Back to Top

Why Those Sarawakian Can Survive In Peninsular But Not The Peninsular People In Sarawak?

Maaflah..sedih sangat-sangatlah hati ni. Aku dah naik give up nak pergi interview sana sini. Semalam yang paling give up bila aku dah dengar sendiri dari mulut orang Sarawak sendiri yang I would not get any chance to be hire in Sarawak..Sebab kamek oghang malaya..

Semalam aku walk in interview kat RHB. Personal banker je pun. And again yang datang dah confirm-confirm orang sarawak and mostly dah kerja. Skip kerja kejap pergi walk in interview. Aku tak tegur siapa-siapa pun semalam. Aku duduk kat sudut bilik menunggu tu. Dulu aku pandang rendah kat walk-in. Konon-konon senang dapat, belum introduce diri dia dah kata "awak diambil bekerja" tapi bukan aku kat sarawak..

Tunggu sikit punya lama..Tapi tak apa. Rezeki Tuhan dah tulis siap-siap. Aku yang kena usaha. Jadi aku tunggu sampai 3 jam. Ramai gakla yang interview semalam sebab kerja ngan RHB kan best..Bila turn aku, dia explain yang personal banker tu adalah sales. Dia tanya kalau diorang letak aku kat City One and bagi satu table, macam mana aku nak approach orang.

Aku kata aku tak setuju cara lama. Aku sendiri tak suka bila ada orang approach aku kat mall and paksa bagi detail. Macam la yang tanya tu pun tak pernah kena benda sama. Kang kalau aku tanya dia nanti jadi terbalik plak. Aku yang interview dia. Haha

Jadi aku kata aku nak guna cara baru. Build relationship dulu ngan prospek. Take note financial position and financial need dia. Ko nak pegi approach orang tu membabi buta pun buat apa kalau orang tu tak ada nak pikir buat loan ke apa. Strategi tak ada. Orang rimas ngan ko lagi ada la. Betul tak? Kalau orang nak, dia sendiri yang akan datang cari ko. Macam yang aku buat kat sophie la. Sebab tu aku nak pektis benda sama. Hahaha..

Tapi dia tak terima cara aku. Dia kata aku no getter. Mungkin dia nampak aku pasif tapi aku pentingkan strategi dan air muka. Hahaha..Ala macam la yang buat sale tu dia terus approach orang dia tak kenal. Mesti dia approach family dulu. Tak kesah la..Ada la reason dia reject idea aku.

Lepas tu panel lagi sorang bangkitkan isu permit kerja. I said "what is the problem with working permit?" aku ingat kena apply permit dulu baru boleh apply kerja. Dia kata sebab aku orang semenanjung. Bukan dari sabah atau sarawak. Dia kata kalau aku interview kat mana-mana bank pun, bank akan consider pasal working permit. "Sebab kamek oghang malaya kah?" He said yes and I said I feel really sad.

Dia suruh aku aim government sector or support my husband je duduk umah. Wow..very shock..Aku rasa teruk sangat nasib aku bila duduk kat sini. Really..Tambah lagi dia suruh aku ajar tuisyen je. Yang aku nak ajar tu pun anak orang sarawak. Apa yang dia pikir aku pun tak tau tapi memang ikut logik dia tak akan hire orang semenanjung. Buat apa nak leceh-leceh ajar aku cakap sarawak tapi aku pun sampai bila nak pandai cakap sarawak kalau tak kerja and campur ngan diorang. Tapi perlu ke pandai klaka sarawak ni? Bengang plak aku..

Nasib baik aku ada sophie paris. Minggu ni pun makin bertambah income aku compare last week. Dah start tak menang tangan nak pm yang minat nak join. U know what..I feel like I dont have any future here..

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.