Back to Top

Ooppss..He Did It Again!!!

Sabtu lepas kami beli banyak barang. Aku amek itu ini aku nak masak sedap-sedap untuk suami anniversary nanti. Semua husband yang bayar. Aku belanja pakai mulut aje. Haha

Lewat petang baru kami sampai rumah. Ni yang best nak cerita masa aku tengah masak kat dapur tu. Tiba-tiba suami datang buru-buru. "Ayg, pakai tudung jap. Pok din nak datang".

Pok Din tu baru pindah sini. Dulu dia dari poli mukah. Bila pindah sini dia nak jadi warden plak. Aku tak selesa sangat ngan Pok Din ni pasal kalau dia dah stat cakap memang tak berhenti la jawabnya. Aku dah tarik muka. "Ala kenapa dia nak datang petang-petang ni orang nak masak" Aku tanya paling tak puas hati. "Dia kan nak jadi warden ayg. Saja la nak datang tengok-tengok rumah." Jawab suami aku lancar.

Aku terus jadi pelik pasal ri tu Pok Din tu dah penah datang umah sekali. Tak ada pun dia sebok nak tengok-tengok umah. Mengomel aje kerja nya kat sofa. Suami aku gesa lagi suruh sarung tudung cepat dia dah nak sampai. Aku pun masuk bilik sarung tudung. Bila keluar aku pelik suami aku tutup langsir sliding door. Aku cepat-cepat ke dapur nak potong sayur. Tiba-tiba suami suruh aku bukakan pintu dan dia terus lari masuk bilik bila ada orang ketuk pintu rumah. Aku jadi pelik. Agaknya suami nak tukar seluar.

Bila aku bukak pintu dah standby muka manis depan Pok Din konon nya, tiba-tiba aku pelik lagi tengok muka Pok Din dah lain. "Ni Puan Nor Azira ke?" dia tanya. Kat sebelah dia ada mamat sorang ni tengah pegang sejambak ros merah. I was like..Tutup muka! Aku kena lagi!! Aku kena lagiii!!!

"Sayanggg!!!" Aku jerit kuat-kuat. Dengar suami ketawa dalam bilik. Banjir air mata aku depan orang tu. Haha..Menggigil-gigil tangan nak sign resit. Oh man..My man pranked aku lagi. Aku tak sempat tengok bunga dah. Terus cari suami dan peluk kuat-kuat. I'm melting by his action. I'm speechless..Aku nangis je masa tu. Haha..Hah!!!

Suppose suami aku suh orang tu hantar bunga tu hari ahad pasal anniversary kami ri ahad tapi florist tutup ri ahad. So deliver ari sabtu. It's ok sayang. I never expect to received any suprise from my lovely husband pasal masa keluar tu aku dah merengek nak bear. Dapat!! Haha..Really never expect it. Kalau tau aku tak mintak dah bear. Tapi elok gak tak tau. Bole dapat dua-dua. Haha..

Orang tu datang naik lori besar suami aku cakap. Sebab tu dia tutup langsir. Nak cover jangan bagi kantoi. Haha..Alahai..Oh my..He did it again..Dulu masa mula-mula kawen suami mintak alamat office sebab nak send kad nikah. Aku pun bongok tak terpikir kad nikah tu belah pompuan yang setelkan. Sekali yang sampai bunga..Owhh..

Genap setahun usia perkahwinan kami..Alhamdulillah..

Terima kasih sayang untuk segala yang sayang berikan..
Tiada yang kurang sayang bagi sepanjang perkahwinan in..

Terima kasih atas kehidupan terindah yang sayang berikan..
Tiada yang terindah selain hidup bersama sayang..

Terima kasih kerana melayan kerenah ayang selama ini..Dari sebelum kita berkahwin sampai sekarang..
Sesungguhnya sayang anugerah terindah dari Yang Maha Besar untuk ayang..

Tiada apa yang dapat ayang berikan selain kasih dan setia yang tidak berbelah bagi buat sayang..

Till death do us apart.. I LOVE YOU, AIMAN..




4 comments:

  1. happy anniversary rara dan manman... semoga kekal sampai syurga..aminnnn:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..^_^

      doakan cepat2 dapat baby jugak :)

      Delete
  2. happy anniversary abeman n kakjira. haha. :D. sweet gila!

    ReplyDelete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.