Back to Top

Kamek Oghang Malaya

Oh mann..masuk ni dah 8 bulan aku menganggur. Walaupun suri rumah tu pun satu pekerjaan even it is the best job in the world, tapi aku nak kerja pejabat buat puaskan hati ijazah aku. Kang kena gigit lipas dia tu siapa nak jawab.

Baru-baru ni aku ada try walk in interview dengan easy rhb. Yang pergi tu dah tentulah semuanya orang sarawak. Siap ada yang tengah join intern bank lagi sanggup datang dari kl pasal nk interview jawatan sales executive tu punya pasal. Dia orang sibu, study poli mukah, intern kt kl and bila dia tau ada walk in kat kuching, dia sanggup datang.

Aku dah mula berpeluh. Mula-mula dengar walk in, aku rasa ini mesti nak pakai ramai orang. Sales pulak tu. Bukan semua orang minat sales. Mesti senang nak dapat. Ri ni interview, esok masuk kerja. Tapi bila adanya budak tu, it shows me that it won't go that easy.

Aku pun saja wat ramah. Sapa yang datang interview tu. Semua bantai cakap sarawak ngan aku. Ahh..sudah. Cepat-cepat aku bagitau "kamek oghang malaya. Sik pande klaka seghawak" Pup! Terus hilang kamek kitak diorang. Saya awak terus. Haha..

Jadinya..Pada hemat aku, diorang ni mesti nak hire orang sarawak juga pasal ikut logik, lagi senang hire orang sarawak pasal nanti senang nak deal ngan customer yang rata-rata nya guna bahasa melayu sarawak. Cuba dia hired aku, memang boleh tapi target market aku kecik. Unless aku pande klaka seghawak. Cuba kalau aku ada customer orang sarawak, dia tak paham aku cakap, aku pun tak paham dia cakap.

Masa aku interview, dia kata dalam 2 minggu dia akan panggil untuk second interview. Kalau lebih dari 2 minggu, dia kata status application aku jatuh hukum kiv. Aku dengar tak sedap. Dah nak masuk 2 minggu masih belum ada panggilan untuk second interview. Susah jugak nak dapat kerja kat sini sebenarnya even kawan aku kata senang. Mungkin sebab kamek oghang malaya..


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.