. Kalau ambik epidural kang boleh lumpuh tapi sangat jarang pakar bius tu kata. Dia bagi nisbah kes 1 dari 200,000 operation pun mak dah goyang. Rasa nak panggil suami mak kat lua mintak dia decide kan. Kalau mak lumpuh sebab epidural kang suami mak jugak yang nak kena jaga mak kencing berak suami basuhkan. Masa tu mak dah tak nampak masa depan mak. Lama mak pikir. Pakar bius pun berkali-kali jelaskan. Mak pun macam-macam tanya. Akhirnya dekat 15 minit mak termenung, mak akhirnya ambik keputusan yang agak penting diri. Mak pilih epidural sebab mak tak boleh nak bayangkan tahap sakit macam mana mak kena lalu lepas operate kalau setakat ambik morfin sebab belum operate pun mak dah banyak ambik morfin tapi takdak kesan apa. Nak jadi cerita mak tak jadi operate petang tu sebab operation theatre dia full house. Tolak balik masuk dalam. Tukar baju balik. Aduh leceh sungguh la nak oii..

Pukul 3 pagi masa tengah tidur ngan suami, nurse mai kejut mak suruh tukar baju. Nak operate dah dia kata. Pukul 3 pagi? Mak dah cuak sikit tapi keep cool ja. Satgi heart beat laju jadi masalah pulak. Kali ni takdak tunggu kat ruang menunggu tu dah. Terus tolak masuk operation theatre. Mak tengok pakar bius dia orang yang sama mak jumpa masa bincang petang tu. Alamak! Mak dah seriau kot la dia bole tertidoq pulak kan time masukkan jarum epidural kat tulang belakang mak. Masa dia buat prosedur tu, mak serah diri kat Tuhan. Segala nasib mak, mak serah kat Tuhan. Pakar bius dah bagitau yang kes lumpuh tu sebab patient bergerak masa nak masukkan jarum kat tulang belakang jadi mak pun dok diam ja. Tahan ja sakit masa prosedur tu. Lama jugak dekat 5 minit baru mak dibaringkan. Lepas bagi morfin terus mak lena tapi kali ni lambat sikit kalau nak banding masa first time operate dulu. Nampak sangat la dosage mak dah tinggi.

Mak sedaq bila doktor panggil nama. Terus rasa sakit dan rasa luka yang panjang kat perut. Masa tu tak dapat tengok lagi. Masa tolak balik ke wad, mak tengok hari dah siang. Bila mak tanya suami pukul berapa, suami jawab pukul 7.30 pagi. Mak redha ja apa yang terjadi kat mak. Sedih tak boleh nak habaq. Sampai kat wad mak tidoq. Sedaq-sedaq pukul 11 nurse mai cek. Yang cek mak pulak student praktikal 3 orang tu mak ingat sangat sebab depa sayang sangat kat mak. Bila cek suhu badan tinggi, diorang dah kelam kabut. Terus diorang ambik tuala kecik mak dan tuam dengan tuala basah. Takut sangat depa tengok mak masa tu sampai ada sorang tu dok pegang ja tangan mak tak lepas-lepas sebab tangan mak sejuk sangat macam ais. Bila suhu badan mak dah ok sikit baru depa stop.

Tiba-tiba petang tu mak perasan tangan mak sejuk bukan sebab mak demam tapi sebab dia dah kebas sekali ngan kaki mak pun kebas. Mak rasa badan sebelah kiri mak dah kebas. Cepat-cepat suami mak panggil doktor. Part ni la paling duka sekali. Doktor bagitau mungkin jarum epidural tu dah beralih tempat dan depa decide nak cabut ja dan ganti dengan mesin morfin. Straight away, nak.. Lepas depa stop epidural, sakit dia Tuhan ja yang tau. Mak tahan sakit sampai tarik-tarik rambut. Huhu.. Bila ganti ngan mesin morfin tu, terus mak tekan banyak kali tapi tak effect apa pun. Suami banyak kali terpaksa panggil doktor dan doktor kata tekan button tu sekali ja sebab kalau banyak sangat morfin dalam badan nanti hati bole rosak. Allahu.. Mak pikir morfin pun tak jadi apa, mak decide nak tahan ja la sakit tu sampai nurse bagi ubat tahan sakit. Dengan panas lagi. Betul-betul tak selesa. 

Sehari ja mak terbaring atas katil. Esok tu mak dah boleh jalan sebab mak nak cepat keluar dari wad. Admit wad kali kedua ni sangat la menekan perasaan. Dengan makcik katil sebelah batuk tak henti-henti, katil hujung sana pakcik kepala senget pulak pasal baru lepas operate otak. Tiba-tiba mai orang usung keranda ada orang meninggal pulak kat katil section sebelah. Aduh tekanan.. Tekanan.. 

Seminggu mak tak bole makan sampai mak dah boleh produce angin keluaq tang bawah baru doktor bagi mak minum tapi mak tak bole lagi masa tu. Lepas mak dah bole produce sisa buangan, barulah mak boleh makan dan akhirnya mak dah boleh discharge. Seminggu mak kena tahan kat wad sampai menangis-nangis nak balik. Haha. Asal mak stress mak tidoq. Suami mak yang setia tunggu dari pagi sampai ke malam tak tidoq-tidoq pun stress. Sama la pun suami mak dok spital seminggu teman mak. Huhu

Itulah dia cerita mak.. Sekarang ni dah sebulan berlalu sejak peristiwa malang tu berlaku. Kalau beranak dah bulat pipi anak mak agaknya. Haha. Harapan mak agar mak tak perlu lalu lagi situasi yang kadang-kadang bila mak teringat balik mak bole menangis dan kadang-kadang mak rasa nak menjerit tak mau ingat lagi semua tu. Tak sangka mak bole jadi trauma dengan semua tu. Jadi mak pahatkan pengalaman duka mak kat dalam diari kesayangan mak ni supaya dia terperangkap kat dalam ni ja tak mau datang kat mak lagi dah. Huhu.

Masa mula-mula admint wad operate apendik

Kali kedua admit. Masa ni baru lepas nangis tahan sakit tapi buat-buat senyum ja nak tunjuk kat mak punya mak yang mak ok serta masih gagah.

Sempat lagi suruh suami amek gambar sebelum kena operate. Huhu




 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.