Back to Top

Blush 'Em!


Petang-petang ni nak review sikit pasal blusher aku ni. Dah dua kali beb.. Dua kali kau tau orang jeles tengok muka aku kemerah-merahan secara natural.

Aku start guna blusher dan segala macam mekap ni start dah kawen dengan suami. Ni semua kakak cleaner kat tempat kerja aku tu punya pasal lah. Dia kata perempuan dah kawen kena mekap. Pulak.. Aku memang tak minat mekap tapi kalau tak heavy dan semata nak bagi muka nampak tak pucat sangat why not kan?

Jadi aku pun beli semua barang mekap maybeline. Dari banyak2 barang mekap tu, aku rasa calit lipstick dengan sapu blusher dia pun dah cukup buat orang bertanya. Mula-mula aku beli blusher maybeline packing yang lama kot. Tapi dia still blend color.

Dia punya natural tu sampai angah aku mengadu kat ateh lepas aku pergi umah dia. Angah aku mengadu katanya muka aku nampak kemerah-merahan. Wahaha.. Aku mana ada telan collagen ke apa. Sapu blusher jek. Aku pun pelik sebab kalau perempuan pakai blusher for sure kita bole detect kan? Tapi dengan blusher maybeline, muka anda akan putih kemerahan secara semulajadi giteww.

Bila aku start kerja klinik, aku beli blusher yang baru pasal yang lama punya dah abes. Kali ni rakan seperjuangan tapi dia dah berjaya hamil dulu (hahaha) yang tegur masa family day kat Lundu ri tu. Dia terus tanya "Zira pakai ape ekk muka nampak merah-merah?" Hahaha.. Sebenarnya aku tak expect langsung soalan macam tu. Aku rasa aku pakai blusher nampak macam sama je macam artis pakai blusher. Maksud dia bukan natural la muka merah-merah tu.

Aku jawab jujur aje bagitau aku cuma sapu blusher. Dia nak lawan lagi "Kite tau la muka orang pakai blusher ngan tak macam mana" Wahhhh.. Hahaha kembang semangkuk hidung aku dok kat tepi laut tu. Hahaha.. Aku cuba yakin kan dia yang aku pakai blusher. Dia tak puas ati lagi tanya kalau aku ada pakai foundation ke. Aku jawab ya

Haha.. Makin aku sayang dengan blusher aku ni. Tak sangka color dia blended dengan sangat bagus kat warna kulit sampai orang tak boleh detect aku sebenarnya pakai blusher aje. Kah3..

Very well.. Pasal hati dah riang ria sangat, aku highly recommended guna blusher ni untuk berriang ria di hari raya nanti. Aku guna tone yang macam dalam gambar tu cuma jangan ditenyeh banyak-banyak. Bukan pakai buat shoot gambar pun. Huhu

Dicopot Pandora!

Arghhh.. Kepala dah tak bole nak lupa kat Charm Bracelet Pandora! Ni semua kak das punya pasal. Siapa suruh dia pakai charm bracelet masa farewell ri tu. Kan aku dah mula meracau nak charm bracelet pulak ni ha. Tapi kak das punya charm bracelet penuh tau. Huhu sempat lagi.

Ingat raya ni nak beli emas. Dah nampak Pandora tiba-tiba rasa geram. Dulu-dulu tengok macam biasa je. Btw first time tengok charm bracelet rasa macam ada unsur  pemujaan dan keagamaan. Haha tak pasal. Tapi sekarang asyik merepek sebut Pandora aje.

Suami kata beli emas. Nanti kalau nak tukar yang lagi mahal bole trade in je. Trade in je? Tanak tambah lain? Huhu.. Beli charm bracelet memang ko pakai sampai ke tua la jawabnya sebab tak ada harga. Silver je pun tapi nak dapatkan charm bracelet yang penuh tu makan ribu-ribu jugak harga dia. Termenung jauh aku.

Bagi mengelakkan aku meracau terus-terusan, aku yang dah tak tahan tengok Pandora macam rasa tahan kencing ni terus ambik keputusan ajak suami pergi survey kat Pandora sabtu nanti. Haha macam apa je decision dia. Tapi kena pergi jugak try charm bracelet tu. Kalau rasa tak cantik pakai ditangan maklumlah tangan tak cantik pastu kecik pulak tu, maka dari saat itu haruslah berkubur kegilaan nak beli charm bracelet ni...giteww...





Melting..errrr...

Farewell Lagik

Selamat farewell la kak sarah, abg azam, kak das ngan kak hana. Untunglaaa dapat pindah.. Haha jeles tak patut-patut.

Tapi takpe suami aku pun tahun ni cukup 3 tahun berkhidmat kat sini dah bole la cuba nasib apply mintak pindah ke nilai kan. Huhu.. Hopefully bila dh pindah nanti peluang untuk aku dapat kerja tu makin cerah hendaknya..

Semalam farewell party nye di Rimba 12 gitu nama dia. Tak ada la rimba mana. Kat sebelah hiway je restoran dia tapi tempat dia memang best la. Memang ramai orang yang datang. Makanan pun best cuma yang tak best sebab makan hidang. Best lagi kalau buffet bole tambah 14 kali. Haha




Belundu-lundu Ke Hulu

Wihuuu.. Sabtu lepas kami ke Lundu pasal ada program family day jabatan suami. Mula-mula nak pergi tu punyalah liat. Badan pun tak berapa sihat sangat hari sebelum tu.

Nak pergi ri sabtu tu pun siap tangguh-tangguh lagi. Konon-konon nak pergi lambat so bole ngelat tak payah join aktiviti diorang. Hahaha

Nak ke Lundu tak adala jauh sangat cuma lebih kurang 2 jam perjalanan. Kami pun tak pernah pergi Lundu jadi nye perasaan scary tu tiba-tiba ada. Haha macam tah ape-ape. Tapi syokla pergi Lundu. All the way nak ke Lundu scenary dia memang eyes catching la kan. Nampak banyak gunung tapi tak tau mana satu yang nama dia Gunung Gading. Huhu

Lundu ni ada pantai. Aku ingat resort biasa-biasa aje. Macam golf resort ke gitu. Sekali sampai..waduh! Syok gila tempat dia. Masa tu sampai kat retreat resort tu dah pukul 5 lebih. Kejap lagi dah gelap. Menyesal pulak pergi lambat. Huhu

Dah tu pulak aktiviti santai. Tak ada aktiviti bawak bola ping pong dalam sudu. Warghh.. Haha. Nasib baik tempat dia kecik tapi kecik-kecik pun tak puas menikmati pemandangan dia







Memang rilex gila la kat Retreat Resort ni. Dan yang paling best dapat jumpa Marni si mama to be tu. Siap tayang perut kat aku lagi. Haha comel je perut dia dah 6 bulan preggy. Hopefully dia and baby selamat time nak deliver nanti. Aminnn..

Salam Jumaat

Hari ni black out pulak kan.. Rasa nak balik aje tido kat umah tapi tak sedap pulak rasa makan gaji buta..

Jadi aku pun menulis dan menulis.. MA kat dalam bilik dia ketik-ketik tekan mouse dia. Kalau tak main fb tu mesti main fb. Huhu..

Adoii.. Mengantuk gila rasa. Kepala teringat nak balik kemas umah, masak awal pastu cebum-cebum. Syoknye..

Tapi bila aku ni ikut buku sangat mesti MA tu ingat aku ni bendul. Ko balik je la. Takkan semua benda aku nak cakap. Mungkin begitu omelannya dalam hati . Ya.. Ikut hati memang aku bak balik umah aje tapi banyak benda aku nak kena consider..

Dia takpe la nak balik umah sebelah klinik aje. Aku ni ha nak kena lintas jalan dan dah tentu banyak pasang mata nampak aku balik. Diorang tu tunggu aku buat silap sikit aje. Pasal punch tu pun dah cukup lah utk aku belajar bawak diri kat sini..

Diorang buat macam tu takpe. Tempat diorang kan.. Kalau aku ni pantang buat silap sikit. Silap ari bulan kena buang keje.

Cerah jugak mata aku bila umpat diorang. Haha.. Rajin terlebih pulak la kan aku ni bila dah black out macam ni. Dah tulis by hand ni nanti nak taip pulak pasal bateri hp empty. Huhu..

Tunggu je la MA bukak mulut suruh balik awal. Huhu.. Sedeyyy

Gojira : Tanjat Dedek Tengok Cerita Ni

Lama dah kan tak review movie semua ni. Lama sudah tak tengok wayang pun. Latest tengok wayang Amazing Spiderman 2 dengan Godzilla.

Dua-dua tengok ari pertama show tau. Tapi dua-dua cerita dia kelaut. Cerita Spiderman hukum bakar panggung pasal makwe dia mati. Calar kredibiliti seorang Spiderman. Cerita ok dah pasal dari mula cerita dah pung pang pung pang dengan action cuma dia annoying sikit pasal banyak sangat joke.

Cerita Gojira? Paling kenangan pasal cerita itu membawa penonton ke zaman kanak-kanak. Rasa macam tengok cerita Ultraman. Aku dengan suami tengok cerita tu berdekah-dekah ketawa kutuk tak putus-putus. Haha

Cerita slow satu hal. Tiba-tiba Gojira sembur api sebijik macam dalam cerita Ultraman. Aku dah pesan dengan pengarah jangan shooting kat Jepun. Kan dah terpengaruh dengan idealism Ultraman dia. Kah kah

Patut pun rasa berat hati masa que nak beli tiket. Pegi dah la tak plan. Suami lepas mandi nak solat maghrib terus ajak pergi The Spring. Suami macam tak faham-faham isteri dia ni pantang di ajak. Haha..

Sampai The Spring cari kereta model F1 tak ada. Beli tiket wayang pun rasa confuse. Betul ke nak tengok ni. Nasib baik beli tiket 2D je. Mahal bole tahan jugak. Kepala aku dah terbayang sale kat Padini. Nak belek-belek tak sempat dah. Huhu

Maka berakhirlah malam tersebut dengan kenangan. Kih kih

Kemain Kau Berselfie Ye?

Semenjak dua menjak ni aku dah makin rajin berselfie. Ntah mana dapat perangai ni pun tak tau la aku




Shoping Begitulah Caranya

Ye.. Shopping lagi. Sesi menjahanamkan duit dan yang mengalami kerosakan paling teruk tentulah poket suami. Naik hangus kredit kad di swipe tanpa henti. Mintak nyawa dah kredit kad tu. Haha

Biasalah hari minggu hari bergembira kecuali suami. Haha.. Sabtu lepas kami ke Plaza Merdeka. Macam tak ada tempat lain nak pergi. Asyik-asyik Plaza Merdeka. Misi kali ni nak cari handbag untuk mak aku dan..dan..wallet Guess untuk aku. Maklumlah aku ni kalau dah berkenan, dilanggar dengan stemroll pun hati ni tetap lah itu jugak pilihan hatiku. Haha

Maklumlah kalau dah nama dia perempuan, nak beli satu barang aje masuk nye sampai sepuluh kedai. Setiap harga beg dicatat dalam ingatan dengan harapan dapat beli beg paling cantik, berkualiti, berbaloi dengan harga dan semestinya branded.

Pusing punya pusing akhirnya terperosok ke Parkson lagi. Bosan betul. Haha.. Cari punya cari. Belek punya belek, Alain Delon jugak yang kelihatan paling mak-mak diantara semua. Belek lagi beg Alain Delon. Try tu try ni gaya dah macam makcik-makcik baru dapat title datin. Dah jumpa yang berkenan. Nak pilih the best one pasal mak aku ni cerewet. Glamer sangat dia tak nak. Lip lap lip lap jangan bagi dia nampak. Dahulu kala along aku belikan jubah berlabuci, arwah labuci-labuci tersebut disingkir kan beliau dari jubah tersebut. Pakainye tidak jugak.

Tiba-tiba aku jadi tak keruan. Karang beli mahal-mahal mak aku tak sudi nak pakai pulak. Pengsan kesedihan aku nanti. Jadi aku amek gambar send kat ateh aku tanya mana satu yang mak berkenan. Wu ala terus call mintak belikan beg harga rm10 katanya. Aku rasa sangat tercabar sampai tahap nak berhenti kerja klinik aje rasa nye. Haha

Aku pilih aje kaler coklat bata. Ada ke kaler tu? Ah aku punya suka nak nama kan apa. Sekali yang aku berkenan tu last piece daa.. Ala rembat jugak la yang display punya. Terus bayar. Kalau shoping dengan suami mesti ada timing. Suami bimbang aku hanyut dalam arus kemodenan dan kad kredit menjadi semakin nipis.

Jam menunjukkan hampir ke pukul 2. Solat belum lagi. Aku merengek jugak nak beg Guess. Suami tentu tak tahan aku dok merengek aje macam tu. Haha.. Jadi kami ke Guess dan rembat wallet yang dah sedia bermain dalam fikiran semenjak dua tiga minggu yang lepas. Saye janji itu Guess saye yang terakhir. Lepas ni tolong tumbuk muka saye kalau saye mintak nak Guess lagi wahai suamiku. Haha

Kami pun pulang. Sampai di rumah.. Alamak beg last piece layak jadi display tu ada defect pulak. Wargghhh.. Nasib baik malam tu suami memang nak keluar main ping pong. Jadi kami keluar awal sikit lepas maghrib nak return beg tersebut dan ambil beg yang lain. 

Wahhh.. Parah betul rasa nye nak beli kan hadiah untuk mak aku. Rasa macam nak buat decision wayar bom mana yang patut dicabut. Tersalah cabut wayar, bom meletop yakni aku pengsan kesedihan. Kalau betul wayar nya, maka happy la kami anak beranak nanti. Haha

Begitulah cerita hujung minggu kami. Sekiann..



Kejadian Seram Jam 12 Tengah Malam

Seram tak tajuk? Seram kan? Belum baca lagi apa yang seram sangat tu kan? Tapi tak payah nak seram sangatlah kalau dah memang aku ni seorang penidur dan sayang sangat dengan tidur.

Semalam masa aku baru nak terlelap kepala baru nak melayang roh baru nak keluar dari badan, dalam mamai-mamai tu aku terdengar ada orang ketuk pintu bilik. Empat kali bunyi ketukan tu.

Ketukan tersebut buat aku tersedar. Kemudian terdengar lagi bunyi ketukan yang sama. Aku dah bingung dan keliru. Bia betul ada orang ketuk pintu bilik aku. Ke ustaz kat umah atas bertukang malam-malam? Bia betul pulak lah ustaz tu tengah malam nak pegang hammer segala?

Aku kejutkan suami masa ketukan kali ketiga kedengaran. Suami liat pulak nak dikejutkan. Bila suami tersedar bunyi ketukan tu dah hilang. Suami cek handphone kalau-kalau ada student call ajak jalan-jalan pergi hospital tapi tiada.

Belum sempat suami bukak pintu bilik aku halang. Jangan bukak aku cakap. Pintu rumah berkunci masakan orang masuk ketuk pintu bilik. Ah.. Mungkin rumah orang lain ketuk pintu rumah kuat sangat kan?

Suami sempat melawak. Suami kata kalau dia bukak pintu bilik ada abah kat luar pun dia akan pengsan. Aku kata suami tak boleh la pengsan. Dia kata tak apa sebab aku dah pengsan dulu. Hahaha

Hadiah Hari Jadi

Semalam balik kerja ingat nak cebum-cebum. Maklumlah penat kerja dari pagi sampai petang main candy crush. Haha

Bila suami amek pulang dari kerja, nampak bungkusan kat seat belakang. Wahhh.. Hadiah dari kakak ipar dah sampai!

Sampai rumah terus mintak suami bukak bungkusan itu


Taraaa..kak da hadiahkan shower gel body shop ngan tudung yang comel 2 helai. Suka sangat ngan tudung tu pasal aku pun dah lama tak beli tudung baru.


Hari ni pergi kerja terus pakai tudung baru. Comel tak kak ton? Haha

Tq kak adah muah2! Esok nak pergi shoping hadiah birthday kak adah pulak. Hadiah apa? Jeng3 lah jawabnya! Haha

Siti Noorbaya Hamdan

Siapakah wanita istimewa yang layak nama nya disebut dalam blog aku ni? Siapakah Siti Noorbaya Hamdan ini?

Siti Noorbaya Hamdan ni ex clasmate aku masa sekolah menengah dulu. Siti Noorbaya Hamdan ni sangat unik bagi aku. Serba serbi unik dari rupa paras dan tingkah laku.

Siti Noorbaya Hamdan ni sangat unik sampai dia buat macam-macam supaya aku nak kawan ngan dia. Masa sekolah biasa la kalau masing-masing ada click kecuali Siti Noorbaya Hamdan. Dia macam tak ada click macam aku.

Masa tingkatan dua, Siti Noorbaya Hamdan ni bagi aku hadiah hari jadi. Siti Noorbaya Hamdan hadiahkan aku frame disney yang sangatlah comel kaler baby blue. Tetap aku tak nak jadi kawan dia. Haha..

Siti Noorbaya Hamdan sangat baik sebenarnya walaupun dia unik. Masa tingatan lima dia ajak aku balik makan tengah hari kat umah dia. Mak dia masak ikan keli masak cili sangat sedap. Aku masih ingat sampai sekarang kesedapan ikan keli dan kebaikan Siti Noorbaya Hamdan.

Sekarang aku teringatkan Siti Noorbaya Hamdan. Belum pernah ada perempuan yang mintak aku berkawan ngan dia. Kecuali Siti Noorbaya Hamdan yang baik hati..

Maksak Sarawak

Alhamdulillah..Suami dapat wakil kan Sarawak ke Maksak bulan enam sok. Diulangi bulan nam sok. Sesiapa yang berhajat nak belanja beta oblong kambing makan 2 tapau 3 boleh la simpan duit mulai sekarang. Haha..




 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.