Back to Top

Dah Kenapa Mengkeme Bakar Sepah-Sepah?

Orang Malaysia memang macam ni. Selalu tak bersyukur. Ri tu cuaca sejuk sampai ke tulang bisninggg...Sekarang cuaca panas melampau pun bisingg..Dah kenapa kau? Sejuk tarik selimut. Panas pergi berendam. Ah kan senangggg...

Sebelum balik Kuching, cuaca kat Banting memang panas tapi aku rasa normal la panas kat Malaysia macam tu. Tak adala sampai tahap berjemur sekejap terus hitam kulit. Bagus la jugak bagi aku yang cuci baju hari-hari. Jemur tengah ari petang dah kering. Tak ke senang hidup tak payah dah jemur, teduhkan balik. Banyak kerja.

Ahad lalu masa aku balik ke Kuching, dengan tiba-tiba nampak pembakaran hutan secara besar-besaran masa masuk Pulau Borneo. Aku langsung merasa marah. "Dah kenapa ko bakar sepah-sepah? Patutla pemandangan kelihatan kabur je hari tu". Even flite siang pun tapi bole nye tak nampak laut yang biru. Semuanya kabur. Marahnya sampai bawak ke tidur. Haha..

Esok bila tengok berita sebok menteri-menteri pegi cek air kat empangan. Dah kemarau rupanyaaa..Haha. Sungguh la tak updated. Aku ingat kan panas-panas biasa. Tak cukup empangan kering, kebakaran terbuka jugak banyak dilaporkan. Owhhh..Kesian orang Sarawak jadi mangsa kemarahan membabi buta aku. Ah kalau kat semenanjung orang bakar sepah-sepah aku marah jugak. Kan?

Tapi Alhamdulillah ri ni bumi Matang dah turun hujan renyai-renyai. Cuaca pun tak adala panas macam ri Isnin dan Selasa ri tu. Patut pun masa kat semenanjung aku asyik meracau nak minum Coconut Shake sebab dahaga sangat. Rupanya kemarau melanda. Kih3

Korang pun dah tau dan ari-ari orang tv dok pesan "Kurangkan Minum Air, Banyakkan Aktiviti Luar" haha..Dah korang minum banyak nanti air kena catu. Sarawak takda hal sungai melimpah-ruah. Haha

Kuching from above..Kabur Bahtia

Entering West Malaysia..Banyak lagi tu kerja bakar-bakar tapi ni yang paling punca. Huhu

Sungai banyak. InsyaAllah tak kering..


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.