Back to Top

Busy Berbusiness

Wowowowo..

Tak sempat nak update blog. Penangan terlibat dalam hal main-main duit. Bank in, transfer, chatting, order, explain. Wohhh..

Minggu lepas kena tinggal sampai empat hari tak patut-patut dengan tak ada bear semua nak buat peluk-peluk melawan kedinginan tak ada suami kat sebelah. Tapi bagus jugak empat hari jadi bujang. Bole fokus bisnes baju dengan sophie. Makan pun ala kadar aje. Kadang-kadang tak makan pasal busy sangat. Haha..Hamboi???

Dah kena tinggal mula la wat kerja nak merajuk sana merajuk sini. Haha..Pening suami aku ikut ragam aku. Dah bengang sangat agaknya, suami beli kan frying pan tefal. Wahhh..kat airport jugak aku belek-belek kuali kesayangan aku tu. Naik malu suami aku. Haha..




Esok suami ajak pergu diner exco jpkk asrama. Kali ni proper sikit la dari yang lepas. And mestilah part yang paling best makan-makan. Huhu..

Gemuk suami aku. Haha

Dan hari-hari berikutnya aku kembali busy dengan business. Even masa diner pun aku sebok deal ngan customer tapi takpela kot. Majlis nye oun dah macam sesi karaoke. Huhu..

Alhamdulillah..aku makin seronok berniaga. Harap-harap in the futurw bole bukak business skala besar projek juta-juta. Projek ape pun tak tau. Jual tempe kot. Haha

Menikah Dulu Baru Bertunang? Rare Ke Idok?

Hati tengah rawan. Nak tido rasa tak sedap tak ada "bantal peluk"..uhuk2. Siap mintak suami belikan bear buat persiapan hari muka kalau ditinggalkan lagi bila suami pergi kursus. Mata dok terkebil-kebil tak bole nak lelap, tangan capai hp belek fb sorang-sorang. Tengok gambar kawan bertunang. Teringat masa kawen dulu, kami menikah dulu baru bertunang. Haha

Al kisahnya pasal pengantin lelaki dah lambat tok imam dah siap-siap bersila tunggu sang arjuna sampai. Bila sampai, sang arjuna pun join bersila sekali depan tok imam. Gugup sangat agaknya masing-masing tengok tok imam dah standby sampai lupa majlis bertunang. Haha..Bajet sarung cincin tunang dulu lepas tu terus nikah.

Aku pun tak teringat langsung hal-hal nak bertunang ni pasal suami memang tak nak bertunang tapi dia belikan jugak cincin bertunang. Mak mertua aku yang perasan masa aku nak salam. Mak mertua aku tunjuk cincin tunang, aku pun jadi terpinga-pinga. Dah sah jadi isteri nak tukar status jadi tunang pulak ke. Haha..Mak mertua aku pun sarung cepat-cepat cincin tunang tu kat jari aku. Haha.

Sampai-sampai terus akad. Haha..Tipu

Hehe..My husband :)

Sempat main mata tapi masa tu terasa diri ni hodoh sangat. Haha

Gelojoh sangat nak sarung cincin kawen sampai lupa cincin tunang. Hehe

Cincin kawen untuk suami jugak tapi dah barai. Huhu

Haha..Time ni la. Comel je muka mak mertua aku

Apa-apa hal salam cium tangan mintak restu dulu :)

Baru la bertunang lepas sah bergelar isteri. Kih3..

Tapi kawen aku memang rare. Time kawen aku ada tetamu paling istimewa yang datang :)

Kira official la ni aku tunjuk gambar nikah lepas dah nak setahun kawen. Aku tak suka mekap nikah dia. Sebab tu tak nak share. Hehe..Aku rasa kami la pengantin yang paling rare. Kot ada yang lain sama macam kitorang tak taula pulak. Kih3..

Hai..lama sangat rasa nak tunggu suami balik. Rinduu..Uhuk :,(

Why Those Sarawakian Can Survive In Peninsular But Not The Peninsular People In Sarawak?

Maaflah..sedih sangat-sangatlah hati ni. Aku dah naik give up nak pergi interview sana sini. Semalam yang paling give up bila aku dah dengar sendiri dari mulut orang Sarawak sendiri yang I would not get any chance to be hire in Sarawak..Sebab kamek oghang malaya..

Semalam aku walk in interview kat RHB. Personal banker je pun. And again yang datang dah confirm-confirm orang sarawak and mostly dah kerja. Skip kerja kejap pergi walk in interview. Aku tak tegur siapa-siapa pun semalam. Aku duduk kat sudut bilik menunggu tu. Dulu aku pandang rendah kat walk-in. Konon-konon senang dapat, belum introduce diri dia dah kata "awak diambil bekerja" tapi bukan aku kat sarawak..

Tunggu sikit punya lama..Tapi tak apa. Rezeki Tuhan dah tulis siap-siap. Aku yang kena usaha. Jadi aku tunggu sampai 3 jam. Ramai gakla yang interview semalam sebab kerja ngan RHB kan best..Bila turn aku, dia explain yang personal banker tu adalah sales. Dia tanya kalau diorang letak aku kat City One and bagi satu table, macam mana aku nak approach orang.

Aku kata aku tak setuju cara lama. Aku sendiri tak suka bila ada orang approach aku kat mall and paksa bagi detail. Macam la yang tanya tu pun tak pernah kena benda sama. Kang kalau aku tanya dia nanti jadi terbalik plak. Aku yang interview dia. Haha

Jadi aku kata aku nak guna cara baru. Build relationship dulu ngan prospek. Take note financial position and financial need dia. Ko nak pegi approach orang tu membabi buta pun buat apa kalau orang tu tak ada nak pikir buat loan ke apa. Strategi tak ada. Orang rimas ngan ko lagi ada la. Betul tak? Kalau orang nak, dia sendiri yang akan datang cari ko. Macam yang aku buat kat sophie la. Sebab tu aku nak pektis benda sama. Hahaha..

Tapi dia tak terima cara aku. Dia kata aku no getter. Mungkin dia nampak aku pasif tapi aku pentingkan strategi dan air muka. Hahaha..Ala macam la yang buat sale tu dia terus approach orang dia tak kenal. Mesti dia approach family dulu. Tak kesah la..Ada la reason dia reject idea aku.

Lepas tu panel lagi sorang bangkitkan isu permit kerja. I said "what is the problem with working permit?" aku ingat kena apply permit dulu baru boleh apply kerja. Dia kata sebab aku orang semenanjung. Bukan dari sabah atau sarawak. Dia kata kalau aku interview kat mana-mana bank pun, bank akan consider pasal working permit. "Sebab kamek oghang malaya kah?" He said yes and I said I feel really sad.

Dia suruh aku aim government sector or support my husband je duduk umah. Wow..very shock..Aku rasa teruk sangat nasib aku bila duduk kat sini. Really..Tambah lagi dia suruh aku ajar tuisyen je. Yang aku nak ajar tu pun anak orang sarawak. Apa yang dia pikir aku pun tak tau tapi memang ikut logik dia tak akan hire orang semenanjung. Buat apa nak leceh-leceh ajar aku cakap sarawak tapi aku pun sampai bila nak pandai cakap sarawak kalau tak kerja and campur ngan diorang. Tapi perlu ke pandai klaka sarawak ni? Bengang plak aku..

Nasib baik aku ada sophie paris. Minggu ni pun makin bertambah income aku compare last week. Dah start tak menang tangan nak pm yang minat nak join. U know what..I feel like I dont have any future here..

Mendamaikan Hati Di Damai

Semua dah sedia maklum sebagaimana yang kami maklumkan dalam sidang akhbar yang lalu dalam mimpi yang aku ngan suami tak dapat balik raya haji tahun ni. Kami sama-sama pertama kali tak balik raya haji. Maklumlah..tahun lepas masing-masing bujang lagi. Tapi yang penting kami masih sambut raya haji bersama macam raya haji yang lepas walaupun tanpa keluarga di sisi.

Aku tak kol mak aku pun bagitau yang kami tak dapat balik beraya tahun ni. Mungkin mak aku pun dapat mimpi sidang akhbar aku tu. Kot-kot mak aku pun sedih nak kol tanya aku. Mungkinlah..Haha. Apa la yang aku merepek ni..

Nasib baik suami dapat kondangan bahasa jawa nya join program riadah kat pantai damai budak - budak exco buat. Tak ada apa pun pergi sana. Budak-budak ni buat hal diorang aje la. Aku ngan suami jalan-jalan kat tepi pantai. Tenang sikit hati yang sedih tak dapat balik beraya.




Kemudian kami bawa hati yang duka bershoping pulak. Kami shoping macam-macam tapi masih terfikir nak balik kampung. Dalam kereta tiba-tiba aku tanya suami kenapa kami masih kat sini lagi. Masa ni kami dah kat kampung suami tengah tengok-tengok lembu yang nak dikorban agaknya. Esok pulak kami pulang ke palong. Suami pulak terbayang pukul 10 semalam kami dah sampai lcct tengah tarik beg kedek kedek kedek bunyi nya. Waduhh..

Merasa la kami beraya di perantauan. Mantai nanti aku masak laksa ngan rendang daging je kot. Sini tak taula kalau ada orang hantar daging jugak. Huhu..Makin lama makin sayu pulak hati ni. Meskipun jauh dari keluarga, aku akan sambut raya semeriah yang mungkin walaupun selalunya raya haji memang tak meriah pun. Hoho

Aku akan bersihkan rumah. Hias cantik-cantik. Masak masa hari mantai nanti dan pakai baju raya, cium tangan suami pagi raya nanti. Just same as like my mother was doing during raya..:)

Waduhh..makin sebak. Selamat hari raya aidiladha aku ucapkan kat kawan-kawan yang baca blog aku. Kalau makan rendang mak korang masak tu ingat-ingatla kat aku. Haha

Kamek Oghang Malaya

Oh mann..masuk ni dah 8 bulan aku menganggur. Walaupun suri rumah tu pun satu pekerjaan even it is the best job in the world, tapi aku nak kerja pejabat buat puaskan hati ijazah aku. Kang kena gigit lipas dia tu siapa nak jawab.

Baru-baru ni aku ada try walk in interview dengan easy rhb. Yang pergi tu dah tentulah semuanya orang sarawak. Siap ada yang tengah join intern bank lagi sanggup datang dari kl pasal nk interview jawatan sales executive tu punya pasal. Dia orang sibu, study poli mukah, intern kt kl and bila dia tau ada walk in kat kuching, dia sanggup datang.

Aku dah mula berpeluh. Mula-mula dengar walk in, aku rasa ini mesti nak pakai ramai orang. Sales pulak tu. Bukan semua orang minat sales. Mesti senang nak dapat. Ri ni interview, esok masuk kerja. Tapi bila adanya budak tu, it shows me that it won't go that easy.

Aku pun saja wat ramah. Sapa yang datang interview tu. Semua bantai cakap sarawak ngan aku. Ahh..sudah. Cepat-cepat aku bagitau "kamek oghang malaya. Sik pande klaka seghawak" Pup! Terus hilang kamek kitak diorang. Saya awak terus. Haha..

Jadinya..Pada hemat aku, diorang ni mesti nak hire orang sarawak juga pasal ikut logik, lagi senang hire orang sarawak pasal nanti senang nak deal ngan customer yang rata-rata nya guna bahasa melayu sarawak. Cuba dia hired aku, memang boleh tapi target market aku kecik. Unless aku pande klaka seghawak. Cuba kalau aku ada customer orang sarawak, dia tak paham aku cakap, aku pun tak paham dia cakap.

Masa aku interview, dia kata dalam 2 minggu dia akan panggil untuk second interview. Kalau lebih dari 2 minggu, dia kata status application aku jatuh hukum kiv. Aku dengar tak sedap. Dah nak masuk 2 minggu masih belum ada panggilan untuk second interview. Susah jugak nak dapat kerja kat sini sebenarnya even kawan aku kata senang. Mungkin sebab kamek oghang malaya..


Tongkat Ali Punya Hal

Zohor semalam masa suami baru balik kelas, terus dia buru-buru nak masuk dalam bilik tapi sempat pulak dia tanya aku nak ikut dia tak pergi cari. Sampai cari je suami dapat sebut pasal lepas tu aku terus jawab nak. Cari apa pun tak tau. Pantang suami ajak. Haha..Lepas tu baru la suami explain yang dia nak masuk hutan kat belakang poli dengan kawan dia. Nak cari akar kayu wat minum katanya. Huhu..

Kami pun terus bersiap nak masuk hutan. Ada encik bob nama dia yang guide jalan pasal dia ni dah biasa dengan hutan tu. Baru aje redah hutan tak sampai lima minit, encik tu terus jumpa pokok tongkat ali. Tak jauh dari pokok tu, jumpa lagi sebatang tapi kecik je la. Yang tu suami aku cabut terus pasal kecik.

Jalan depan sikit jumpa lagi sebatang. Kali ni kecik tapi akar dia panjang gila. Last jumpa lagi sebatang tapi tak dapat nak cabut pasal akar dia besar sangat. Ada dalam sejam setengah jugak la kami redah hutan tu. Ala hutan janda..bukan hutan dara. Yang ada pun kerengga aje. Umah mak aku lagi banyak ular dari hutan tu. Haha..

Hutan tu ada banyak sangat pokok yang cantik-cantik. Rasa macam nak cabut semua bawak balik tanam kat umah. Periuk kera dia jangan tanya la. Bersepah! Tak tahan nafsu geram-geram tengok periuk kera tu macam mengada-ngada aje depan aku, aku pun cabut satu. Haha..Puas hati aku. Bole letak dalam bilik mandi aku. Hehe

Suami teruja jumpa pokok tongkat ali yang tak ditag. Haha

Tongkat ali kecik ni aiman punya. Haha


Bini dia dah mabuk dengan periuk kera. Haha

Ajalnya Di Tingkap Rumahku

Petang semalam masa aku tengah istirehat di sofa lepas layan cerita cinderella, tiba-tiba aku terkejut dengar bunyi hentaman. Nak gugur jantung aku. Lalu aku pun menyepikan diri pasal takut. "Rasa macam bunyi tingkap kena hentam" aku berkata dalam hati. Wahh..dah macam novel pulak ke? Haha

Lalu aku pun bingkas menjenguk ke luar tingkap. Tudia..dok tercungap dalam longkang. Sah..Burung tu la yang ekseden ngan tingkap rumah aku tadi tu. Entah apa yang dia marah sangat ngan tingkap tu pun tak taula. Haha

Maka aku buru-buru sarung jubah ngan tudung dan terus turun ke tingkat bawah nak ambik burung tu. Masa tu dah nazak dah dia. Aku bagi minum air pun tak jalan jugak. Akhirnya tamatla riwayat burung tu depan mata aku. Ahh..sudah. Dah ada berlaku kematian pulak dalam rumah aku ni. Haha..Aku pun selimutkan burung tu dan belek-belek muka dia. Haha..

Burung apa aku pun tak tau


Bulu mata dia melentik tapi mata dia merah


Kapan dia bole? Haha..bungung nya rasa

Dah macam snow white aku kerjakan burung ni. Haha..Suami balik nak tengok katanya. Hik2..

Sophie Paris: My Fashion. My Business

Alhamdulillah. Sekarang aku dapat buat benda yang aku suka. Aku tak kerja. Jadi suri rumah sepenuh masa buat masa ni dan aku masih dapat buat benda yang aku suka.

Aku suka pakai sabun herba secret d'champa. Aku pun jual. Market memang slow pasal aku rasa orang lain pun accidentally guna produk tu sama macam aku. Mana ada dia wat ikan kat tv macam kak ton. Siapa yang tau pasal produk ni? Aku guna produk secret d'champa sebab mak aku suruh.

Mak dah suruh kita tak bole lawan cakap mak pasal syurga tu ada kat bawah telapak kaki ibu. Lagipun mak aku concern aku nak kawen masa tgu. Ngan tersadai kat umah. Muka pun dah macam kena sidai kat jemuran. Maka aku guna dan tetap guna sampai sekarang sebab aku suka dan ada kesan yang elok. Jadi aku bertambah suka.

Sejak tak kerja ni, kerja tetap aku kat rumah sekarang selain kemas rumah, aku wat kerja online shoping. Habiskan kuota nafkah zahir pemberian suami. Dia pun dah jadi top kat admin pasal tiap-tiap minggu datang amek parcel. Maka aku pun terfikir. Dari aku keluar duit aje beli baju online, kenapa aku tak jadi sebahagian dari orang yang jual tu?

Hobi aku ngan online shoping ni telah menemukan aku dengan sophie paris. Niat mula-mula nak beli beg, jam ngan baju aje. Sekali yang attend aku tu ajak jadi member. Boleh jadi dropshipper katanya bila dah jadi member. Bayar rm15 aje. Masa tu aku bukan fikir sangat psal dropship tu yang penting aku dapat apa yang aku nak. Haha

Rm15 tu pun tak besar mana. Aku terus setuju. Sebab aku suka. Kalau aku tak nak jual pun tak apa pasal next purchase aku bole dapat 20% less. 20% wei..Aku dah tak ingat apa masa tu pasal hidung aku dah berdarah tengok beg-beg dia. Dalam hati aku, aku nak beli semua.

My passion is shoping now. The best damn thing is bila aku perabiskan duit suami, at the same time, aku bole wat duit kalau aku nak. Semua nya berkisar tentang "kalau aku nak". Tak ada yang nak paksa aku cari duit. Ko nak ko buat. Kalau ko tak nak, nanti ko rimas tengok beg dia pulak. Malam-malam teringat aje.

Bila aku join sophie paris club, everything is flexible. Aku shoping and at the same time aku share ngan kawan-kawan pasal mungkin separuh kawan aku suka shoping aje. Mungkin separuh lagi suka bisnes aje. Dan mungkin ada sekumpulan lagi yang suka shoping sambil bisnes macam aku.

Ini memang MLM tapi this is the best MLM yang aku pernah jumpa. Pasal apa? Pasal aku dah penah join MLM kena sponsor orang sampai pukul 4-5 pagi. Tak best. Biological clock ko hancur. Ko rasa nak push orang sebab orang atas pun push ko suh sponsor orang pasal diorang nak duit. Ko pulak rasa tak nak share ngan orang pasal ko nak kaya sorang-sorang. Bila ramai tau ko jadi macam loser sikit.

Kalau yang ini, yang sophie paris ni, kalau aku tak nak wat bisnes, aku bole wat diri aku jadi loser dengan shoping aje. Tapi tak adala loser mana pun kalau aku still happy dapat barang-barang branded ngan harga berpatutan. Berpatutanlah bila suami aku bagi approval bila aku kata nak beli. Itu indicator paling bagus. Nak wat macam mana suri rumah zaman sekarang pun dah pandai pandang serong kat beg jual kat downtown. Haha

Terima kasih pada perangai teruk aku yang suka online shoping. Terima kasih pada yang bagi panduan kat aku. I found sophie paris by accident and now i love it more than u can see. Cewahh..branded kot wei. Ini pengalaman aku mula menjalin hububgan intim ngan sophie paris. Aku suka dia. Aku bole shoping dan dapat duit.  Aku dah jumpa yang aku paling suka dan aku share kalau korang pun suka juga :)

How Much I Miss My Pink Roses

Kesinambungan dari kesah cik yna amek gambor ros pastu ngupload beliau dalam blog..

Oh maii..that was a very sweet moment till make me cry..my lovely husband sent me a bouquet of roses and a very lovely card to read..

Oh maii..my flower was really beautiful. I received it on the counter and everyone was also shocked like me. That was the moment when i start dancing with my beautiful pink roses..

Oh maii..when i read the card which those sentences were inspired by my lovely husband, that was the time when i feel i'm the luckiest woman to have my husband right by my side..

Oh maii..it is a countless of how many time i fell in love with my husband again and again..

The moment when i felt really happy


My beautiful pink roses

Can't get my eyes from it

 I read it again and again

Gedik ke idok? Haha





 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.