Back to Top

Review KLIA 2

Kemajuan yang mendera kaki

Begitulah first impression bila suami bagitau 2 3 minggu sebelum balik sambut puasa yang nanti balik naik air asia. Perumpamaan itu timbul selepas teringat air asia kini landing kat klia 2. Klia pun dah cukup penat nak jalan ini kan pulak klia 2.

Kagum dan menanti penat berjalan. Itu perkara pertama terlintas difikiran sebaik air asia landing senget-senget kat klia 2. Memang dah biasa kalau berpaut kat kerusi depan masa landing. Kejap dia senget sebelah kiri. Takpelah.. Janji tayar dia tak meletup. Haha

Bila tengok klia 2 punya gate ada 22, aku dah rasa lesu. Tolonglah parking kat tempat paling dekat ngan centre. Aku bole tarik muka masam kalau kena jalan jauh dari gate nak ke entrance. Nak naik troli suami tolak kan malu la muka aku. Tapi nasib baik pesawat parking kat tempat yang tak hujung sangat. Siap lalu bawah jejantas lagi pesawatnye. Dah macam bas pulak. Haha

Bila masuk ke dalam klia 2..wahh.. Baru jalan sikit ada charles keith. Ketawa kuat-kuat aku dalam hati. Haha.. Tapi kejap ajelah pasal tak mungkinlah suami nak ikut perangai aku nak singgah shoping segala. Klia 2 ni kalau bole aku gambarkan pada mereka yang tak pernah datang, dia lebih kurang macam wangsa walk lantai dia. Lantai aje. Kedai dia branded belaka. Haha

Dan memanglah seperti yang diduga 2 3 minggu sebelum mendarat di klia 2, kami jalan-jalan cari exit tak jumpa-jumpa sampai naik fedap. Akhirnya kami pun bertanya kat mak guard tu. Huhu..

Tu je




No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.