Back to Top

Aidijuma Di Sarawak!

Lately ni kan tetiba la aku jadi peminat AJ. Ni mestilah hasil didikan kawan aku yang bakal mendirikan mesjid september nanti. Rajin sangat la anak dara ni update kat aku promotion AJ walaupun hakikatnya aku tak pernah beli tudung AJ ni.

Jadinya bila aku belek-belek website dia tetiba lagi aku rasa macam tak dapat tidur malam nanti. Dah start merengek meracau. Haha.. Mula la aku dengan taktik dan segala godaan yang dihamburkan terhadap suami dengan harapan suami belikan di kemudian hari.

Pilih tak nak kalah. Mesti mau black label sahaja. Mula-mula tengok harga dia cecah RM49 sehelai. Boleh tahan mahal dan kalau terjadilah takdir tersebut, maka black label itu bakal menjadi tudung paling mahal yang pernah aku beli. Lepas ni confirm tak nampak lagi dah tudung kanggaroo RM5 aku tu. Simpan kat mana pun bole jadi lupa nanti. Haha

Disebabkan tudung ni mahal jadi aku tak terus beli. Aku pikir dulu malam-malam sampai sikit lagi nak dirikan solat sunat istikharah mintak pilihan terbaik. Haha.. Lama aku biarkan diriku dihantui harga RM49 tu sampai la masa aku teman suami kat UPM. Tetiba time tu jugak la aku gatal nak tengok website dia. Tetiba lagi aku tengok harga dia turun sampai RM35 sehelai. Apa lagi aku pun terus rembat 3 helai sampai suami tersedu sedan nak bayar. Haha

Bila dah sampai aku pun ketawa guling-guling sambil lambung-lambung tudung-tudung tersebut. "Acik kayo..Acik kayo.." Haha.. Walaupun pada mulanya aku rasa kain dia macam keras sikit, tapi ternyata lepas basuh tudung baru aku tu rasa macam pakai pelangi. Dia punya nak bohong tu. Hahaha

Bermula dari saat itu aku pun rajin la tengok-tengok AJ ni. Tetiba aku tengok kat FB dia ada post gambar concept store dia dekat Kota Samarahan. Subhanallah! Suami diam. Hahaha.. Esok jugak ajak suami pergi CS dia. Borongggg..white label la tapi sebab masa tu ada sale white label.

Punyalah happy aku bersiar-siar dalam CS tu ke sana ke mari tanpa sedar suami sedang memerhati berapa helai tudung yang sudah berada di tangan. Hahaha.. Bila dah bayar dapat pulakkk kurma bekas santek. Wahhh.. Tetiba aku pun gatal mulut tanya "cupcakes takde ke?" Staff dia jawab minggu depan.

Dan itulah sabtu lepas aku repeat AJ balik. Jauh sampai sejam aku dah tak peduli tapi bila sampai sana malang sekali aku diberitahu white label diorang hold dulu pasal minggu lepas diorang sale untuk black label sahaja. Sob3..

Begitulah kegilaan sementara terhadap AJ pasal lepas ni aku nak beralih ke Bokitta Hijab pulak. Haha.. Banyak ringgit hengko

Nampak tak dia punya sendu? Haha

Tudung design flower button ni sangat laris tapi time ni dia belum sale. Bila dah sale beli design lain pulak. Hehe





No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.