Back to Top

Honeymoon Di Sabah

Selepas ditinggalkan sendirian selama lima hari, jumaat lepas kami bertemu di negeri bawah bayu dan pegi jalan-jalan bulan madu buat kali kedua. Hik2.. Lepas kerja aku terus ke airport. Walaupun flight delay dekat sejam tapi tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk bertemu suami yang sedang menanti di sana. Macam tuuu..

Sampai sahaja aku di terminal 2 Kota Kinabalu, terus saja aku ajak suami pergi melantak makan seafood dekat dengan jeti Jesselton tu. Order tak banyak pun. Cuma sotong goreng, udang masak sambal ngan kailan ikan masin aje. Plan nye esok malam tu nak makan besar tapi disebabkan perkara yang tak diingini berlaku, maka tak jadi. Haha

Suami memilih untuk bermalam di Tang Dynasty Bay Hotel kat area Likas. Kalau kat KK rate hotel untuk satu malam agak mahal bagi kami yang cuma nak tido dan mandi aje kat hotel tu. Jadi tak perlu la menginap di hotel yang mahal seperti Promenade. Rate di hotel ni cuma RM93 aje satu malam. Tu pun aku rasa mahal sebab pagi-pagi dah keluar. Malam baru balik hotel.

Cantik kan bilik dia

Ini yang paling penting kalau menginap di hotel

Trip Ke Kundasang, Ranau dan Poring

Sabtu pagi tu kitorang gerak kul 7 pagi. Sarapan pun dalam kereta je pasal nak kejar masa nak amek gambar kat Gunung Kinabalu tu. Kalau pegi lambat nanti tak nampak dah puncak gunung pasal dah dilitupi kabus. Berbekal ngan viva auto, kami mendaki gunung ganang sampai brek berbau. Hahaha.. Nak buat macam mana orang sabah semua drive laju-laju.

Dari kejauhan dah nampak gunung tu. Pemandangan kat situ memang best dan mengagumkan. Bole imagine ke ada perkampungan yang agak besar kat puncak gunung? Aku memang kagum gila la tengok kampung diorang kat atas gunung ganang. Macam mane la dia bole pikir nak buat umah kat atas gunung tu. Huhu

Sebelah pagi tak berapa berkabus sangat. Biasa-biasa je. Sejuk pun takdela sejuk sangat macam Cameron Highland tapi udara dia sangatlah nyaman. Sihat rasanya naik tanah tinggi tu. Huhu.. Nak jadi cerita, kami ni punyalah mencari tempat ambil gambar yang selalu orang dok post kat FB tu. Kami ni cari la kat sepanjang jalan sebab suami kata tempat ambil gambar tu kat tepi jalan je. Dia pun ingat-ingat lupa. Cari punya cari dah sampai ke Taman Kinabalu. Aku memang tak yakin sangat ngan suami. Cari hotel pun pusing dua kali tapi rupa-rupanya belok simpang kanan dulu baru u turn. Huhu

Jadi aku sarankan suami masuk Taman Kinabalu tu sebab semua tempat bole jadi tepi jalan macam yang suami claim tu. Kami pun masuk ke taman tu dengan yuran RM3 seorang untuk dewasa. Punya besar. Kalau aku jalan kaki dalam taman tu bole pengsan. Haha.. Tapi jalan dia sangatlah berbahaya. Jalan kecik dan sebelah kanan adalah gaung. Semua pun nak drive laju-laju termasuklah suami. Tak sampai lima minit mendaki kami jumpa platform tapi suami masih tak berpuas hati sebab view gunung kat belakang tu tak sama macam orang lain punya. Haha

Gagal


Misi diisytiharkan fail tapi aku sarankan suami supaya teruskan pendakian. Kesian juga dengan viva oren tu tapi misi harus dilaksanakan. Suami pun mendaki lagi dan jumpa platform yang paling hujung tempat pendaki nak mulakan larian. Tapi tetap gagal. Masih gagal dihati

Gagal


Besi palang tak sama. Lantai tak sama. Kami mula berpeluh. Mana tempat tu? Pelbagai andaian dilemparkan. Mungkin dah dirobohkan kata suami. Aku macam tak berapa yakin. Masakan tempat famous macam tu dirobohkan. Aku nasihatkan suami supaya berpatah balik. Kami pun berpatah balik setelah keluar dari taman tersebut. Jauh gakla nak patah balik tu. Kemudian kami singgah kat satu deretan kedai. Kat situ macam ada construction. Tapi takde apa-apa kat situ. Aku mintak suami tanyakan orang. Lalu suami pun tanya pakcik driver pelancong ni. Dia kata "Ini di Pekan Nabalu ni. Patah balik sana simpang sebelah kanan dia la tu" Aku kagum dengar dia cakap. Haha comel wehh. Aku memang dah agak suami aku ni macam aku agak pelupa. Memang kat tepi jalan tapi kena masuk simpang dulu. Sama la kes dia masa nak cari hotel. Tepi jalan dia kata. Iye tepi jalan tapi mana nak jumpa kalau tak masuk simpang belah kanan. Kalau tidak sampai ke pagi la pusing jalan yang sama. Haha

Sampai je kat Pekan Nabalu tu, kami lega nampak tempat bergambar tu. Nak amek gambar je pun tapi effort dia dah macam nak panjat gunung. Haha. Kami pun bergambar puas-puas. Rasa nak gigit-gigit aje palang besi tu. Sebab kau la aku nyaris masuk gaung masa turun kat Taman Kinabalu tu. Huhu

Mission accomplished

Honeymoon kan.. Kebanyakan gambar dalam keadaan menelengkan kepala

Dah puas bergambar kami meneruskan perjalanan ke Desa Cattle Farm pulak. Siapa-siapa nak feeling-feeling dok kat New Zealand geli-geli tu bole la ke sini. Memang tip top tempat dia. Kalau dari Taman Kinabalu tu cuma straight aje sampai jumpa roundabout and take first exit. Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang aww dihati tu, ladang lembu ni paling eyes catching. Kalau ada britney spears lalu depan mata pun bole tak perasan sebab lembu-lembu dia lagi cantik dan comel. Hahaha.. Nak masuk ladang ni kena bayar RM3 je sorang.

Panas dah time ni. Hilang feeling New Zealand dia

Geram betol la tengok bunga-bunga dia. Rasa macam nak cabut sepokok bawak balik

Yang ini rare. Seumur hidup aku tak pernah tengok. Tak tau pokok ape ni

Harap maklum tapi jalan nak masuk ke ladang ni memang teruk. Tak tau la masa aku datang ni dia nak buat jalan baru ke apa tapi jangan risau. Bertambah sihat bila lalu jalan goncang-goncang macam tu. Aku dah tak sabar tunggu suami parking kereta. Tak sabar nak pusing-pusing tempat tu. Memang breathtaking. Tempat pertama kami pergi ialah kandang anak kambing dan lembu. Kat situ ada aktiviti feeding diorang yang kiut miut ni. Harga susu sebotol RM1.50 je tapi kalau dah sampai sepuluh kali dok beli susu nak susukan diorang ni dah rasa macam pergi funfair pulak. Hahaha

Suami buat muka steady. Tak tau tangan dia tengah bertarung ngan mulut anak kambing tu. Sedut dah macam kena sampuk setan. Haha

Ala-ala mak datin pencen gitu. Bajet aww dan geli-geli tengok anak kambing nyedut dengan ganas sekali

Lepas dah setel melayan kemanjaan dan kemesraan diorang yang lain macam ni sampai tudung aku pun dia kunyah, kami pun beredar dari tempat tu. Dok lama-lama kang lekat bau kambiang pulak. Haha.. Kami mengambil kesempatan bersiar-siar kat tempat tu. Kalau datang awal pagi lagi best. Bole nampak gunung kat ladang tu. Masa kami sampai ni pun dah dekat pukul 11. Gunung dah start berkabus.

Dah nama pun honeymoon kan.. Tak kan buh gambar lembu sekor

Posing maut 2014

Lepas penat jalan-jalan kat ladang cuaca pun makin terasa panas, kami pun singgah kat cafe yang ada kat situ. Kami pun terasa nak pulun semua. Makan aiskrim kat situ sangatlah phenomenal macam tu ha. Taktau la apa yang phenomenal sangat tu tapi paling tak disangka bila suami minum susu coklat! Suami aku masa kecik mana minum susu. Hari-hari mak mertua aku bancuhkan air Sunquick untuk dia. Huhu.. Bila suami kata "Eh ok je rasa susu ni" aku pun rasa lega.. Memang susu kat situ fresh dan takde bau lembu. Dipasteur dengan sempurna dan takdak rasa tepung macam Dutch Lady. Kalau siapa yang tak dapat nak rasa susu desa farm ni, bole la try susu Goodday. Rasa dia lebih kurang je tapi mestilah lebih kat susu desa farm kan. Bayar lebih kot nak dapat susu sekotak RM3.50 tu. Haha

Alhamdulillah.. Tuhan mendengar doaku. Akhirnya suami minum susu. Hahaha

Kemudian kami terus ke Ranau nak pergi main ikan. Suami suka sangatlah kalau ikan ni. Dah memang minat dia. Sebelum sampai ke tempat ikan tu, kami singgah ke ladang teh Sabah Tea. Suami kata alang-alang dah lalu. Ye alang-alang. Nasib baik masuk free. Haha. Dengan gagah kami meneruskan perjalanan menuruni liku-liku curam. Macam dah tak sabar sangat nak keluar dari ladang tu. Huhu. Lalu kami pun meneruskan perjalanan menuju ke tempat main ikan tu. Nak jadi cerita kawan suami cakap tempat tu kat sebelah Sabah Tea tu je belok sebelah kanan. Masa limpas tu kami nampak banyak bas pelancong. Instinct aku kuat cakap tempat dia kat situ tapi suami nak cari jugak sampai tepi jalan tu dah tak nampak sungai. Aku nasihatkan suami supaya berpatah balik dan tanya kat orang. Bila tanya orang betul la tempat tu betul-betul kat sebelah Sabah Tea tu cuma dia tersorok sikit.



Nak masuk tempat ni kena bayar RM3. Nak masuk tengok ikan bayar lagi RM3 seorang dan kalau ada bawak kamera kena bayar lagi RM3 kalau tak silap aku. Siap amek nombor giliran wehh nak pergi main ngan ikan-ikan tu. 15 minit je dia bagi pun. Huhu.. Nanti dah abes masa dia akan buat announcement macam kat airport tu. Hahaha comel je

Mula-mula masuk kat entrance tu memang kagum la tengok ikan dia dok tunggu kat tepi sungai tu. Ikan ni memang pantang nampak orang wehh. Dikejar kita terus. Ikan dia besar-besar pulak tu. Takut aku tengok kalau-kalau dia ni makan orang tapi rupa-rupanya kuat nyedut. Kami diajar oleh penunggu sungai tu yang kerja dia asyik tolak pasir masuk dalam sungai guna kayu supaya kami genggam tangan dan bagi kat ikan. Nanti kau tengok la dia punya nyedut kalah vakum kat umah ko. Bole bawak blek sekor suh buat keje umah. Haha

Genggam kuat-kuat. Terlepas jari nanti ikan gigit



Bukan main kau nyedut ye


Walaupun takde makanan dalam tangan kita, ikan tu akan tetap nyedut macam haram. Kena tipu bodoh-bodoh je la kau ikan. Haha. Aku lama-lama geram pulak tengok ikan banyak-banyak tu lalu aku pun ketuk kepala dia sekor-sekor. Hahaha.. Minggu lepas dah tonyoh bunga rafflesia. Sepak-sepak sikit ikan tu. Manja mengalahkan kucing aku perangai ikan-ikan ni. Haha. 


Bangga ikan semua datang kat kami. Haha

Posing honeymoon bersama ikan



Tak lama kemudian nombor kami pun dipanggil dimaklumkan yang tempoh masa 15 minit kami dah berakhir. Kami pun dah penat tengok ikan tu lalu menjadi sangat lapar. Kami bawak bekal ke sungai tu jadi kami makan nasi lemak kat tepi tu sebelum bersolat dan gerak meninggalkan tempat tu meneruskan perjalanan ke Hotspring Poring. Yihuu!!

Nasi lemak tak sedap bole jadi sedap bila makan tepi sungai berbayar

Yihuu la sangat sebab bila sampai ke hotspring tu kaki dah menggigil pasal penat sangat berjalan. Haha. Btw tempat hotspring ni dia simpang kiri sebelum sampai ke Luanti tadi iaitu tempat ikan-ikan manja tu bersemayam. Nak masuk macam biasa kena bayar RM3 dan nak lalu jambatan gantung pun kena bayar RM3 lagi plus RM5 untuk kamera yang dah tentu-tentulah orang akan bayar jugak kan? Tahan ke nyawa ko datang jauh-jauh tapi tak amek gambar? Nak cerita kat cucu cicit ko nanti pun tak mampu agaknya. Tak pasal. Haha


Muka bajet datin tapi kaki tahan gigil


Nak sampai ke jambatan gantung tu kena daki agak tinggi jugak. Sampai nak putus nafas dah rasanye. Haha. Berbekalkan selipar tandas suami sangat tabah mendaki sampai ke check point. Sekali lalu jambatan gantung suami gayat rupanya. Hahaha. Kesian suami saye. Muah2


Gagah tengok suami mendaki tapi aku kat belakang ketawa tengok dia.



Bila dah sampai muka dah jadi macam orang lain. Tak pasal



Seronok lalu jambatan gantung tapi nak muntah tengok gaung kat bawah. Tinggi gila



Suami bole posing kat check point dia je. Haha


Kami tak mandi di Poring. Kami cuma nak tengok tempat je lagipun terlalu ramai orang kat situ. Kami pun beredar nak balik kek KK sudah. Sebelum tu kami sempat singgah ke Rafflesia 2 Minit nama dia. Makcik tu rileks aje parking pondok tepi jalan tunggu customer. Bila tanya nak tengok bunga tu kena bayar berapa, dia kata sorang RM10. Perghhh.. Belakang umah ko je pun makcik. Suami mintak kurangkan harga dan kami tengok bunga tu dengan bayaran RM15 untuk 2 orang. Berbaloi ke? Korang tengok la sendiri


Ok.. Warna menarik la.. Ok la..



Menarik? Menganggu kesabaran aku wehh..


Plus kena kejar ngan anjing makcik tu. Kalau kena gigit tak pasal kena samak. Kecewa dapat tengok dari jauh tapi cukuplah kami dah tau. Tidak akan berulang lagi sejarah kecewa tersebut. Haha. Dalam perjalanan pulang, suasana berkabus tebal hingga memaksa kami pasang lampu kereta. Kalau ada lampu kelip-kelip mungkin kami akan pasang juga. Haha. Masa nak balik tu kami singgah lagi di Pekan Nabalu. Punyalah sayang kami dengan tempat ni. Kali ni nak amek gambar sebelum dan selepas. Pagi tadi punya gambar dengan petang punya gambar.


Post waktu pagi



Post waktu petang kul 5


Punyalah mengantok sampai suami tertido masa drive. Huhu. Bagi nak hilangkan rasa mengantok, suami ambil risiko lalu di Tamparuli. Kat sana ada satu jambatan yang paling scary kat Malaysia. Tapi jangan risau, Malaysia masih aman. Kalau jatuh cuma hanyut dibawak arus je.


Aku rasa jambatan ni dah abes scary la ni dia buat macam ni



Sungai dia tak deras pun


Setibanya kami di KK, kami melantak dulu sebelum berjalan di Pasar Philippines mencari cenderamati. Kami pulang awal ke hotel dan dapat rehat lama sikit sebab kami akan check out awal paginya sebelum ke pulau. Yay!

Trip ke Pulau Sapi

Awal-awal pagi kami dah check out dan bersarapan. Sepanjang perjalanan ke jeti Jesselton sangatlah mengujakan pasal KK ni waterfront dia semuanya laut. Laut sesajo kalau mak den cakap.

Laut dia masih biru. Cantik!



Ni feeling macam jalan-jalan kat Hawai pulak



Sampai di jeti kami terus ke kaunter. Macam biasa diorang akan berebut customer tapi harga semua sama je. Ada pakej pegi satu pulau hingga ke pakej pegi 4 pulau sebab kat situ pulau dia semua dekat-dekat. Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan ada banyak lagi pulau semua dekat-dekat. Kami pilih ke Pulau Sapi. Kenapa Pulau Sapi? Kenapa bukan Pulau Mamutik seperti yang digembar gemburkan sebelum ini? Sebab dia kata semua pulau kat sana lebih kurang aje jadi kami percaya aje sebab malas nak banyak cakap. Tambang untuk seorang RM23 tambah tax RM7.50 termasuk sewa gogle dengan life jaket semua RM90 untuk 2 orang. Bole dapat lagi murah tapi kami dinasihatkan supaya jangan beli tiket dengan ulat tiket. Tak pasal jadi penunggu pulau nanti sampai ke sudah dia tak bawak ko balik ke jeti. Huhu. Perjalanan dari jeti ke Pulau Sapi cuma 10 minit. Sampai di pulau kena bayar lagi RM3 sorang. Sebelum snorkling, kami diberi taklimat dulu supaya jaga kawasan terumbu karang dekat situ. Safety first gitu.

Selfie sebelum berlepas ke pulau. Hik2



Happy gila first time bole apung badan. I love life jaket. Haha



Air dia agak jernih maka kami beronok-ronok main dengan ikan-ikan disini. Malangnya terumbu karang di sini dah mati semuanya. Cantik-cantik terumbu karang dia tapi dah tak melambai lagi. Mungkin sebab terlalu ramai yang datang mandi di sini. Ikan nemo pun takde. Cuma ikan manja-manja je yang ada. Haha suka hati aku je letak nama dia ikan manja.

Ikan dia manja. Tak yah pegi jauh-jauh pun. Kat tepi tu pun dah ada banyak ikan.

Bagi ikan makan roti coklat. Hehe



Suami bila dah snorkle tak berhenti

Penunggu pulau

Mau pulang sudah



Kami pulang awal dari pulau. Ikutkan kami bagitau orang jeti tu nak balik pukul 2 gitu tapi mungkin disebabkan terlalu panas, aku jadi pening kepala dan nak muntah. Tengok air laut pun rasa nak muntah. Mabuk laut agaknye. Haha. Jadinya pukul 1 kami dah bergerak pulang. Kami kemudiannya terus ke UMS dan tukar pakaian sebelum jalan-jalan kat Aquarium. Dalam UMS tu dia ada buat muzium dan akuarium. Masuk sorang RM5. Masa ni memang dah penat sangatlah baru lepas snorkling kan.

Seram pulak bila aku tengok gambar ni



Macam biasa menyatakan hasrat memiliki akuarium macam ni kat umah sendiri nanti. Nasib baik suami tak terjun masuk akuarium tu. Haha



Muka dia macam nak nanges kan? Haha comel je. Aku dah abes pusing satu tempat tu dia stay je kat situ ngan muka cengeng dia tu



Kemudian kami ke One Borneo Mall. Kerana tak tahan terlalu penat dan mengantok, kami tido kat parking dulu. Hahaha sedih tak? Masalah jugak ambik flite malam-malam. Tamak sangat begitulah. Konon nye nak duduk lama-lama kat pulau tapi baru berapa jam dah tak tahan. Hehe

Nasib baik aku pergi bercuti dua hari je kat Sabah kan? Kalau seminggu ber page-page la jawabnya entri aku. Ni pun aku menaip dengan penuh kesabaran jadi harapannya supaya korang pun sabar membaca sampai habis. Haha

4 comments:

  1. Thanks for good writeup. Sronok baca. In sha Allah akan cuba pergi sini. Rujukan tbaik so far!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hihi terima kasih awak sebab sudi baca :)

      Delete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.