Back to Top

Mak Terkena Bang Bang Boom!

Petang kelmarin lebih kurang setengah jam lagi nak habis waktu pejabat, tiba-tiba ada student sakit tak boleh nak tahan sangat dan terpaksa dihantar ke hospital. Aduhhhhhhh.. Macam itu ekspresiku dalam hati. Dahla petang tu lepas kerja nak keluar beli barang. Terpaksa escort student pergi hospital pulak. Takpela alang-alang nak keluar petang tu.

Aku pun sorong student tu naik wheelchair. Ni lagi satu aku kurang nak suka sangat. Time aku rasa aku preggy bulan tu, time tu pulak la nak kena dukung student la, tolak naik wheelchair la. Patient semua berat-berat walaupun badan kecik. Lepas angkat student mesti rasa sakit kat bahagian perut. Tension je aku kan. Takpela. Kalau ada rezeki nak dapat anak, kerja kayu balak pun boleh preggy kot. Hehe. Lepas sumbat patient dalam kereta, kami terus gerak ke hospital.

Patient ni india. Terlalu lemah keadaan dia. Mintak ic pun dia bole tak larat nak bukak purse dia. MA pesan lepas register bole terus balik. Kalau dah macam siput aje gaya nya aku tengok patient tu, tak kan nak ditinggalkan sorang-sorang. Ada jugak parents dia complaint nanti. Jadi aku pun tunggu la kejap sorong dia sana sini jumpa doktor. Suami pun belum siap beli barang. Jadi sementara tu bole la temankan. Dalam 6.30 macam tu aku tinggalkan patient tu ngan doktor dan inform parents dia yang anak dia tengah dirawat.

Suami amek dan kami ke tempat kegemaran suami iaitu tempat training ping pong. Lebih kurang pukul 9 macam tu kami pun pulang ke rumah. Bila masuk dalam bilik aku tak perasan lagi nak kena prank ni. Salin baju letak atas katil, tarik towel pastu terus mandi. Tak perasan lagi masa tu. Lepas mandi dan nak solat, masa nak pakai baju dalam bilik aku perasan ada benda besar bawah selimut. Aku tak syak apa-apa pun. Ingatkan teddy bear aku tindih dengan olaf.

Aku pun tanya suami apa bawah selimut tu? Kenapa selimut bebear dengan olaf sekali. Suami pun kata tengok la. Bila aku raba selimut aku rasa kotak. Aku dah ketawa. Aku tak sanggup dah. Aku dah ada wudhuk masa tu. Aku ketawa je. Dalam hati takkan kotak periuk nasik tefal kot. Tak mungkin pasal dah ada. Suami suruh selak selimut tu.

Bila selak selimut tu, ada kotak besar gila atas katil. Aku rasa nak melalak dah. Haha. Aku terkena lagi. Tension aku dengan suami. Haha. Tension yang aku suka. Aku masih tak sanggup nak bukak kotak tu. Baca kad yang suami aku selit tu pun aku dah rasa tak berdaya. Suami kata nasib baik aku escort student pergi hospital. Kalau tak dia pun tak tau mana nak sorok kotak besar tu. Ketawa tak habis lagi masa tu. Aku tanya apa dalam kotak tu. Suami kata produk dari langkawi. Dalam hati aku ni kalau tak pan tefal mesti coklat ni.

Bila aku bukak kotak tu ada banyak gila ferrero rocher. Terbang all the way from langkawi dengan kotak besar tu sekali. Haha melting gila! Ni mesti suami aku komplot dengan kak ipar aku sebab dia pergi holiday kat langkawi hari tu. Penuh kotak tu dengan coklat. Sebaik la aku ada wudhuk masa tu kalau tak siap la suami aku kena harrassment. Haha. Silap la selak selimut time tu. Tengah solat aku bole tersenyum-senyum lagi. Adoi rosak solat. Hehe

Thank you sayang for this anniversary gift in advance! I love u so much!

Add caption


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.