Back to Top

Cara Menyimpan Perfume Anda Dengan Betul

Pasal dah ada kesayang baru yang lagi satu, jadi kena jaga betul-betul. Suami pun tak rasa ralat belikan kalau aku jaga elok semua yang dia belikan. Semalam aku rembat perfume baru kat klia. Lama dah tak pakai perfume. Bukanlah dah lama. Tak ada pun takpe. Tak pakai perfume pun badan aku dah memang wangi kot. Haha

Ni semua perfume SimplySiti punya pasal la ni. Bukan nak condemn tapi bau dia tak tahan lama. Stress pulak aku nak sembur banyak-banyak. Maka bagi menyelasaikan masalah tersebut, aku pun rembat perfume baru semalam. Setel.

Setiap apa yang suami belikan memang aku sangat hargai. Dah beli perfume mahal-mahal kena la simpan elok-elok pasal suami tanya kalau sebotol tu bole tahan berapa lama. Tagline aku macam biasa la setahun bole tahan maknanya setahun sekali beli. Iye setahun sekali. Yang dah dibeli itu setahun sekali. Tahun depan beli lagi. Tapi suami lupa. Brand lain banyak lagi. Jadi nye dalam setahun tu ada banyak la brand perfume yang akan dibeli setahun sekali. Hahaha

Masa beli perfume tu suami yang jadi orang paling penting. Bukan pelayan dia sebab yang tiap-tiap hari nak cium bau perfume tu nanti suami aku. Habis la rongak hidung dia semalam try banyak jenis perfume. Huhu.. Mula-mula try perfume favorites tapi bila try bau dia tak macam dulu dah. Terus try Dior. Hmmm.. Cair terus. Beli.

Tak sempat sampai kat rumah. Baru sampai airport kuching dah try. Haha.. Tak tahan nak cium bau dia. Seductive sangat. Jadi aku pun search cara nak jaga perfume supaya tak rosak. Perfume ni jangan bagi terdedah kat cahaya matahari. Selain rosak, dia akan lebih cepat tersejat. Cepat tersejat, cepat abes. Tak sampai setahun la perfume aku tu nanti.

Jadi tempat paling selamat nak simpan perfume adalah dalam fridge. Selain tak mengewap, korang akan rasa fresh dan sejuk bila sembur perfume tu kat badan korang. Nak sembur pun jangan suka-suka spray kat baju ke kat tudung ke. Rosak fabrik nanti. Seelok-eloknya sembur kat nadi. Paling biasa sembur kat  pergelangan tangan. Intensity dia pun berbeza bila sembur dekat baju atau dekat nadi. Semalam kat airport aku sembur kat nadi satu kereta bau. Hari ni pergi kerja sembur kat tudung aku sorang aje yang bau. Nampak?

Selain tips cara simpan dan pakai, masa nak beli perfume pun ada tips dia jugak. Seelok-eloknya jangan hidu bau minyak wangi yang berbeza dalam masa yang sama. Dah try satu korang pegi lari satu mall then baru datang balik kedai tu try perfume yang lain pulak. Sebab bila try banyak-banyak perfume, bau original dia sukar nak dikenalpasti.

Biji kopi elemen terbaik bagi meneutralkan hidung korang. Semalam tak ada la pulak aku mintak bijik kopi kat amoi tu. Huhu.. Try aje semua pasal aku bukan yang jenis cerewet pun. Dok lama-lama kat kedai perfume tu pun dah rasa tak keruan. Maklumlah mak belum datin lagi tak berapa nak yakin diri masuk tempat mahal macam tu. Tak pasal

Kesayangan terbaru. Bole wat collection ni. Hehe

2 comments:

  1. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Gema Parfum
    Cara penyimpanan minyak wangi.

    ----------

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis,
    Sis memang peminat perfume ye :)
    Apa kata sis cuba De'xandra Perfume.
    Ada lebih kurang 46 wangian yang diinspirasikan dari jenama-jenama terkemuka antarabangsa. Saya dulu pun suka pakai perfume ori..sekali beli dan beratus ringgit.Pastu terpaksa habiskan perfume tu baru fikir nak beli perfume bau yang lain :)
    Tapi sejak ada De'xandra Perfume ni,setiap hari boleh tukar2 perfume ikut mood.
    Harga sangat mampu milik berbanding kualitinya yang awesome.
    Sangat tahan lama. Dah ramai peminat perfume yang beralih pada De'xandra Perfume.
    If sis berminat boleh whatsappsaya 0195469259 atau boleh singgah ke http://www.facebook.com/dexandralovers atau http://dexandralovers.shoppy.my

    ReplyDelete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.