Back to Top

Cantiknya Taman Negara Bako!

Hari ni kami ke taman negara bako. Best! Tapi yang tak bestnya kena bangun pukul 5 pagi. Bila aku tanya suami siapa yang ajak pegi pagi-pagi, suami tanya balik siapa yang ajak pegi bako. Aku gagal nak menjawab balik kemudiannya. Haha

Taman Negara Bako mungkin tempat terakhir aku pegi pasal lepas ni suami ada kelas setiap hujung minggu. Tadi kami gerak dari rumah pukul 6.45 pagi dan sampai kat jeti bako dalam pukul 7.40 pagi. Tiket masuk rm10 seorang. Sewa satu bot rm94 pergi balik. Kami pergi 9 orang tadi. Aku first time la ni naik bot laju. Nak sangat. Kan dah merasa

Muka control cun tapi dalam hati jakun gila tengok bako. Cantik!

Aiman Nor Azira were here. Hehe

Bila sampai kat jeti taman negara, kami pun mulakan perjalanan. Kami amek trail yang second best dekat iaitu ke Telok Paku. Lebih kurang sejam setengah la kalau lalu trail ni. Trail dia bole tahan mencabar. Mula-mula mendaki aje. Pastu turun aje. Sampai la kat penghujung trail. Tiba-tiba dalam perjalanan tu kami disambut oleh sekumpulan monyet yang kemudiannya tiba-tiba aje marah kat suami aku. Hoho

Tengah marah tiba-tiba bole menguap plak dia ni. Haha

Ni! Ada dalam dua marhalah lagi nak sampai. Bole jamak..Haha. Tipu

Setelah sejam setengah, kami pun sampai ke penghujung trail iaitu Telok Paku. View kat sini memang cantik gila. Memang sukar nak digambarkan. Dari kejauhan dah bole nampak sea stack yang menjadi trademark taman negara bako.

Ada kat celah-celah nu ha sea stack dia. Nak kena turun dulu la baru nampak clear. Hehe

Kami ada kat atas tebing. Gayat tengok tinggi sangat
Memandangkan suami dah tak larat nak jalan balik, maka kami decide nak naik bot aje balik ke jeti taman negara tadi. Kat tepi pantai tu ada je bot yang akan tunggu pasal diorang tau mesti ada yang tak larat nak pergi panjat tebing tu balik. Haha..harga pun berpatutan. Cuma rm7 je seorang. Bila dah turun ke pantai, suami yang dah tak larat terus deal ngan pakcik bot tu. Pastu pesan kat dia suh tunggu jap pasal kitorang nak makan rendang ayam tepi pantai ramai-ramai2. Haha

Pak cik bot tu bawak kami bergambar kat sea stack. Maka kami pun bergambar sepuas hati. Subhanallah..cantik sangat view kat situ. Aku tak abes-abes wahh...wahh..Haha. Ada la dalam 5 minit pakcik tu benti kat situ jap bagi kitorang amek gambar.

Dapat gak bergambar ngan sea stack even angle tak cantik. Hehe

Pak cik bot tu kata batu-batu kat sini tiap-tiap tahun akan berubah bentuk. Nasib baik kami dah kesini. Tahun depan dah tak ada sea stack tu agaknya. Dah tumbang masuk dalam laut. Nak kena menyelam pulak nanti.Haha..kemudian kami pun terus ke jeti. Masa tu air surut jadi bot tak bole masuk jeti. Dia cuma turunkan kami kat tepi pantai dan kami pun dengan seronoknya main air. Haha..

Tiba-tiba pak cik bot tu terpijak sesuatu pastu dia senyum. Rupa-rupanya dia terpijak ada sejenis kerang apa ntah dah macam oyster. Dia kata panggang sedap. Dia pun bagi kat aku. Patut pun kat tepi pantai tu ramai orang macam cari kerang. Rupanya cari benda tu. Masa redah selut tu, aku terpijak kerang tu. Dah dapat dua ekor. Bagi kat suami satu. Haha


Ni la dia. Lupa nak tanya nama. Haha..Tapi sedap sangat!

Kat taman negara ni ada tempat makan dan chalet jugak. So sape-sape yang nak bermalam kat sini, bole la tido kat chalet atau bercamping. Memang berbaloi datang sini. Taman negara bako ni tempat paling best pernah aku datang setakat ni. Cantik sangat-sangat. Jom tengok bako!

Marni, isteri staff macam aku jugak. Hehe

Tempat yang sangat santek!

Penat sangat. Panas terik pun jadi aje rehat kat tebing. Hehe

Eh2..Nampak kurang purba pulak tempat ni dalam gambar

Background sea stack tu kalau tak silap aku gunung santubung. Perfect beach to be visited!

Jakun tahap apa pun tak taula masa ni. Semuanya cantik

Titanic yang tak jadi. Haha

Ini apa? Orang kata babi hutan kat sini manja. Aku ingat masa tracking dalam hutan tu dia datang mintak makan ke tapi hampeh..Cari makan kat kedai makan dia. Ganti kucing. Haha

Ini baru sikit. Nak tengok lagi pergila sendiri. Btw, kat jeti bako yang mula-mula kita naik bot tu ada pasar basah jual seafood segar dan murah gila. Sempat la rembat udang karang dua ekor baru rm7 aje. Saja la nak rasa sekali dia punya daging perghh..manis gila macam letak gula. Hehe..






4 comments:

  1. tu bukan kerang cik azira oi..tu namanya "Sempeng" salah satu dari keluarga kepah..ngeh ngeh..sedap tu..dah lama xmakan sempeng

    -Zaidi Budak Sarawak Kiut-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempeng?gila tak glamer nama.haha..sempeng pun sempeng la janji sedap gila!nak lagi!hehe..

      Delete
  2. wah bestnyer..boleh lah gi nanti..=)

    ReplyDelete
  3. jom kak in.sy pn nk try pegi pulau lakei, atas lagi dr telok paku.mesti lawa gila tempat tu.hehe

    ReplyDelete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.