Back to Top

Review Choco Sweeties Crup Crup

Haa.. Comel dak nama dia. Crup crup na haiii.. Haha. Mak memang tak pernah makan chocolate campuq rice ngan cocoa crunch ni. Mak beli dari senior mak masa pergi alumni diner kelmarin, kak intan sapura aina binti mohd yusuff. Ha dah abes penuh la tu nama dia mak buh dalam blog. Senang nanti kotla ada stalker dia google nama kak intan ni, dan-dan dia direct pi kat blog mak kan? Haha.

Harga dia murah ja RM10 untuk flavor biasa iaitu milk choc atau strawberry, dan RM11 untuk kinder bueno atau kit kat. Mak perembat kesemua empat-empat flavor tu. Tamak kan lagipun duduk jauh bila lagi nak borong. Mak satu ja problem dengan coklat ni. Mak paling pantang dengan coklat yang grissy tu yang bila makan kat lelangit rasa melengas ja tu. Hoii la paling mak tak suka. Mak suka coklat hat cadbury dia smooth ja kan.

Bila perembat sampai 4 jar ni, tetiba la mak menyesal kot la coklat dia grissy kan. Tapi pergghhhhhh.. Haa..sambung lagi pergh tadi tu..erghhhh.. Sodap gilo choco sweetie ni. Mak dengan suami siap berebut-rebut makan. Haha.. Bukan tak bole makan sorang satu jar tapi bila makan berebut tu lagi best. Coklat dia memang menepati citaras mak, nak. Sangat smooth dan takdak la manis sangat. So nais ja gitchew. Dan-dan la kan suami mak tanya kalau pos berapa postage dia. Hamboi laa.. Suami mak memang gila coklat. Balik bulan depan kena borong lagi la nampaknya ni. Huhu

Kot la hangpa nak try rasa choco sweetie crup crup ni, whatsapp mak. Nanti mak habaq ngan kak intan tu noh. Lagi satu coklat ni kalau nak makan dia kena pi rendam dalam air panas dulu bagi coklat dia cair. Nampak macam leceh kan? Tapi berbaloi gila sampai tahap suami mak pesan jangan perabiskan dia nak pi gheja. Haha.

Opacity? Highly recommended!




Kain Chiffon Bidang 60

Mak ada jual kain chiffon bidang 60 nak. Memang cantik la kaler blocking dia kan. Sweet ja kalau hangpa pakai memang ramai la dok pewit2 kat hangpa kan. Hat corak rimau ni kain dia tebai sikit. Tak payah lining pun ok dah.


Hat ni mak suka sangat. Sweet ja kaler dia. Hat ni nipis kena pakai lining tapi kain dia memang lembut. Sedap ja kalau pakai tengah panas kan. Maklumlah malaysia kan panas ja la ni.


Hat ni macam tak berapa nak jiwa remaja kan. Macam sesuai dengan umuq-umuq macam mak ni kan? Ha memang mak saja la pilih hat corak lagu ni pasal bila mak hangpa pakai dia nampak lagi muda pulak kan. Boleh la ni belikan untuk mak atau mak mertua hangpa. Takkan la hangpa ja yang nak cantik-cantik, betoi dak?


Kalau ada yang berkenan dalam hati tu bole la whatsapp mak, nak. Nombor mak 01132341326.

It's Pandora for My 27th Birthday

Rabu lepas birthday mak.  Melting sungguh la mak ni pasal dapat surprise pandora. Mak memang lama sungguh dah berkenan dengan bangle pandora. Tak sangka suami mak belikan buat surprise. Tak boleh nak cakap apa bila tengok paper bag pandora yang indah diikat dengan ribbon pink tu.

Suami mak belikan bangle idaman untuk mak. Agaknya dia kesian tengok mak tetiap malam dok stalk bangle tu kat website depa, suami mak belikan la. Mak nak bangle tu ja sebab clipper dia pun dah cantik. Tapi suami mak tambah pink facet charm sebijik. Latest collection katanya. Hehe.

Leka la mak ni kan bila dapat idaman hati. Dok la tengok dekat nak sepuluh kali tak puas-puas mata tu dok tengok ja. Hehe. Peghak sungguh la kan. Tapi memang kena la dengan nama charm dia tu pasal makin lama mak tengok dia, makin melting pulak mak rasa. La ni dah sebok nak perabihkan nafkah bulanan nak pi perembat spacer dengan stoper pasal mak takmau bangle mak penuh pun. Suka yang simple ja macam gambar kat bawah ni.


Hat bawah ni mak punya pandora kesayangan. Memang takkan ditukar-tukar la ni. Simpan sampai mana ada umuq nanti boleh pusaka kat anak pulak. Hihi



Home Again : PSSCMIIUM Alumni Commemoration Diner

Kami balik lagi lepas adjust tiket kelmarin. Nak murah punya pasal kami amek tiket pukul 6 pagi. Best? Sumpah tak mau dah amek first flite. Bayar lebih pun takpa lah asal mak ni lena tidoq sampai tengah hari seperti kebiasaan sebelum berangkat pulang ke kampung.

Kami bergerak dari rumah seawal 2 pagi tau sebab tak mau kawan suami tunggu lama pasal kitorang mintak tolong kawan tu hantar kami ke airport. Bila sampai kat airport, kami teruja sebab tengok takda orang pun. Gate nak drop luggage pun tutup sebab takda orang. Alahai tersidai la kami kat kerusi nak tido mana dapat. Huhu





Bila selalu balik malam, kami biasa lihat pemandangan malam je. Kalau ada rezeki dapat la tengok bulan mengambang. Bila first time balik pagi ni, kami dapat tengok matahari terbit dari ketinggian 30,000 kaki untuk pertama kali which is sangatlah amazing.



Bila selamat sampai di rumah, kami ada kenduri yang perlu dihadiri. Dengan muka tak cukup tido sebab selalu muka sembap aje pasal terlebih tido, kami menghadiri kenduri kawen tersebut. Pergi satu family mertua. Balik dari kenduri tu teruslah mak ni bersilat iron baju yang nak dipakai untuk attend dinner malam nanti. Gosok sikit punya laju sebab tak sabar dah lepas solat nak membuta.

Malam tu kami ke UIA untuk dinner tersebut. Sangatlah seronok bila dapat jumpa kawan-kawan silat yang lain terutama kawan favorite mak, kumat. Mungkin satu kebetulan kami sama-sama pakai baju kaler hitam malam tu. Kasut pun sama hitam. Huhu. Semua orang mak nak pergi kiss malam tu sebab esaited sangat. Ada dalam setahun lebih jugak tak jumpa diorang ni.

Hasrat suami nak bertemu dengan datuk guru utama pun tercapai dan kami rasa amat bermaknalah kehadiran kami malam tu selain menjadi sebahagian daripada sejarah penubuhan kelas antarabangsa psscmuiam dan 4 kredit diberi kepada psscmuiam sebagai subjek ko-ku. Dinner kali ni pun sangatlah best kalau nak bandingkan dengan 4 tahun lepas which is masih improving. Overall, we are glad that we were there for the alumni dinner.




















Tetapi, alangkah malangnya bila kereta kami rosak masa dalam perjalanan pulang. Disebabkan 20 minit sebelum kereta rosak tu kami dalam keadaan yang sangat gembira dan bahagia, kami tak rasa stress pun bila kereta rosak. Huhu. Another nite without proper sleeping. Nasib baik abang kesayangan mak mai datang tolong adik dia ni. Sayang alang sangat-sangat. Sanggup datang dari sepang ke ampang semata-mata untuk tolong kami. Sangat-sangat terharu.



Selesai alang tukar part kereta yang rosak, kami sarapan dulu di kedai mamak memandangkan jam pun dah pukul 5 pagi perut pun dah lapar balik. Kemudian kami sama-sama pulang sebelum berpisah di traffic lite bandar salak tinggi. Setiba di rumah kami melelapkan mata dulu sebelum bangun dan masak bbq ramai-ramai sebab kami nak sambut birthday bulan mac sama-sama. Another day of happiness.

[GALERI] 15 Cosplay Paling Kelakar Dan Paling Kreatif Tanpa Menelan Belanja Tinggi

Tak perlu belanja mahal-mahal untuk hasilkan cosplay yang kreatif.

Iphone : Apa Helah Sebenaq Depa Nih?

Mak ada dua Iphone 4S. Satu kaler hitam, satu lagi kaler putih. Hat yang hitam tu suami mak belikan dan hat yang putih tu mak beli sendiri. Kawan-kawan mak kata bahaya aih pakai iphone ni satgi orang merika bole trace kita guna smartphone kita ni langsung mampuih kena bom ngan depa. Mak pun terpikiaq apa sangatlah salah mak ni kat depa kan tetiba nak kena bom bagai.

Memang la bole trace guna smartphone. Kena block pun bole pasal setiap iphone kan ada apple id. Kotla taknak kena trace toksah la on kan location. Biaq pi situ ja la. Mak pun perasan mak ni lagi terra dari kaum kerabat steve job tu mak pun rasa mak bole main-main kan depa "cari lah aku dalam lubang cacing mana pun hang nak cari" gitchew. Tapi depa ni memang brilliant.

Nak jadi cerita la kan, tadi tetiba mak nak add mak punya wishlist kat note mak kan. Selalu mak simpan note dalam hp hat putih tu. Tadi pulak mak malas nak capai hp putih tu, mak tibai hat hitam pasal lagi dekat. Bila mak bukak note mak, mak jadi tanjat ni. Semua note yang ada kat hp hat putih tu ada dalam hp hat hitam ni. Mak pun dah confuse. Awat depa boleh main copy paste pulak ni. Sebab apple id dua-dua hp ni sama jadi depa boleh main copy paste ka? Ka lagu mana?

Mak pun dah pikir yang negatif ja kan. Kalau barang omputih ni mak pikir hat buruk-buruk ja. Barang depa mak suka tapi hat depa ni yang mak tak berapa suka. Jahat kan depa tu? Haha taksal. Mak dah ada rasa-rasa ada benda misteri ni. Misteri sangat ka? Ada sapa-sapa bole explain ka?




Kasut Yang Sesuai Untuk Majlis Makan Malam Yang Gemilang

Gitcheww tajuk nyee.. Sabtu ni mak ada diner alumni kat uia. Cerita dia diner ni patut 7hb hari tu dah tamat segala cerita tapi nak dijadikan cerita, diner ni postpone, nak. Postpone sehari selepas suami mak confirm kan tiket flite, nak. Apa nak buat kan dah terconfirm. Minggu lepas la pun kitorang adjust balik tiket tu. Dah sama harga macam tiket balik raya, nak. Tambah segala denda sebab tukar tarikh.

Sebenaqnya, mak memang tak prepare apa langsung untuk diner ni. Tau dah tema depa purple silver tapi pasal mak tak prepare apa-apa, takdak beli baju untuk diner ka apa ka, pasal balik hari tu dah rembat bella ammara sehelai (preloved, nak), mak jadi takdak duit dh, mak ingat mak nak pakai jubah all time favorite mak tu yang dah tentu-tentu jubah princess cut mak tu. Baju, done! Tudung? Ah! Shawl pengantin mak ada! Jerit kuat-kuat kan nak bagi yakin diri sikit. Haha.

Kasut? Beg? Mak ingat nak kendong beg charles keith mak yang sweet tu ja pasal dia ada meghelap meghelip sikit kan. Hat kasut ni yang mak tak berapa nak paham sangat. Mak always like black when it comes to shoes. Jadi mak ada pump vincci kaler hitam dengan wedges nose kaler hitam ja. Ada lagi la wedges lagi satu kaler krim dan boot..dan err.. Mak takdak banyak kasut pun. Haha. Jadi.. Agak-agak, mana satu kasut mak yang paling sesuai untuk jubah princess cut mak tu?



Hashtag
#Edisi dress up dinner paling jimat
#Menuju wanita sebenaq

Sing You Home – Jodi Picoult


Buku ni la yang mak baca sampai siap suluh dalam selimut tu pasal tinggal last part mak nak tau sangat padia la nak jadi dengan Zoe yang dok berebut frozen embryo daripada ex-husband dia, Max. Mak sampai tak bole nak duduk rileks kepala ingat nak baca buku ni ja. Tu yang sampai nak buat kerja pakai kaki tu. I just can’t stop reading it once I’ve start read it. Syaitonnirrajim sungguh la kan?. Haha. But the simple wording and the way Jodi describe everything about the characters yang buat mak keep continue baca tak dan nak menguap segala. Kot la masa study dulu mak baca buku-buku teks tu sampai tak dan nak menguap macam ni, confirm tiap-tiap sem muka mak ja yang pi collect sijil dean list. Huhu.

Buku ni pun dia dekat dengan mak dan sebenaqnya lagi dia bukak minda mak ni to get your husband's feeling into account when you are struggeling to have a baby. Max, lawning service,ngan Zoe, music therapist ni depa dah 9  tahun kawen belum dapat anak kan and they went for 5 times IVF which the fifth attempt Zoe hamil tapi miscarriage when the fetus was 28 weeks. Dalam diam-diam, Max yang dah tak boleh nak tahan pasai dia ni kawen dengan Zoe sebab dia nak hidup bahagia dengan Zoe tapi sebab Zoe nak sangat anak, dia rasa tersisih dan dia rasa Zoe cuma pentingkan anak. Pendek kata Max ni rasa terabai. Seriously? Suami mak rasa macam tu ka?

Sebab memang betoi pun bila kita struggle nak anak sangat-sangat, kita bagi banyak pantang larang kat suami. Itu tak boleh, ini tak boleh. The same way that Max felt when Zoe keep struggling of getting a baby. Depa pun bercerai. Max tinggalkan Zoe yang tengah merana sebab baru lepas miscarriage tu. Max pindah pi tinggal dengan abang dia yang dah kawen dan end up got crush dengan kak ipaq sendiri which is.. Bunyi cam teruk, betoi dak? But in reality, memang benda tu jadi pun even dikalangan kita sendiri. Zoe yang merana tu dibantu oleh kawan baik dia, Vanessa. Hangpa nak tau dak.. Depa end up of being a lesbian and got married as life partner.

Hat yang ni la mak takleh nak stop baca siap set alarm tu kot-kot nanti terlajak baca nanti tau-tau suami mak dah balik gheja ka kalut nak siapkan minum petang dia pulak. Koh3.. Zoe memang teringin sangat la nak anak even dia tau kalau nak anak kena ada orang laki tapi la ni kan dia kawen dengan perempuan. Dan-dan Zoe ni teringat yang dia ada simpan frozen embryo dekat klinik panel dia. Mak pun kagum sungguh la kan sekarang dah siap ada teknologi yang boleh freeze kan embryo. Tinggai pi inject masuk dalam womb ja kan.

Depa pun dok berebut embryo ni pasai Max anggap Zoe tak layak dapat anak tu pasai bini dia dah sesat jadi lesbian pulak la ni tapi dia ni pun tak sedaq diri jugak kan pasai ada affair ngan kak ipaq sendiri which is both parties sebenaqnya tak layak langsung la nak bagi environment yang sihat pada bakal anak tu kan. Both parties pun tak layak la dapat embrio tu. Nak jadi cerita Zoe ni dia kena fitnah dengan client dia yang pi habaq Zoe ni cabul dia masa sesi terapi. That’s something terrible yang memang confirm Zoe kalah kat court. Dia pun give up dan bagi embryo tu kat Max. Bila dah menang kes, Max end up bagi embryo tu kat Zoe jugak. Baby tu? Jodi describe baby tu as the “most people” pasai dia ada satu bapak tapi dua mak.

Haa.. Mak pun dah ternganga ni tak tau nak taip apa dah kan pasal abes dah cerita dia which is happy ending pulak kan. Hangpa pun bole la baca buku ni pasal buku ni pasal social problem yang mak rasa memang logik la. Tak macam novel melayu yang sungguh-sungguh dia punya merepek tu nama tak nak kalah macam keturunan dari kayangan punya nama ka macam mana klimaks pun tak nak kalah dia punya melampau tu. Haha. Jodi Picoult is best, and mak rekemen hangpa baca Jodi Picoult.



Lisa Surihani Pregnant Masa Berlakon Filem Cicakman 3?

Ha todia la kan mak baca tadi Lisa Surihani ni rupa-rupa dia tengah dok pregnant masa shooting filem Cicakman 3. Cicakman dia pun hensem dah la ni takdak dah serabai macam dulu. Dah makwe dia pun segak kan, padan la kalau mak kata hero Cicakman 3 ni hensem. Koh3.. Padia pulak la mak nak gosip pulak petang-petang ni kan. Tapi sebenaqnya mak ni jeles dengan budak Lisa ni. Kakak ka dia ni? Ah tak kesah la kan.

Dengaq cerita pun depa ni 3 tahun dok tunggu tak dapat anak. La ni ada dah rezeki depa tengah expecting sekarang. Dah tak member dah la mak dengan budak Lisa ni pasal dia dah pregnant, mak belum lagi. Koh3.. Dapat kembaq pulak tu dengaq cerita dia lagi. Hai bertuah sungguh la budak dua orang ni kan. Tengah pregnant pun bole shooting lagi. Baguih budak Lisa ni pregnant tak mabuk agaknya la kan. Senang gheja semua bole buat. Tapi agak-agak berapa bulan Lisa pregnant masa dia shoot filem Cicakman 3 ni kan? Hangpa nak tau hangpa tengok sendiri la temubual eksklusif Lisa ni. Buat peminat-peminat Lisa Surihani, kita doakan la kesihatan baby dan mak depa dan semoga dalam keadaan yang sejahtera hendaknya. Aminn..


More Is A Gigantic Satisfaction

Mak shoping buku lagi. Menyesal mak rembat Jodi Picoult minggu lepas, sekarang mak rasa hidup mak macam nak buat kerja rumah semua nak pakai kaki. Tangan ngan mata dok tengok buku. Kot la bole buat kerja umah blindly. Suka sangat la pulak dengan Jodi Picoult ni. Mak bole baca buku tu dalam selimut suluh ngan torchlite. Haha.

Mak perembat Cecelia Ahern pulak tadi. Try baca next hot sellers pulak la. Mak pi rembat sampai tiga sekali pasal ada value buy dekat MPH tadi beli tiga buku bayaq RM80 ja. Mak ok ja tengok rega macam tu. Suami mak la kalut tunggang langgang nak bayaq. Miahaha. Test tengok baguih ngat ka Cecelia Ahern ni. Kot la macam stokin basah ja rasa bila baca buku dia nanti, baik pi beli yang hat Jodi Picoult dah la. Hehe.





Apa Yang Surirumah Buat Kat Rumah

"Ateh buek apo kek umah? Duduk yola?"

Macam tu soalan alang aku tuju kat ateh aku masa aku tengah cuci pinggan. Terus berhenti cuci bila aku dengar soalan tu dan tengok muka ateh terpinga-pinga bila dapat soalan jenis macam tu. Buat apa bila duduk kat rumah sorang-sorang?

Kepala aku terus tangkap "Aku yang duduk berdua dengan suami ni pun tengah hari baru dapat rehat, ini kan pulak ateh aku yang ada dua orang anak yang dah bersekolah. Aku rasa ramai suami memang dah lama mengidam sangat nak tanya isteri diorang buat apa duduk kat rumah. Layan facebook aje ke macam mana. Tapi nak elak isteri merajuk bimbang dituduh suami dah penat nak bela isteri yang disangka duduk senang lenang aje kat rumah, maka bertanyakan soalan jenis macam tu kat adik perempuan yang berjawatan housewife nampaknya jalan paling selamat. Tapi isteri alang aku tu bukannya housewife pun.

Lalu ateh aku pun cerita la rutin harian dia secara terperinci daripada pagi bawak ke malam. Pagi-pagi buat sarapan kemudian hantar anak pergi tadika. Balik rumah terus mengemas, cuci baju kemudian masak. Tengah ari amek anak dari tadika. Siapkan makan tengah hari untuk anak yang balik sekolah darjah satu dan suami yang balik rumah makan tengah hari. Petang kadang rehat, kadang ada kerja lain pulak nak kena buat. Kadang ada kerja extra contoh mop lantai dua hari sekali atau cuci toilet seminggu tiga kali. Belum lagi kadang cuci kipas siling sebulan sekali. Cuci tingkap setahun dua kali?

Aku pun menyampuk jugak sebab aku pun housewife. "Alang ingat housewife duduk rumah tengok tv jo ko?" Macam tu pulak aku tuju soalan jenis tak puas hati kat alang aku. Haha. Muka alang aku kelihatan berpuas hati dengan penjelasan ateh aku. Mungkin isteri dia bekerja jadi dia nak tau sangat apa tugas seorang surirumah. Agak-agak kalau duduk rumah boleh mendatangkan pendapatan, mungkin dia nak suruh isteri dia berhenti kerja jaga anak kat rumah je. Mungkin la.

Rutin ateh aku memang normal. Rutin aku yang abnormal. Kadang suami bagi cuti tak payah buat sarapan pagi. Kadang tengah hari cuti masak tengah hari. Tapi yang sebenarnya rutin aku bergantung kepada cuaca. Kalau hujan nanti aku bagi alasan sejok takut nak pijak lantai rumah. Haha. Kami masih hidup macam orang bujang. Aku bereskan jugak rumah tapi aku ada banyak masa lagi nak baca buku. Masih lapang la orang kata sementara tak ada anak ni. Pendek kata rutin aku setiap hari tak sama. Tapi masih..rumah masih perlu dibereskan. Don't take for granted sebab suami kat luar jumpa ramai perempuan. Kita kat rumah jangan selekeh-selekeh rumah sepah-sepah. Silap hari bulan kunyah novel tu balik sebab makan hati. Leka sangat dengan buku kan. Haha.

Tapi aku rasa semua housewife pun sama walaupun rutin lain-lain. Pendek kata dia masih bereskan rumah. Kalau betul la surirumah ni duduk aje kat rumah, tunggang langgang la rumah dapur tak berasap la jawabnya. Bagi suami yang dapat isteri yang extra rajin tu, jangan korang pulak yang jadi pemalas. Letak barang sepah-sepah, lempar baju sana sini, kesian la isteri nanti penat nak kemas. Korang pun balik kerja mesti nak tengok rumah bersih dan kemas jadi tolonglah bagi kerjasama sebab bila isteri sorang je nak pastikan rumah kemas dan bersih tapi suami tak ambil berat, tu yang kadang-kadang setiap bulan ada sesi membebel sebab isteri dah penat. Gitchew.

Keliru Ke Kerilu?

Well.. I got myself confused. Which people is more sucks in your opinion : 

Is it to go for a holiday and ask the one you borrowed money from, which your own friend, to join the holiday together as well (You don't pay up the money you borrow from him but instead you ask him to join for the holiday. Where the hell you get that money to spend over your holiday? Which one comes first? The holiday or getting the money borrowed to be paid off?)

Or

Is it not to spend something quite expensive for yourself because you are afraid to think that your siblings will having a thought like "Eh bole pulak beli itu ini tapi bila nak pinjam duit asyik tak dapat nak tolong" ??? And you are of course a housewife which all your stuffs were bought by your own husband.

So, which one of them is sucks? Is it the one who ask to join the holiday? Or the one who lend his money to? Or the housewife who is afraid of spending her husband's money? Or the siblings themselves?

Do you really think someone should have to think up to this stage? Where on earth they got the idea of making someone sound and act silly but they live happily?

Mak pun dah naik bengong. Ni semua Jodi Picoult punya pasai. Huhhh!

Cadangan Hadiah Untuk Suami : Baca Kalau Korang Housewife Dan Sengkek

Birthday suami hangpa is just around the corner? Lusa birthday dia? Alamak tak tau nak bagi apa macam mak ri tu? Kadang-kadang hadiah yang mahal bukanlah sesuatu yang menjamin kegembiraan suami kita. Silap hari bulan dia dok bebel kat kita balik awatla kita pi perabih duit beli hadiah untuk dia sedangkan duit yang kita dok perabih tu duit dia walaupun duit nafkah dia bagi bulan-bulan. Bukan ka kita ni housewife? Bukan ka? Haha.

Bersyukur la pasai kita ni housewife tak payah dok kalut nak pikiaq bagi hadiah mahal-mahal kat suami. Duit dah la tak banyak mana dah tu dalam kepala mak ni pun sebok la nak siapkan projek dapuq comel mak tu kan. Maka datanglah idea nak bagi suami mak hadiah yang mana mak bole tumpang sekaki. Haha

Mak bagi dia famous amos cookies in a truck. Cookies bagi kat dia, truck mak perembat buh kat dapuq. Haha. Mahal? Dak aih. Murah gila. Kalau tak caya bole cek harga dia kat website diorang. Ada yang kata famous amos ni tak halal. Sebenaqnya halal. Mak tengok ramai dalam website taip pun dah salah, depa pi taip famous amous. Sampai bila-bila la pun takkan jumpa famous amos dalam direktori halal tu pastu dok kalut habaq barang tak halal.




Murah gila kan? Selain murah, depa ada delivery ikut kawasan jugak tau. Rasa-rasa mak la kan, suami kita ni baguih bagi dia barang makan ja. Bagi jam tangan kat dia pun dia tak pakai dok simpan dalam laci. Kita tengok pun makan dalam. Haha. Macam suami mak dia gila kat coklat. Nak bagi fererro rocher macam dah tak rare sangat. Lagipun dia paham la isteri dia ni dok rumah online shoping ja tak dak keja lain.

Banyak lagi website yang offer delivery ni kot la hangpa nak bagi surprise kat husband kan. Bajet pun takdak la mahal sangat hat yang seratus lebih pun banyak ja pilihan yang menarik yang kita boleh pilih. Paling penting sekali kita niat nak bagi suami kita happy ja dan bagi dia rasa yang kita ni sentiasa ingat kat dia walaupun dengan hadiah yang tak seberapa tapi penuh dengan keikhlasan. Gitchew.

Sakit Kepala Sampai Tak Boleh Nak Tidur? Apa Nak Buat? Nah! Khasiat Selawat Syifa

Jam dah dekat nak pukul satu pagi ni tapi mata tak boleh nak lelap sebab sakit kepala datang menyengat. Ni kalau setakat pening ni elok je boleh lelap mata silap ri bulan bangun esok pagi kepala rasa ringan. Tapi kalau sakit kepala datang abes la.. Boleh bawak bergurau lagi dengan suami tapi bila nak bawak tido.. Failed. Susah hoi nak lelap mata ni tanggung sakit kepala berdenyut.

Aku dok guling kiri kanan kesian kat suami nak lelap pun susah. Sampai aku kata kat suami rasa macam nak telan panadol dah ni dia punya rasa tak bole nak tanggung tu. Aku suruh suami tido dulu aku nak pikir nak buat apa nak bagi hilang sakit kepala ni. Tetiba aku teringat nak baca selawat syifa. Amazingly.. Bila aku start baca.. Sakit kepala yang berdenyut tadi beransur hilang. Nikmat sungguh la bila sihat. Betul-betul nikmat bila dah tak sakit kepala.

Subhanallah.. Sungguh aku terlupa dengan amalan-amalan macam ni. Tadi kepala ingat nak telan panadol la, minum air panas la nak bagi hilang sakit ni tapi aku lupa langsung selawat syifa tu lah penawar yang terbaik. Kawan-kawan, janganlah kita dok bergantung kat ubat-ubat yang terang-terang yahudi punya agenda. Beramal lah kita dengan ayat al-quran dan selawat keatas Rasul kita. Terbukti dah ni dan buat aku insaf. Apa-apa jadi sakit ke, kena musibah ke, balik la kita pada Pencipta kita. Pesanan untuk diri sendiri jugak..


Selamat Hari Lahir Suamiku!

Suamiku padia? Bukan suamiku encik sotong. Suamiku hensem! Haha gitchew. Mak nak ketawa ja ri ni walaupun ada perkara bengong gak yang jadi tadi.

Hari ni genap la 28 tahun umuq suami mak, nak. Kami pergi jalan-jalan plaza merdeka tadi suami mak rewarding diri sendiri shoping kat G2000. Mak memang galakkan suami mak perabih duit kat sana, nak. Penat suami mak kerja jadi baju-baju dia kena la baguih dok ada kan. Takkan baju mak ja yang nak kena high class. Puihh! High class tang mana pun tak tau. Haha

Mak belanja suami mak G2000? Eh bukan tak boleh belanja suami mak pun tapi swipe guna kad kredit suami mak jugak lah. Hahaha.. Lepaih setel perabih duit shoping baju, mak nak pi beli Jodi Picoult pulak. Kemain ko nak. Anak orang mak nak beli. Bukan beli orang. Beli buku dia ja la.

Ni first Jodi Picoult yang mak ada. Takkan nak beli Sophie Kinsella yang nampak benau budak-budak remaja dia tu kan. Kalau dok study kat matrik dulu nak baca sophie kinsella padan la jugak. Jadi mak tak shoping banyak mak rembat sing you home sebijik dulu. Nak test best sangat ke Jodi Picoult ni.


Lama dah aih buku ni published tahun 2011 lagi. Hat yang 2014 takdak. Tak tau la sold out ka atau memang kedai tu jual yang hat-hat lama ja. Huhu. Lepas shoping buku, mak ajak suami mak pi Daiso kat boulevard bagi menyetelkan projek dapuq comel mak. Comel ngat ka? Comel bagi mak dah la. Huhu

Jadi housewife ni susah angat la nak bagi surprise kat husband. Nak surprise bagi cincin kat suami pun tak jalan. Nak surprise lagu mana, siap ajak suami pi ukuq jari. Haha kepiaq! Sampai boulevard mak suh suami mak pi masuk toilet cepat pasai dia tak tahan nak kencing. Niat dalam hati nak pi perembat famous amous sat pasai semalam mak tengok kat website dia murah-murah ja cookies dia. Tetiba masa tengah dok pilih suami mak dah mai. Haha cikaiii.

Mak dah pilih hadiah yang mak nak bagi kat suami mak. Suami mak nak coklat mak belikan jugak. Mak pi belek-belek lagi tetiba suami mak dah bayaq? Haha awatla bayaq hadiah sendiri. Dalam kereta mak bayaq balik. Suami mak ketawa ja bila mak kata mak nak buh trak tu kat dashboard kereta ganti kereta F1 dia tu. Alhamdulillah.. Mak happy mak buat suami mak ketawa macam tu.


Suami mak dia tak mau makan kat luaq. Jadi kami pun balik rumah mak masakkan ayam masak kurma. Mak godek-godek adjust sana sini, jadi jugak la kot ayam masak kurma mak tu. Dah siap ugut kat suami mak kalau tak sedap malam ni kita pi makan kat luaq. Dia sedapkan aje la. Hahaha.


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Mak harap suami mak happy ri ni. Aminn ya Allah..

Esok Birthday Suami?Gulp!

Oh mai3.. Cemana cerita cek bole lupa esok birthday suami cek ni. Bukanlah lupa mana. Balik nismilan ri tu siap dah sambut ramai-ramai punya birthday kot. Tapi itu ramai-ramai punya cerita yang birthday belum masuk bulan pun dok angkut sekali sambut ri tu. Haha.

Tapi bila berdua ni dia bole jadi kelam kabut sasau jap hati ni tetiba. Alahai. Nak masak padia nih esok. Padan la tadi suami keluar pergi pasar beli ayam dengan rempah kurma. Alamak! Mak tak pandai masak hoi. Seumur hidup tak pernah mak masak ayam masak kurma ni.

Kalau dua tahun lepas kemain la siap bagi surprise kat suami bagi dia jam tangan anticlockwise tu sekali dengan ceklat fererro rocher. Jenuih la dok pujuk tadi esok nak pi belanja suami makan kat luar sambut birthday dia tapi dia tak mau. Huhu.

Omaigod.. Suami mak tu selalu la bagi mak ni suprise,nak. Tak sampai sebulan masa baru mula-mula kawen tetiba ada orang mai hantaq bunga pi opis masa dok jauh dulu. Tedia suami mak bagi bunga mai dari kuching tak tau lagu mana tapi rupa-rupa kedai dia dekat ja kat jalan brickfields nun. Huhu.

1st anniversary suami mak bagi suprise lagi, nak. Mai lagi orang datang umah hantaq bunga. 2nd anniversary pun sama suami mak tu dia pi sorok kotak besaq bawah selimut bila mak selak tetengok ada hadiah. Gagap sat mak, nak.

Mak? Sekali and ever tu je la pernah bagi suami mak surprise. Owh.. Padia la nak jadi esok ni. Mak google resepi ayam masak kurma la ni jugak la. Harap-harap semua jadi baik-baik ja esok dan suami mak suka. Aminn3 Ya Allah..


I Just Need More Books To Read!

Cewahh.. Baru lah habis baca satu buku tajuk dia Perdana Discourse Series dah perasan kekonon dah berbudaya membaca lah sangat. In fact buku tu je la yang paling akademik yang pernah aku ada. 

Itu pun suami aku beli kan. Itu pun lagi suami beli sebab ada muka Tun Mahathir kat cover page dia. Kekonon bila Tun dah takda nanti sekurang-kurangnya ada la jugak something yang ada kaitan dengan Tun dalam simpanan kami.

Tapi niat asal nak beli buku ni yang memang tak senonoh langsung tu buatkan aku seronok baca sampai habis. Aku tak taula kalau orang lain dah bertahun lama dah khatam buku tu. Aku ni tahun 2015 la baru abes baca. Itu pun start masa 2014. Owh tapi buku ni published 2012. Takdelah berzaman sangat. Haha

Sebab kan buku ni jugak la dan words by Tun yang buatkan aku dah start merengek kat suami nak beli buku lain. Tak mau dah beli novel melayu contohnya yang tajuk Asam Pedas Untuk Awak ke ape ntah. Membazir je beli novel melayu esok lusa dia masuk tv jugak. Huhu.

Tak sabar nak shopping buku!


 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.