Back to Top

It's Pandora for My 27th Birthday

Rabu lepas birthday mak.  Melting sungguh la mak ni pasal dapat surprise pandora. Mak memang lama sungguh dah berkenan dengan bangle pandora. Tak sangka suami mak belikan buat surprise. Tak boleh nak cakap apa bila tengok paper bag pandora yang indah diikat dengan ribbon pink tu.

Suami mak belikan bangle idaman untuk mak. Agaknya dia kesian tengok mak tetiap malam dok stalk bangle tu kat website depa, suami mak belikan la. Mak nak bangle tu ja sebab clipper dia pun dah cantik. Tapi suami mak tambah pink facet charm sebijik. Latest collection katanya. Hehe.

Leka la mak ni kan bila dapat idaman hati. Dok la tengok dekat nak sepuluh kali tak puas-puas mata tu dok tengok ja. Hehe. Peghak sungguh la kan. Tapi memang kena la dengan nama charm dia tu pasal makin lama mak tengok dia, makin melting pulak mak rasa. La ni dah sebok nak perabihkan nafkah bulanan nak pi perembat spacer dengan stoper pasal mak takmau bangle mak penuh pun. Suka yang simple ja macam gambar kat bawah ni.


Hat bawah ni mak punya pandora kesayangan. Memang takkan ditukar-tukar la ni. Simpan sampai mana ada umuq nanti boleh pusaka kat anak pulak. Hihi



No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.