Back to Top

Menerima Tetamu VIP Minggu Ini

Minggu lalu kami menerima kehadiran tetamu VIP iaitu Penolong Setiausaha Agung PSSCM, Tuan Haji Ustaz Khaharuddin bersama isteri, Ustazah Suriani. Haa.. Fuhh. Sampai situ je la protokol nye pun sebab betul la orang cakap tak kenal maka tak cinta. Mungkin sebab status VIP tu yang buat kami suami isteri lebih-lebih lagi aku ni tak berapa kenal Ustaz dan isteri iaitu Kak Su tapi bila dah kenal secara personal..ameko. Tu je.. Haha

Sesungguhnya kami sangat berbesar hati menerima kehadiran Ustaz dan Kak Su yang ada pembentangan paper silat di hotel Riverside Majestic. Sungguhpun 3 minggu kebelakangan tu kami sentiasa sibuk jadual penuh even hari Jumaat tu pun kami suami isteri keluar sebab ping pong, masih..persediaan untuk menerima kehadiran tetamu VIP ini yang dibuat dalam tahap yang terbaik. Balik dah malam buta pun sempat lagi siapkan barang-barang untuk dimasak esok sempena nak menjamu tetamu VIP kami. Bangun pagi-pagi esok terus bersilat kat dapur untuk memasak yang mana yang banyak nye keluar kaedah A je la. Haha

Lepas beres sediakan semua menu.. Semua? VIP kot.. Menu mesti meriah dan keren la kan. Keren ke? Sedap tak sedap bakang citer janji santek. Haha.. Kami terus bersiap ke airport jemput Ustaz dan isteri. Keluar aje dari Poli nampak ramai bluehippo. Ahaha kesian kau dik pagi subuh kena paksa jalan kaki bawak belon.

Kau tak dapat tido sampai tengahari, begitu juga kakak wahai adik-adikku. Jalanlah kau bawak belon. Haha
Disebabkan Ustaz dan isteri terbang awal pagi, jadi kami bawak mereka bersarapan dulu sebelum bergerak ke Kampung Budaya. Sampai aje kat Kampung Budaya kami terus ke teater pasal masa kami sampai tu dah start show dia. Ustaz dan isteri dapat tengok yang hujung-hujung sahaja. Sila datang lagi ye Ustaz dan Kak Su. Nanti bole tengok show penuh. Hehe.. Kemudian kami pusing-pusing Kampung Budaya melihat-lihat makcik-makcik disana apa khabar mereka. Sorang dah resign tenun kain. Boring dah agaknya dia hari-hari dok buat benda sama. Huhu

Nyehekkkk... Posing segan-segan ngan Kak Su

Dihadapan Pondok Sagu. Ce teka yang mana satu pokok rumbia?

Bergambar kenangan bersama Ustaz dan isteri

Macam anak-beranak ke macam adik beradik? Haha

Lepas pernat berjalan-jalan di Kampung Budaya, kami menjemput tetamu ke rumah kami supaya mereka boleh berehat-rehat dan makan tengah hari bersama. Selepas makan tengah hari dan minum petang, kami bawa tetamu ke hotel apabila dengan tidak semena-mena hujan turun renyai-renyai di tengah jalan. Walaupun hujan kami sempat ke Mira Cakehouse kat Kampung Boyan sebelum ke Dayang Salhah bagi memberi peluang kepada Kak Su membuat perbandingan antara kedai-kedai tersebut. Selesai semua kami terus ke hotel dan suami yang dah salah masuk jalan telah dengan tiba-tibanya menjadi panik tak patut-patut. Haha

Kek Dayang Salhah. Lembap dan sedap malahan besar lalu gebu. Gitcheww
Pagi-pagi esok seawal pukul6 pagi kami sudah bergerak dari rumah ke hotel menjemput Ustaz dan isteri sebab pagi-pagi tu kami nak bawak tetamu jalan-jalan ke Pasar Serikin. Aku ngan Kak Su belek itu belek ini. Suami tukang bawak barang aje. Haha.. Takdek pulak gambar masa kat sana kan tapi yang penting Kak Su belanja sling bag sehelai. Kembang hati aku terima pemberian itu. Jom shoping kat Pasar Serikin lagi Kak Su. Haha.. Disebabkan Ustaz ada pembentangan petang tu jadi kami tak bole la berlama-lama belek-belek sangat sebab yang tak berapa nak dibelek tu pun beban juga suami nak bawakkan barang jadi haruslah cepat-cepat pulang sebelum dompet suami kebocoran. Huhu

Selepas menghantar pulang Ustaz dan isteri di hotel, kami pulang berehat dulu sebelum bersiap-siap bagi menghadiri persidangan itu. Sungguhpun penat tapi ini sahajalah satu-satunya peluang kami nak rasa berpersatuan bila duduk di sini. Walaupun tercampak jauh dan dipulaukan di Kepulauan Borneo, itu bukanlah sesuatu yang harus ditangisi selalu apatah lagi apabila mendapat peluang menerima kehadiran tetamu VIP seperti ini. Apa aku nak cakap sebenarnye ni. Ala orang melayu kata hikmah duduk jauh. Tu je. Haha

Bukti kami hadir persidangan. Tak pasal.. Huhu
Selepas selesai pembentangan, kami singgah di bilik hotel atas pelawaan Ustaz dan Kak Su. Dia punya view.. Pehh! Selalu tengok Riverside dari Kampung Boyan je. Hari itu kami dapat tengok Kampung Boyan dari Riverside. Apa benda ntah aku punya nak tunjuk best sangat bilik Kak Su tu. Haha

Bukti kami segonok na haii

Suami hensem pakai blazer. Last tengok dia pakai blazer masa dia konvo dulu

Tekun mendengar Ustaz bentang paper

Bergambar kenangan bersama Ustaz dan isteri serta pembentang PSSCMUSM kampus kejuruteraan dimana mereka semua tengah amek PhD. Adudu.. Acik bilo laei?







2 comments:

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.