Back to Top

Kunjungan Senior

Pasal ni blog aku jadi aku anggap yang datang berkunjung bulan ni sebagai senior. Alhamdulillah bulan ni kami dikunjungi oleh dua senior silat. Aaaa bang khai ngan abg ery. Sungguhpun kedatangan mereka bukanlah untuk menziarahi kami semata-mata, tapi sekurang-kurangnya urusan mereka di sini telah menemukan kami dengan mereka. Amekau aku punya intro dah macam kertas bocor upsr. Haha

Awal bulan kami diserikan dengan kehadiran aaaabang khai yang datang kesini sebab nak setelkan pendaftran adik dia di unimas. Siap tido kat umah lagi. Kembang ati aku walau hakikatnya aaabang khai tak tau aku ngan suami bersilat silambam semua klua nk bersihkan umah. Haha

Lepas setel pendaftaran, kami bawa aaaabang khai dan adiknya iaitu Arifah ka? Aku dah lupa nama dia jalan-jalan cari makan dulu. Alang-alang dah ke unimas jadi aku meneruskan nasib alang-alang tu ke The Summer Mall merembat AJ 3 helai.. Merembat lagi. Huhu.. Eh sekarang dah ada design baru kan? Haha

Jumaat lepas kami menerima kehadiran cahayamata silat (tak pasal) iaitu abang ery yang ada kursus kat sini. Kami bawa dia lepak-lepak minum di RJ Ayam Penyet. Lama jugak la melepak kat sana segala berita sensasi dan gosip dicurahkan sampai banjir kedai makan tu. Macam tu.

Eh esok cuti nak gi rembat AJ lagi la. White label je yang mak mampu. Hek2!

Walaupun tak cukup cahaya tapi masih bercahaya kan2?

Lepak sambil makan banana cheese

2 comments:

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.