Back to Top

Yay!Kebahagiaan Berganda

Alhamdulillah. Hari ni aku dah mula bekerja di Klinik Politeknik Kuching sebagai Pekerja Sambilan Harian. Lengkap tak maklumat aku bagi? Haha

Isnin lepas admin call aku bagitau "Tahniah kitak berjaya lepas temuduga. Sila lapor diri 3 Mac nanti"

Alhamdulillah..First time dapat call dengan bahasa Sarawak bagitau yang aku dah dapat kerja. Even kontrak 6 bulan pun aku dah rasa bersyukur sangat. Susah kot nak dapat kerja kat sini. 

Lepas dapat call tu aku pun dengan happy nya bagitau suami aku yang aku dah dapat kerja tu. Suami yang masa tu tengah kursus dekat KL tiba-tiba dengan senang hati kata nak beli kan Iphone 4s untuk aku. Subhanallah sangat-sangatlah happy berguling-berguling. Ri tu kena tinggal 4 ari suami beli kan pan Tefal. Ni kena tinggal seminggu dapat Iphone pojaan hati pulak. Harap-harap kena tinggal 2 minggu nanti bole dapat gelang emas pulak. Haha

Hari ni bermula la tugas aku kat klinik. Punyalah seronok kerja kat sini pasal colleague aku sorang je. Haha.. Aku assistant Pegawai Perubatan kat klinik ni. Kerja aku dok kat kaunter je. Hujung bulan dapat gaji. Na hai seronok dia. Akhirnya impian aku masa tengah sedih jauh ngan suami masa kerja kat Merchantrade dulu tercapai. Masa tu aku harap dapat pergi kerja balik kerja ngan suami. Tak sangka.. Mungkin rezeki aku lambat tapi Allah makbulkan jugak. Alhamdulillah!

1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya nak tanya masa interview di Merchantrade tu apa yang diorang akan tanya ya? Test apa yang diorg akan buat?

    ReplyDelete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.