Back to Top

Hutang

Kalau bab-bab hutang ni janganlah bawak main kawan-kawan.. Kalau aku ada hutang dengan korang tapi lupa nak bayar maklumlah banyak makan semut.. Bagitau je la. Kalau tak bayar balik pun, paling kurang aku mintak halal je la. Haha

Tapi kita ni bila dah berhutang liat nak bayar kan? Macam aku jugak la baru la ada kesedaran nak bayar balik pinjaman ptptn tu. Dulu mula-mula kerja duit tak berapa nak ada pasal semua habis kat isu perkahwinan. Adat la bila berhutang dengan ptptn. Janji jangan sampai kena blacklist la.

Cuma aku pelik dengan dua orang ni (very detail ok) yang tak malu untuk meminjam duit dan sah-sah la tak akan dilunaskan balik hutang tersebut kan. Dahla pinjam sikit je. Itu pun tak dapat nak bayar balik. Banyak sangat alasan. Sudahnye sekarang lari kan diri. Seronok ke hidup macam tu?

Aku pun takdelah nak tuntut sangat hutang setakat rm50 tu. Bukanlah nak cakap aku ni banyak duit. Tapi baik sedekahkan aje duit tu kan. Dapat pahala jugak tapi suami pulak nak test kawan ni. Memang terkena kat batang hidung. Jadinye cukup sekali tu je la aku tolong makhluk Tuhan tu.

Cuma nye lepas apa yang jadi ni aku rasa tak best la kan. Malu pun ada jugak kat suami sebab kawan kita tu reflect siapa diri kita. Tapi kalau tak bole nak bayar pun bagitau la. Janganlah nak larikan diri pulak. Aku ni bukan along tapi nampak gaya dah macam mengemis duit sendiri.

Jadi kawan-kawan..ingatlah. Kalau susu anak abes..fikirlah sepuluh kali sebelum nak pinjam rm50 kat kawan. Kita bukan jahat tapi kita nak tengok budi bahasa dia. Jangan jerat diri sendiri. Malu bila nak bertaubat nanti..

Peringatan untuk diri sendiri jugak..

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.