Back to Top

Hadiah Anniversary Untuk Suami

Tak mahal dan tak jugak murah. Janji cincin tu cincin berlian dan berjenama Habib. Itulah moto seorang pembantu klinik yang bergaji saiz kecil dan sederhana. I just love diamond and love it muchy-muchy bila tengok suami sarung cincin tu kat jari dia.

Well.. Cincin ni 3 in 1. Hadiah anniversary bole, hadiah konvo bole, cincin kawen pun bole. Haha.. Maklumlah gaji tak seberapa. Nasib baik cincin ni bukan gift untuk 2 tahun kan sayang? Huhu.. Aku tak pandai nak surprise kan suami. Macam mana nak bagi surprise. Beli cincin ni pun dengan suami. Dah aku yang merengek-rengek nak kan cincin ni untuk suami. Haha. Aku pulak yang paksa suami terima hadiah ni. 

Alhamdulillah.. Genap 2 tahun kami jadi suami isteri dan paling bersyukur pasal dari hari pertama kami nikah, tak ada yang berubah. Hari pertama jadi isteri mestilah malu-malu lagi pakai baju pun dalam toilet. Haha. Tapi kemesraan dan gurau senda yang suami bagi tak pernah berkurang malah bertambah. Kami lakukan apa yang bole bawa kebaikan untuk rumah tangga kami. Kenapa kita tak boleh buat benda tu kalau benda tu bole buat rumah kita bertambah baik kan?

Semoga kami kekal bercinta macam hari ni sampai ke hari tua kami nanti. Kekal gedik-gedik macam sekarang. Tak sabar pulak nak rasa tua. Macam mana la rupa orang tua dua orang ni menggedik. Haha

I love u, syg.



Konvo Dan Bercuti Di Melaka: Part II

Selepas selesai majlis konvo dan berlaku sedikit percakaran, kami beronok-ronok ke Melaka. Kami tinggal di homestay Alor Gajah. Sangatlah murah dan lengkap peralatan dalam rumah tu. Semua ada tersedia. Bayaran dia cuma RM150 aje satu malam. 

Angkara menonton program Dapur Panas, aku pun dapat idea nak menggunakan duit suami mengikut kehendak hati aku. Masa tu Dapur Panas shooting kat A Famosa Animal World Safari. Sikit punya best aku tengok tempat dia dalam tv masa tu. Start dah la aku merengek kat suami lalu menghasut adik beradik ipar supaya kami melepak-lepak di sana sahaja. Berjaya! Kami ke Animal World Safari hari ahad tu.

Masuk aje kami lepas setel kat kaunter, kami dipaksa bergambar dengan gajah. Hidup tau gajah tu bukan patung. Tak tau pulak gajah kat belakang tu pandai posing fumakilla. Haha

Pandai gajah ni bawak najis sendiri



































Hari-hari Terakhir Sebagai PSH

3 Disember

Tarikh terakhir aku bekerja sebagai pembantu klinik politeknik kuching sarawak. Sembilan bulan kerja kat sini membantu seorang Pembantu Perubatan yang bergaya rockers tapi baik hati banyak menambahkan pengalaman hidup aku. Mewarna warni kan lagi perjalanan hidup aku. Kadang hari ni kaler oren. Esok kelabu. Lusa mungkin merah bata. Gitchew

Aku mesti rindu kat Puan Rabiah nanti, kat kakak cleaner, kakak kadariah dan margrett, encik-encik penyelia dan driver-driver yang baik hati dan banyak membantu. Macam-macam perasaan dan emosi aku lalu masa kerja kat klinik. Tapi perasaan wajib yang aku perasan tiap-tiap hari dia ada mestilah balik umah tengah ari masa break aku nak cebum depan tv. Haha. Heaven.

Terima kasih kat pihak yang bantu dan pilih aku untuk isi jawatan ni. Terima kasih banyak-banyak. Tetiba aku rasa sad. Sebak. Kbai.




Dating Sempena Anniversary Kedua Kami

Hadiah dah dapat, kali ni kami lunch date di Secret Recipe. Frankly, ni memang first time aku makan kat tempat ni. Sebelum ni selalu dropped beli kek je. Tu pun dah lama jugak dah tak mengidam marble ngan new york cheese dia. Muak dah kot. Hehe

Niat kat hati nak makan western tapi maklumlah kami bukan food hunter jadi tak tau tempat restoran western yang halal dan best kat kuching ni. Jadi jalan paling selamat ialah dengan pegi makan dekat secret recipe. Dah tentu halal dan sedap. Sedap tu subjektif sebenarnya. Objektif paling utama ialah makan western di tempat makan yang menarik untuk bergambar. Biasa la tu kan? Hehe.

Masa kami keluar dating petang semalam hujan tersangatlah lebat. Jadi kami memilih minuman yang panas bagi menghilangkan kesejukan. Sementara tunggu makanan kami siap, kami pun bergambar sakan which is jarang sangat-sangatlah kami buat kalau dekat public. Hehe

Sweet tak? Hehe

Sayang

Suami taknak western

First trial. Bole la

Setel lunch date, kami ke City One meneruskan aktiviti dating kami. Lama dah tak dating ni. Keluar tu memang selalu tapi asal keluar mesti pergi pasar. Naik tension aku asyik beli ikan ayam je. Tak bole ke ayam ikan tu auto-refill dalam fridge aku yang tak berapa tu? Haha. Sebabkan dah lama sangat jugak tak tengok wayang, kami plan nak tengok interstellar semalam. Tiket dah booking semua kami pun berlenggang ke panggung. Cerita dia best? Aku tak minat outerspace. Tu je. Hehe

Selamat 3 jam kami habiskan movie tu sampai rasa nak ajak suami balik awal pun ada. Lama betul nak habiskan movie yang susah nak paham tu. Suami aku lagi tak tahan. Aku ingat aku dah habis teruk rasa nak burn tiket je ajak suami balik awal. Suami lagi dasat plan dia. Nak ajak masuk hall lain tengok movie lain. Haha. Aku pun tak penah terpikir tu kalau dah bagi tiket tu sukati je la nak masuk hall mana. Korang pernah buat macam tu ke?

Setel movie, kami teruskan dengan projek 8facebook kami. Contest ni hadiah dia RM700 tau. Aku dah berangan ini kalau menang aku nak beli Habib. Haha. Kami pun ke Popular cari buku sebab syarat dia amek gambar dengan cover buku. Tak sangka pulak aku suami sangat sporting rupa nya. Dia tak suka selfie jadi aku ingat dia tak suka la trend semasa tapi aku silap. Sayang suamiku. Muah2!!

Fotografer amatur

Kami akhiri malam kami dengan menemani suami ke Kampung Lintang untuk bermain ping pong. Hehe. Pengakhiran yang paling sweet.

Mak Terkena Bang Bang Boom!

Petang kelmarin lebih kurang setengah jam lagi nak habis waktu pejabat, tiba-tiba ada student sakit tak boleh nak tahan sangat dan terpaksa dihantar ke hospital. Aduhhhhhhh.. Macam itu ekspresiku dalam hati. Dahla petang tu lepas kerja nak keluar beli barang. Terpaksa escort student pergi hospital pulak. Takpela alang-alang nak keluar petang tu.

Aku pun sorong student tu naik wheelchair. Ni lagi satu aku kurang nak suka sangat. Time aku rasa aku preggy bulan tu, time tu pulak la nak kena dukung student la, tolak naik wheelchair la. Patient semua berat-berat walaupun badan kecik. Lepas angkat student mesti rasa sakit kat bahagian perut. Tension je aku kan. Takpela. Kalau ada rezeki nak dapat anak, kerja kayu balak pun boleh preggy kot. Hehe. Lepas sumbat patient dalam kereta, kami terus gerak ke hospital.

Patient ni india. Terlalu lemah keadaan dia. Mintak ic pun dia bole tak larat nak bukak purse dia. MA pesan lepas register bole terus balik. Kalau dah macam siput aje gaya nya aku tengok patient tu, tak kan nak ditinggalkan sorang-sorang. Ada jugak parents dia complaint nanti. Jadi aku pun tunggu la kejap sorong dia sana sini jumpa doktor. Suami pun belum siap beli barang. Jadi sementara tu bole la temankan. Dalam 6.30 macam tu aku tinggalkan patient tu ngan doktor dan inform parents dia yang anak dia tengah dirawat.

Suami amek dan kami ke tempat kegemaran suami iaitu tempat training ping pong. Lebih kurang pukul 9 macam tu kami pun pulang ke rumah. Bila masuk dalam bilik aku tak perasan lagi nak kena prank ni. Salin baju letak atas katil, tarik towel pastu terus mandi. Tak perasan lagi masa tu. Lepas mandi dan nak solat, masa nak pakai baju dalam bilik aku perasan ada benda besar bawah selimut. Aku tak syak apa-apa pun. Ingatkan teddy bear aku tindih dengan olaf.

Aku pun tanya suami apa bawah selimut tu? Kenapa selimut bebear dengan olaf sekali. Suami pun kata tengok la. Bila aku raba selimut aku rasa kotak. Aku dah ketawa. Aku tak sanggup dah. Aku dah ada wudhuk masa tu. Aku ketawa je. Dalam hati takkan kotak periuk nasik tefal kot. Tak mungkin pasal dah ada. Suami suruh selak selimut tu.

Bila selak selimut tu, ada kotak besar gila atas katil. Aku rasa nak melalak dah. Haha. Aku terkena lagi. Tension aku dengan suami. Haha. Tension yang aku suka. Aku masih tak sanggup nak bukak kotak tu. Baca kad yang suami aku selit tu pun aku dah rasa tak berdaya. Suami kata nasib baik aku escort student pergi hospital. Kalau tak dia pun tak tau mana nak sorok kotak besar tu. Ketawa tak habis lagi masa tu. Aku tanya apa dalam kotak tu. Suami kata produk dari langkawi. Dalam hati aku ni kalau tak pan tefal mesti coklat ni.

Bila aku bukak kotak tu ada banyak gila ferrero rocher. Terbang all the way from langkawi dengan kotak besar tu sekali. Haha melting gila! Ni mesti suami aku komplot dengan kak ipar aku sebab dia pergi holiday kat langkawi hari tu. Penuh kotak tu dengan coklat. Sebaik la aku ada wudhuk masa tu kalau tak siap la suami aku kena harrassment. Haha. Silap la selak selimut time tu. Tengah solat aku bole tersenyum-senyum lagi. Adoi rosak solat. Hehe

Thank you sayang for this anniversary gift in advance! I love u so much!

Add caption


Jiranku Hantu

Ini kisah benar. Benar sebenar benarnya.

Kami tinggal di kuarters kerajaan. Unit atas rumah kami dahulunya didiami oleh sebuah keluarga sebelum mereka berpindah ke luar akhirnya. Ada dalam sebulan lebih dah keluarga ustaz tu berpindah. Semasa mereka masih tinggal dirumah itu, isteri kepada ustaz tu selalu tumbuk cili guna lesung batu. Apa yang ajaib sangat kalau kakak tu rajin tumbuk cili guna lesung batu kan? Ada ajaib dia. Timing kakak tu tumbuk cili sama aje. Kalau waktu-waktu tu dengar ada orang kat atas tu tumbuk cili, tak lain tak bukan mesti kerja kakak tu. 

Selalu nya waktu tengah hari aku dengar dia menumbuk cili. Biasa la kan dah tengah hari nak masak untuk makan tengah hari. Waktu petang pulak biasanya pukul 6.30 dengar kakak tu menumbuk cili. Bulan puasa pun dia tetap dengan rutin dia menumbuk cili walaupun masa tu orang tengah sibuk berbuka puasa. Tapi bunyi tumbukan dia kedengaran agak aneh. Ada macam bunyi batu belah batu bertangkup lesung batu nak tebelah dua. Sabar kak. Syurga itu dibawah telapak kaki suami. Haha

Pada suatu hari suami bagitau bahawa ustaz tu sekeluarga dah nak berpindah yang mana sebelum ni ada lagi sebuah keluarga berpindah keluar juga dari kuarters tersebut. Sampailah masanya, ustaz dan keluarga pun berpindah dan menetap di luar yang lebih bebas dan boleh beli cucur pusuk sepuas hati. Cerita pun bermula sementelah keluarga tersebut berpindah. Jeng jeng jong.. Lebih kurang 2 3 hari selepas ustaz tu berpindah keluar, aku terdengar bunyi orang tumbuk cili kat siling rumah. Maksud dia bunyi tu datang dari bekas rumah ustaz tu la. Timing dia sama pulak macam masa kakak tu masih tinggal di rumah tu. Bila tengah hari dan masuk waktu senja akan kedengaran bunyi orang tumbuk cili. 

Mungkin kakak tu balik kot masak tengah hari. Aku masih bersangka baik tanpa memikir kan perkara logik. Tak kan la kakak tu tak angkut sekali lesung batu kesayangan dia dengan dapur masa berpindah dulu. Tak mungkin jugak kakak tu bole masuk dalam rumah tu kalah kunci sudah dipulangkan. Kejadian itu rupa-rupanya disedari oleh suami. Mungkin ada orang berpindah masuk ke rumah itu jebak suami. Kami masih bersangka baik.

Pada suatu malam ketika kami pulang dari bermain ping pong, alangkah tertanjatnya kami bila mendapati rumah tersebut gelap. Rumah di tingkat 4 pula bercahaya. Rumah di tingkat paling atas itu didiami oleh budak-budak bujang anak pensyarah disini. Dah tentu la bukan mereka yang rajin sangat nak tumbuk cili pagi petang. Namun kami masih bersangka baik. Mungkin orangnya keluar masa kami sampai rumah ketika itu.

Namun kami mendapati hal yang sama setiap kali pulang dari bermain ping pong. Bukanlah lewat sangat kami sampai ke rumah. Lebih kurang pukul 10 malam kami dah sampai di rumah dan setiap kali jugak rumah itu kelihatan gelap seperti tiada prnghuni. Kami perhatikan pula kawasan parking di situ. Mana tau ada kereta aneh yang tak pernah dilihat. Jikalau ada kereta aneh, bermakna ada orang baru yang berpindah masuk. Tapi tiada kelihatan kereta aneh. Kami pulak yang aneh-aneh malam tersebut.

Semenjak dari peristiwa itu maka kami beranggapan yang rumah itu sudah dihuni hantu. Seringkali jugak kami terdengar bunyi guli bergolek di siling rumah kami. Kami pasrah. Mungkin itulah sebabnya ustaz itu berpindah keluar. Tiada apa yang mampu kami lakukan selain berusaha memagar diri dengan zikir dan selawat. Ternyata bunyi orang menumbuk cili itu bukanlah datangnya dari kakak itu tetapi dari kak pon. Sungguhpun kami mempunyai jiran kak pon yang rajin menumbuk cili, harapan kami supaya kak pon tidak mengganggu kehidupan kami apatah lagi menyusahkan urusan kami. Tumbuklah cili tu kak pon kalau itu bole buat kak pon bahagia.

Adalah didapati kak pon itu kesunyian dan mungkin sedikit gersang. Kelihatan kak pon dok intai-intai anak bujang di tingkat atas tu melalui balkoni rumah tersebut. Haha yang ini tipu.




Free Seats From Air Asia, Promo Ends 16 November 2014

Again, Air Asia is giving away free seats! This promo ends 16 November. Book now and travel from 10 June 2015- 17 January 2016. For more info please visit this link

 http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr3460601.page?cid=eab293diiaa+eab732axiaa

Malas Dah Nak Join GA

Ingin menyatakan rasa perit-perit dalam hati. Tak mahu lagi join GA. Masuk ni dah empat kali menang tapi satu hadiah pun tiada juga yang sampai ke tangan. Kenape? Ape silap saye? Pada siapa saya harus mengadu? Huk2..

Kemudian sungguhpun itu saya menang tudung ruffle, keychain, wide shawl malah novel tajuk sepi-sepi ape ntah. Di mana mereka itu semua? Tudung ruffle saya cuma mampu tengok digoogle. Begitu juga wide shawl tak mampu saya bayangkan macam mana dia punya wide. Ada macam telekung mungkin. Lagi sadis.. Saya hanya mampu membaca sinopsis novel sepi-sepi di internet.

Saya malu.. Saya malu pada teman-teman dan suami malah pada diri sendiri terutama ketika mandi. Tak pasal.. Haha. Saya seronok menang GA sampai siap pos kat blog tetapi.. Hadiah tak sampai-sampai jugak. Dah contact tapi tak da respon. Menang novel tapi tak dapat contact novel. Apakah erti semuanya itu? Apa salah saya wahai sponsor. Dulu saya gembira tetapi kini saya kuciwa. Bukanlah salah saya sebab tinggal di Kuching postage jadi lebih mahal dari hadiah yang dimenangi.

Kalau begitu.. Baiklah para organizer GA inform awal-awal perserta dari kepulauan harap tengok hadiah yang dimenangi di internet sahaja. Sekian

GIVEAWAY by FYRA SHARIF




Assalamualaikum w.b.t.
Malam ini dengan pertama kalinya Fyra ingin menganjurkan yang bertitle GIVEAWAY by FYRA SHARIF ;) 

http://cendolovers.blogspot.com/2014/11/giveaway-by-fyra-sharif.html


FOLLOW BLOG

{UMMI AMMAR ARIF}

{ZAHIDAH NUR}



FACEBOOK PAGE








FOLLOW INSTAGRAM

Follow @rsaisyah

Follow @zahidahnur

Follow @lolitablossom


MAIN SPONSOR GA by FYRA SHARIF

Vitamin Chew C by Ummi Ammar Arif

Bio Seleza P. Liner and Mineral Coffee by Zahidah Nur

Vial's Perfume (ORI) by Perfume's Lolitablossom

Grade Handbag by Maryana's Shoppe

Hadiah Misteri by Fyra Sharif  ;D


Sekali tengok dia punya banner kat blog member ada rupa macam konsep Bella Ammara sikit. Maklumlah baru rembat jubah Bella selai kat Shah Alam ri tu. Bila bukak blog owner plak.. Pehh.. Dia punya font lagi cantik dari aku punya font yang bila lama-lama aku tengok dah macam fondant pulak dah blog aku ni. Ni mesti dia download dari mana-mana font ni. Jeles!

Bila aku scroll down blog owner, aku rasa macam nak mintak hadiah extra sebab confirm aku menang ni. Ko gila aku dah puji macam-macam dia bole tak bagi aku menang? Jangan macam-macam. Haha.. Dik bagi akak menang bole? Nti bagi hadiah extra tolong comel kan blog akak. Tak mahu lagi kelihatan macam fondant baru bangun tido. Haha

p/s: tolong jangan banned link akak. Haha.. Gudluck for ur GA

Jejom meriahkan GA ni dan support!



Konvo Dan Bercuti Di Melaka : Part I

Konvo Master Suami di UPM 1/11/2014

Haa.. Grad dah suami aku. Dah ada master pun. Aku bila lagi? Sungguhpun aku tak rasa kepentingan sambung master sekarang, tapi mungkin ia berguna bila dah pindah balik semenanjung nanti. Anggap tambah amal ibadat je suami cakap.

Jadi kami pulang awal hari selasa sebab suami perlu setelkan robe beliau dan rakan-rakan beliau. Maklumlah duduk jauh kan. Mana yang dapat bantu tu kami bantu la. Eh tekak ni rase macam nak minum teh o ais dengan buah markisah pulak beli kat vanding machine depan klinik ni. Aha baguslah dah ada kemajuan.

Meh cerita ikut gambar.

Layan Maleficent sambil makan sandwich dan kopi panas. Lama-lama aku panas hati pulak ngan stewardess tu tak sempat-sempat nak kutip sampah.

Ingatkan rehearsal master ada lain sikit dari ijazah maka abam-abam ni jejoin la dia punya rehearsal

Abam-abam master safety

Abam-abam master tersenyum puas sepuas puasnye depan tugu upm. "Puas ati aku" mungkin itulah omelan mereka dlm hati

Aku membayangkan beg-beg ini adalah beg dari MK, charles keith, guess, bella ammara, topman. Emmmm.. Haha

Abam master dah jadi bujang lapok. Dari kanan Ramli, Sudin dan Ajis. Haha

Kerana ping pong.. Kerana benda lain sebenarnye. Huhu

Lepas setel amek robe convo suami, kami ke bella ammara pulak amek robe convo isteri. Cuma yang ni tak payah pulangkan balik

Sy suke tempat collect robe convo saye. Kalau macam ni punya best, hari-hari sy rase nak konvo je. Haha

Jumaat malam kami masih ke UPM. Bukan demi ping pong
Convocation day! Yang atas stage tu suami aku tapi dah rupe lain. Hehe
Family potrait. Yay!




Patut abah saruh robe mak pakai topi. Hehe..Next ye abah.. mak

Diapit dan dikepit oleh dua orang mahasiswa yang tengah terbakar semangatnye tu nak beat pointer abam diorang

Ada macam princess Elsa tak? Hehe

Sekian.
 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.