Back to Top

Iphone 4S Mati Secara Tiba-Tiba : Cara Hidupkan Iphone Anda Semula

Tadi masa mak capai ipong putih mak tu tetiba dia tak mau on bila tekan home button. Mak dah pelik. Bukan tadi bateri penuh lagi ka? Ala dia buat hal dah nak mintak masuk private clinic ka lagu mana ni? Jadi tiba-tiba datang akal mak nak google guna ipong hitam pasai pa ipong putih mak ni mati tak berlagu.

Bila hit search tudiaa aih.. Semua hat sedara kita belah-belah Indonesia sana yang banyak masalah dengan ipong mati tiba-tiba ni. Agaknyalah kat malaysia ni mak sorang ja ada ipong tetiba mati tak berlagu. Hangpa punya ipong tak jumpa lagi kot depa buat perangai nak mati tak berlagu macam ni pasai dok tengok kat google semua bahasa indonesia ja yang hit result. Mungkin jugak la sebab mak google guna search keyword bahasa melayu tu yang keluaq hat Indonesia ja.

Jadi berbekalkan sedikit ilmu bahasa indonesia yang mak dok cedok petang-petang tengok sinetron tu, agak mudahlah mak nak paham padia dia nak explain dalam blog tu. Depa habaq kalau ipong tetiba mati, toksah dok panik start motoq siap nak pi hantaq kedai pi perbetoi. Dia kata kalau ipong mati, hang tekan SLEEP BUTTON dengan HOME BUTTON serentak sampai keluaq gambar apple selalu kita jumpa masa dia nak start tu.

Pasai pa ipong tetiba mati? Depa kata pasai overusage atau banyak ngat page safari hang bukak dia jadi tak dan la nak catch up. Dok pening catch up sana sini, agaknya ipong tu decide pi tidoq la kot malaih nak melayan hangpa. Ipong jenis ni pun ada ka? Haha. Bila mak try tekan dua-dua button tu tadi serentak, alhamdulillah, ipong putih mak menyala kembali. Baru ingat nak perembat ipong 5S sekali tak jadi pulak. Ekekeke

Semoga perkongsian ini bermanfaat..

2 comments:

  1. salam aidilfitri., hehe bayangkan kalo mak dapat 4 bijik iphone4s ghituuuu ;p

    ReplyDelete
  2. Klu mak dpt 4 bijik ipong mak bg hang sebijik..kahhh

    ReplyDelete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.