Back to Top

Dah Abes Seronok La Cuti Kali Ni

Berakhir la cuti kami kali ni. Cuti dua minggu pun rasa kejap je. Tak tau nak cuti berapa lama baru nak cukup ni. Ah! Pindah terus la senang kan? Huhu

Lepas berakhir keseronokan kat pangkor dengan family mertua, kami menyambung keseronokan tu di kampung aku pulak. Dah lama tak jumpa kakak-kakak dan abang-abang aku ni. Dah berapa kali balik tapi tak dapat jumpa sebab biasa aku balik kampung masa hari bekerja.

Jadi cuti raya cina kali ni kami amek kesempatan berkumpul ramai-ramai. Hari khamis kami dapat berkumpul separuh sebab along tak balik. Even along takde pun kitorang belasah je la sambut birthday along bulan januari dengan birthday bulan march dan april. Semua sumbat dalam tu. Semua orang kongsi kek yang sama. Haha




Hari sabtu semua ada kecuali ateh. Kami balik rembau gathering family mak aku pulak. Nak buat kambing golek kata nye. Memang syok la kan dah lama tak makan kambing golek nih. Wiiiiii best2! Lepas makan kambing golek kami pun berpisah. Sob3.. Till we meet again my dear brothers and sisters..



2 comments:

  1. happy belated birthday buat ur along. hehe. sedapnyaaaa kek SR tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..thank u.last time sambut birthday adik beradik masa kecik2 dl.huhu

      Delete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.