Back to Top

Diganggui Makhlus Haluuuus..

Jumaat kelmarin kami bertemu dengan wakil perutusan persatuan, encik kamil fahmi ali. Dia ni dah lama kat sini. Dah dua minggu, esok dah nak balik katanya. Ada site visit katanya, dok tepi jalan kira kereta. Haha..Maka kami pun bawak encik perutusan ni pergi shoping kek lapis mira.

Tak pasal bole jumpa artis pulak masa beli kek. Mula-mula tak perasan tapi dia kantoi sebab cakap kelantan. Bila aku pandang dia, dia dah tersipu-sipu malu. "Terkeluar plak cakap kelantan" katanya. Aku dah geram tak tau nama dia pasal tak glamer. Haha

Kemudian kami bawak encik perutusan ni pergi makan malam kat restoran favorite aku yang dekat riverside tu. Memang banyak la cerita pasal persatuan yang dicurahkan malam tersebut. Haha..Tanpa tak diingini, lepas diner berlaku sedikit perebutan kalau boleh digunakan perkataan tersebut dalam situasi ini.

Kami nak bawak encik perutusan ke rumah tapi kawan encik perutusan ni kata program dah nak abes. Kejap lagi konon nya nak datang amek kat waterfront. Maka kami tinggalkan encik perutusan kat tebing sungai. Bila kami dah gerak, rasa tak sedap hati tinggalkan wakil perutusan persatuan sendirian. Maka kami pun nekad nak culik beliau bawak balik umah. Sampai kat umah dah pukul 11.30 malam. Maka jadilah encik perutusan tetamu larut malam kami yang pertama.

Ada dekat sejan jugak encik perutusan lepak di runah kami. Cuba tadi kami tinggalkan aje kat waterfront, dah jadi pengamen agaknya encik perutusan tu. Haha..Nak cerita masa otw balik lepas hantar encik perutusan ni lah. Hantar dekat matang aje. Masa dah masuk dekat hiway tu, aku rasa tayar kereta lain macam. Pastu kereta jadi tak stabil.

Aku tanya suami tayar kurang angin ke sebab rasa macam lembut aje. Macam kereta bukan gerak atas jalan. Macam atas lumpur atau tayar atas tayar. Suami jawab tayar ok aje. Aku pun terus baca istiazah dalam hati. Terus kereta rasa normal. Rasa tayar bergeser dengan jalan balik. Subhanallah..ntah-ntah hantu tu dok bertenggek atas kereta. Huhu..

Bila sampai rumah aku pun cerita kat suami. Rupa-rupanya suami tak rasa pun. Owh man..aku dah terpana. Macam mana nak tinggal sorang-sorang bulan 10 nanti? Dua minggu pulak tu. Adoiyai..

Gaya Rambut Pendek Untuk Wajah Panjang

Last aku gunting rambut masa aku nak nikah dulu. Dah masuk sembilan bulan, kalau pregnant dah lama dapat timang baby. Rambut aku dah panjang sampai punggung. Sumpah..ni sama macam masa aku kecik-kecik dulu umur tiga tahun. Rambut aku memang hot masa tu. Labuh sampai ke punggung dan sakai macam pontianak. Haha

Bila dah pindah sini, suami yang memang sentiasa amek berat tanya kedai gunting rambut mana aku nak pergi kalau aku nak potong rambut nanti.Aku tu pun terus terfikir nak pendek kan rambut. Rambut aku sekarang ni sangatlah bosan dan tak seksi langsung. Freeze aku wat dulu aku sepit ke belakang. Lama-lama bila tengok muka kat cermin dah rupa bibik pulak. Haha

Lantas aku memikirkan potongan rambut pendek yang hot yet cute. Maklumla aku mestilah nak sentiasa nampak cantik depan suami. Kalau rambut pendek ni senang nak jaga kot. Nak style kan pun senang kot. Baru-baru ni aku keluarkan balik freeze aku dan selit kat telinga. Hmm..nice. Nampak macam amoi nak pegi kelas pasal kat umah aku pakai spek. Lalu aku pun search style rambut pendek yang konon-konon nya cocok ngan muka aku.

Nice tapi bila aku masak kat dapur confirm aku sepit-sepit rambut aku. Haha

Macam rambut baru bangun tido. Haha..tapi kalau wat kerja umah tak kacau kosentrasi kot. Hehe

Suka potongan belakang dia tapi tak suka freeze dia. Aku nak freeze yang tutup dahi. Nanti muka tak nampak panjang. Hehe
Even aku bertudung, rambut kenala jaga jugak kan. Lagi-lagi bila dengan suami. Serba serbi kena jaga. Sentiasa nampak cantik depan suami. Tak sabar plak rasa nak melaram ngan rambut baru manti. Hehe.

Cantiknya Taman Negara Bako!

Hari ni kami ke taman negara bako. Best! Tapi yang tak bestnya kena bangun pukul 5 pagi. Bila aku tanya suami siapa yang ajak pegi pagi-pagi, suami tanya balik siapa yang ajak pegi bako. Aku gagal nak menjawab balik kemudiannya. Haha

Taman Negara Bako mungkin tempat terakhir aku pegi pasal lepas ni suami ada kelas setiap hujung minggu. Tadi kami gerak dari rumah pukul 6.45 pagi dan sampai kat jeti bako dalam pukul 7.40 pagi. Tiket masuk rm10 seorang. Sewa satu bot rm94 pergi balik. Kami pergi 9 orang tadi. Aku first time la ni naik bot laju. Nak sangat. Kan dah merasa

Muka control cun tapi dalam hati jakun gila tengok bako. Cantik!

Aiman Nor Azira were here. Hehe

Bila sampai kat jeti taman negara, kami pun mulakan perjalanan. Kami amek trail yang second best dekat iaitu ke Telok Paku. Lebih kurang sejam setengah la kalau lalu trail ni. Trail dia bole tahan mencabar. Mula-mula mendaki aje. Pastu turun aje. Sampai la kat penghujung trail. Tiba-tiba dalam perjalanan tu kami disambut oleh sekumpulan monyet yang kemudiannya tiba-tiba aje marah kat suami aku. Hoho

Tengah marah tiba-tiba bole menguap plak dia ni. Haha

Ni! Ada dalam dua marhalah lagi nak sampai. Bole jamak..Haha. Tipu

Setelah sejam setengah, kami pun sampai ke penghujung trail iaitu Telok Paku. View kat sini memang cantik gila. Memang sukar nak digambarkan. Dari kejauhan dah bole nampak sea stack yang menjadi trademark taman negara bako.

Ada kat celah-celah nu ha sea stack dia. Nak kena turun dulu la baru nampak clear. Hehe

Kami ada kat atas tebing. Gayat tengok tinggi sangat
Memandangkan suami dah tak larat nak jalan balik, maka kami decide nak naik bot aje balik ke jeti taman negara tadi. Kat tepi pantai tu ada je bot yang akan tunggu pasal diorang tau mesti ada yang tak larat nak pergi panjat tebing tu balik. Haha..harga pun berpatutan. Cuma rm7 je seorang. Bila dah turun ke pantai, suami yang dah tak larat terus deal ngan pakcik bot tu. Pastu pesan kat dia suh tunggu jap pasal kitorang nak makan rendang ayam tepi pantai ramai-ramai2. Haha

Pak cik bot tu bawak kami bergambar kat sea stack. Maka kami pun bergambar sepuas hati. Subhanallah..cantik sangat view kat situ. Aku tak abes-abes wahh...wahh..Haha. Ada la dalam 5 minit pakcik tu benti kat situ jap bagi kitorang amek gambar.

Dapat gak bergambar ngan sea stack even angle tak cantik. Hehe

Pak cik bot tu kata batu-batu kat sini tiap-tiap tahun akan berubah bentuk. Nasib baik kami dah kesini. Tahun depan dah tak ada sea stack tu agaknya. Dah tumbang masuk dalam laut. Nak kena menyelam pulak nanti.Haha..kemudian kami pun terus ke jeti. Masa tu air surut jadi bot tak bole masuk jeti. Dia cuma turunkan kami kat tepi pantai dan kami pun dengan seronoknya main air. Haha..

Tiba-tiba pak cik bot tu terpijak sesuatu pastu dia senyum. Rupa-rupanya dia terpijak ada sejenis kerang apa ntah dah macam oyster. Dia kata panggang sedap. Dia pun bagi kat aku. Patut pun kat tepi pantai tu ramai orang macam cari kerang. Rupanya cari benda tu. Masa redah selut tu, aku terpijak kerang tu. Dah dapat dua ekor. Bagi kat suami satu. Haha


Ni la dia. Lupa nak tanya nama. Haha..Tapi sedap sangat!

Kat taman negara ni ada tempat makan dan chalet jugak. So sape-sape yang nak bermalam kat sini, bole la tido kat chalet atau bercamping. Memang berbaloi datang sini. Taman negara bako ni tempat paling best pernah aku datang setakat ni. Cantik sangat-sangat. Jom tengok bako!

Marni, isteri staff macam aku jugak. Hehe

Tempat yang sangat santek!

Penat sangat. Panas terik pun jadi aje rehat kat tebing. Hehe

Eh2..Nampak kurang purba pulak tempat ni dalam gambar

Background sea stack tu kalau tak silap aku gunung santubung. Perfect beach to be visited!

Jakun tahap apa pun tak taula masa ni. Semuanya cantik

Titanic yang tak jadi. Haha

Ini apa? Orang kata babi hutan kat sini manja. Aku ingat masa tracking dalam hutan tu dia datang mintak makan ke tapi hampeh..Cari makan kat kedai makan dia. Ganti kucing. Haha

Ini baru sikit. Nak tengok lagi pergila sendiri. Btw, kat jeti bako yang mula-mula kita naik bot tu ada pasar basah jual seafood segar dan murah gila. Sempat la rembat udang karang dua ekor baru rm7 aje. Saja la nak rasa sekali dia punya daging perghh..manis gila macam letak gula. Hehe..






Salwa Rendang Paste

Introducing Salwa Rendang Paste

Welcome Salwa Rendang Paste in my life. Kalau mak aku tengok confirm mak aku kata "Dah senang, nak senang lagi. Mak dulu nak wat rendang kena tumbuk cili, jolok buah kelapa bla..bla..bla.." Sekarang nak jimat masa. Karang tak sempat nak tengok Disney Channel ngan sinetron Si Miskin  & Si Kaya. Tak pasal..haha

Rendang paste ni paling senang gila nak masak. Cuma tambah air je. Senang nauzubillah. Pasni kalau ada yang malas jugak nak masak rendang untuk family, baik berhenti jadi orang la. Aku guna ayam daging wat rendang. Ayam daging kot. Tak sampai sepuluh minit rendang aku dah siap. Kan dah jimat masa dan gas. Alang-alang harga minyak dah naik ni, marilah kita berjimat.

Rasa dia? Tak payah cerita pasal rasa dulu. Kita cerita pasal bau dia. Suami aku dari dalam bilik terus datang ke dapur. Dia kata bau macam hari raya. Haha..Rasa memang tip top. Pedas dia pun tak pedas sangat. Budak-budak pun bole makan.

Masuk ni dah dua kali suami aku ratah gitu aje rendang tu. Sedap sangat la tu. Terima kasih la kat encik inspektor yang jaga booth ri tu pasal hadiahkan kami rendang paste ni. Tahniah jugak pasal dah bertunang. Haha

Btw, aku masak rendang ayam ni sebab nk bawak pegi piknik kat bako esok. Tambah sedap agaknya makan rendang ayam tepi pantai. Haha..sape-sape yang terliur tengok rendang ayam aku sebentar lagi, bole la torai. Harga pun tak ada la mahal sangat. Sama aje kalau beli santan ngan cili ngan daun kunyit ngan kerisik ngan segala macam kau nak guna wat rendang.


Esok bole tayang kat kawan-kawan. Hehe

Hidup Kami Suami Isteri Berantakan Semalam

Semalam..Semalam itu..Telah berlaku sesuatu..Sesuatu..Yang tak pasti pulak aku boleh diklasifikasikan sebagai sejenis aktiviti, program atau..Atau..Tak pasti..

Semalam itu..Suami dah beritahu ada kebakaran jam dua pagi..Sengajalah mereka warden-warden ni nak bermain dengan api. Tapi bukan main api semata-mata. Nak bagi student lalu situasi kebakaran yang sebenar.

Suami kata..pukul 1 nak kena bangun. Suami enggan tido dalam bilik. Maka kami tido di sofa aje.Baru nak lelap dah pukul satu pagi. Mata terpisat-pisat lagi. Suami pun bangun nak bersiap. Kena keluar awal..nak bakar tayar katanya.

Aku pun sambung tido dalam bilik. Pastu rasa takut tido sorang-sorang. Rasa macam ada pocong tido sebelah. Haha..baru nak terlelap tiba-tiba siren bunyi. Aku tengok jam kat dindibg baru pukul 2.30 pagi. Jenguk kat luar tingkap tengok budak-budak jalan ramai-ramai nak pergi mana pun tau. Sayang nyawa jugak diorang ni. Haha

Baru seminit aku terlelap, bunyi siren lagi. Kali ni bomba pulak datang. Tengok jam kat dinding lagi, baru pukul 3.00 pagi. Dalam hati kata " Tinggal abu dah kot tayar tu. Lambat benau sampai nye"

Tak tahan sangat mata, aku pun lelap. Tersedar masa suami balik. Tengok jam kat dinding lagi, dah pukul 4.24 pagi. Alahai..kesian suami aku. Dah nak subuh baru sampai rumah.

Kalau korang nak tau..selain budak-budak asrama, jadi student politeknik sangat beruntung. Mereka ditatang bagai minyak yang penuh. Dijaga tip top from tip to toe by their academic advisor. Kalau sakit ada sedia ubat. Rasa-rasa nak pergi hospital, warden hantarkan. Manja..beruntung sangat mereka ni.


Tengok Iklan Polo GTI Pun Boleh Ketawa Sorang-Sorang

Ini cerita atas katil..Yang bawah 18 tahun tu toksah baca. Orang nak cintan-cintan ni. Haha..

Suatu malam masa kami nak tidur sambil pyuk, suami buat aku ketawa. Tak sangka malam tu dia luahkan semua rasa tak puas hati dia kat aku. Haha..nak tau dia kata apa? Dia bole menganjing aku

"Nak pergi korea. Tapi bukan tahun ni la..Tahun depan ke"

" Nak..nak..peti sejuk baru"

"Nak tu. Nak ni"

"Kete tak nak mintak tukar nama?"

Haha..Aku dah ketawa bersepah-sepah masa tu. Suami menganjing aku sama macam masa aku merengek nak itu nak ini kat dia. Haha..siyot

Bab kereta tu aku jawab..

"Ayg tak nak kete tu. Ayg nak kete Audi. Eh..bukan-bukan. Nak kete Polo GSTI yang macam dalam iklan tu"

Suami jawab..

"Eh, bukan GTI ke? Tak pernah dengar pun GSTI. Macam GSTT aje"

Haha..penat aku nak ketawa malam tu..

Macam tu la suami aku..selalu buat aku ketawa. Semalam kena marah dengan aku. Bole aku tengah period pain pun dia buat aku ketawa. Haha..Aku suka bila suami ejek aku macam tu. Sikit pun aku tak terasa hati malah buat aku semangat nak mintak lagi. Haha..Terbaru aku ajak suami pergi Taman Negara Bako hujung minggu ni. Sok bila dah start kelas dia duk rumah je la aku jawabnya. Huhu..

Dah dekat setahun kami kawen. Meskipun Tuhan belum kurniakan kami zuriat, aku bahagia dengan suami. Harap-harap bahagia sampai syurga..Aminn


Ahh..pasni aku nak mintak macam-macam jugak. Haha

Apa Kaitan Antara Jam, Pos dan Aiskrim Magnum Almond?

Kesian dia penat naik flite ye. Haha


Ini jam aku. Aku tertinggal beliau masa aku hidup menumpang selama sebulan kat Mutiara Gombak dulu. Yang jadi mangsa kena jadi penjaga jam aku ni adalah linaku panggilan manja beliau. Aku pesan kat dia jaga jam aku ni macam jaga nyawa dia sendiri. Apa dia makan itulah yang jam aku makan juga. Memang seksa la hidup penjaga jam ni aku kerjakan. Haha

Bukan tak pernah mintak masa aku kerja kat mtrade dulu tapi hari-hari ada aje hal termasuklah kadang-kadang lupa. Maklumlah dekat masa tu. Bila dah dekat nak sebulan kot aku pindah sini, ingatan terhadap jam milik PTPTN ni datang tiba-tiba. Mula la aku meroyan nak kan jam ni.

Hampir 2 bulan aku bertungkus-lumus berusaha nak dapatkan balik hak penjagaan jam aku ni. Maklumlah aku pun dah kawen. Mampu. Linaku bujang. Bukan nak kata tak mampu, tapi nanti datang masalah kat dia nak jaga maintenance jam aku. Haha

Akhirnya pada tanggal 17 september 2013 jam 3:47:34 petang, jam aku telah selamat pulang ke pangkuan ngan bantuan pos laju. Untuk menambahkan momen indah itu, suami bawa pulang eskrem magnum sekali. Maka berbahagialah aku ri ni dapat pakai jam sambil makan eskrem sedap. Haha

Kepada bekas penjaga jam yang dekat setahun jaga jam aku dengan penuh amanah dan beretika, berbanyak-banyak terima kasih diucapkan. Hanya Tuhan dapat balas jasa baik tuan. Kawen sok aku bagi hadiah jam dinding tulis nama aku. Haha

Berat Badan Tiba-Tiba Turun Bukan Sesuatu Yang Harus Dibanggakan

Kalau masa aku anak dara dulu mungkin aku suka bila kerja nye asyik makan tapi badan makin kurus. Tapi bila dah kawen ni aku jadi risau. Berat sebelum kawen 55kg kot. Dah kawen tinggal 47.9 kg aje. Mana pergi daging aku?

Aku pun dah naik fedap bila jumpa orang semua tegur aku kurus. Pergi kedai kakak keling tu dia siap tanya suami aku tak bagi aku makan ke? Suami aku dah panas hati. Jumpa jiran pulak dia tanya sarawak tak ada nasi ke. Ri tu pergi kawen abg zaidi, belum apa-apa dah kata aku kurus sangat, suami kembang. Terus tak jadi upload gambar ngan pengantin. Aku tengok gambar aku masa tu macam orang sakit aje.

Tiba-tiba aku jadi risau. Kenapa aku makin kurus tapi mulut asyik mengunyah aje. Lepas makan nasi, aku belasah coklat. Setengah jam pastu sapu kaya ngan marjerin atas roti. Belasah sampai empat keping. Ada hantu raya tumpang duduk dalam badan aku ke? Ke tugas surirumah ni mencabar sangat macam pergi berperang?

Atas dasar kerisauan yang tersangat-sangat, aku search kat internet punca masalah aku ni. Keputusan nya sangatlah memeranjatkan. Dia kata orang yang turun berat badan sebanyak 5% dalam tempoh 6 bulan mungkin ada penyakit. Dah tu pulak jenis penyakit tak nak kalah pulak. Kanser, tibi..jenis-jenis yang doktor kata anda ada masa sampai esok je nak hidup. Owh..

Tapi bila baca penuh-penuh, tak ada pulak dia sebut tanda-tanda penyakit tu salah satunya kuat makan. Tak ada satu pun. Hoh..aku nak pergi jumpa ustaz ke doktor ni. Haha..Tapi aku tau perkara ni tak bole didiamkan. Kena buat sesuatu. Tapi bila kenang balik nak ke klinik tu, subhanallah...bercinta rasanya nak pergi. Baik aku pergi mesjid jumpa ustaz. Huhu..


Ni masa mula-mula kawen. Inai pun tak hilang lagi. Hebat kan pipi aku?

8 bulan kemudian..makin kurus dan wajah hilang seri. Uhuk2...

Memang terbayekk la kan tengah type entry bole blackout pulak. Kang peluh-peluh badan aku abes la lemak aku hilang. Haha..

Sultan Mencemar Duli, Rakyat Jelata Turun Merai

"Benda setahun sekali, yang"

Itu yang buat aku semangat nak pergi waterfront malam tadi. Hari sebelum tu aku dah ajak suami pergi tengok kapal berhias. Tak ada perkataan mintak dah. Paksa terus. Haha

Aku pun semangat tengok suami semangat nak pergi waterfront. Semalam masa kami nak keluar hujan lebat gila. Angin bukan main kuat sampai tempias masuk dalam rumah. Hujan ngan angin kencang sampai tak bole nak keluar rumah. Tapi suami gagahkan jugak. Nak pergi kat kereta aje dah basah kuyup. Perghh..

Suami call kawan tanya dia parking mana. Satok dah jammed. Maka kami amek keputusan bijak parking kat satok pastu jalan kaki sampai waterfront berpayung bagai. Sangatlah sanggup.

Sampai sana pukul 8 belun mula apa lagi. YDPA pun belum sampai. Sanggup berdiri lama-lama. Bukan kami aje, semua orang pun semangat. Bila sultan sampai, rasa tambah semangat walaupun tak nampak pun.

Dan nasib baik sultan mahupun PM tak berucap semalam. Paham-paham aje hujan. Haha..Akhirnya kapal berhias pun tiba. Ada 50 buah kapal semalam. Tak mungkinlah kami nak tengok semua kan

Kapal yang lead pasal dia paling cantik

Aku amek gambar kapal yang cantik aje. Haha

MC tu kata setiap hiasan kapal ada maksud dia. Yang ni aku tak tau dia nak cerita apa

Lilin lima batang tu dia kata represent 50 years independent of swak in malaysia

Satu benda aku perasan kat sarawak ni, gelaran Dato' Seri dia tukar jadi Datuk Patinggi. Kalau Datin Seri dia panggil Datuk Amar kalau aku tak salah dengar. Malam yang indah semalam. Indah sampai kat rumah. Haha..banyak lagi kecantikan sarawak yang belum abes kami teroka. Ingat nanti nak pergi Taman Negara Bako. Dah alang-alang ada kat sini. Huhu

Make Up Bag Comel Dah Sampai!

Aduiii..tak hilang lagi sakit kat lengan aku ni. Ni semua angkara wat fitness untuk physical ri tu la ni. Kan dah bertampal dua-dua lengan ngan koyok. Huhu..

Ri ni aku nak tayang beg mekap aku yang comel dan murah. Aku beli online ni. Sekali tengok terus tak bole tido malam. Kesian suami aku. Haha..beg mekap aku murah sebab material dia. Aku ingatkan kain tapi rupa-rupanya kertas aje. Haha..tapi apa-apa pun aku suka. Nanti dah koyak bole beli yang baru. Haha

Pink..kumat suka la ni. Huhu

Abaikan barang-barang terbabit

Selamat Pengantin Baru Kumat

Masih belum terlambat kot aku nak update pasal kawen kawan tido sebantal, makan sepinggan ngan sepermainan aku masa kat uia dulu. Kawen dia ni aku tak dapat balik pasal ada hal tak boleh nak elak. Kecewa kot dari awal tahun aku plan bila sampai masa tak dapat nak balik.

Aku cerita la sikit pasal kumat nama glamer dia ni. Kami satu kos and most of our class sama jadi merangkap classmate jugak la. Sama-sama pulak join silat. Paling best kawan ngan dia ni pasal kitorang macam ada chemistry. Suka pun lebih kurang jugak banyak ke arah yang sama.

Kitorang suka makan kat mamak. Kadang-kadang bila aku rasa nak makan mamak, tiba-tiba dia dah mesej dulu ajak makan kt mamak lepas kelas. Hari-hari jugak la kot melantak mamak. Tak siang, malam pun bole. Kalau tak ada kelas, sabtu ahad pun sanggup gi mamak. Haha

Pastu kitorang punya jodoh pun lebih kurang. Dia kena ngorat ngan suami dia, aku pun sama kena ngorat ngan suami aku masa tu. Dia ym ngan bf dia, aku pun sama ym ngan bf aku. Kerja kat mamak asyik nak cerita pasal suami masing-masing. Masa tu bf lagi la kan. Hubungan ngan suami masing-masing pun growth sama-sama.

Dia couple, aku pun couple. Dia gaduh ngan bf dia, aku pun gaduh ngan bf aku. Pastu dok kat mamak lama-lama lepaskan marah sama-sama kutuk bf cukup-cukup. Dia nanges, aku pun nanges marah kat bf. Haha..Pastu macam kelakar sikit, 1st letter nama kitorang ngan bf masing-masing pun sama. Dia fairouszana n farid. Aku plak azira n aiman. Haha..

Tapi aku kawen dulu dari dia and dia ngan bf dia la yang jadi pengapit masa aku kawen. Tak silap aku bulan sama aku nikah dia bertunang jugak. Sebab tu aku terkilan sangat tak dapat balik kawen dia. Melalak-lalak kat bakang suami sampai tiba-tiba mesej suami ajak balik ri khamis. Haha..takpela. Dia pun dah selamat jadi isteri farid.

Ucapan buat kumat, tahniah..jadi isteri yg solehah untuk suami dan ibu yang baik untuk anak-anak. Ko nak anak 7 orang kan? Haha..aku main hentam aje. Aku doakan ko bahagia ngan farid. Semoga kekal bercinta sampai ke syurga. Ada umur kita jumpa lagi..

Ni aku upload gambar pengantin aku pau kat dia tadi. Haha..


Bukan main cantik pengantin main jeling-jeling. Haha

Sweet like a chocolate la korang. Hehe

Wat wedding kat taman plak..mana la aku tak melalak tak pat datang. Mesti lauk kenduri ko sedap mat. Haha

Selamat pengantin baru farid & fairousazana..u look simple but top notch, gorgeous!

Tahniah Puan Azira! Anda Gagal Lagi. Haha

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penguatkuasa Gres N41 KPDNKK/JPJ

Gagal, gagal dan gagal lagi. Masuk ni dah empat kali dan semuanya gagal. Satu interview tak pergi pasal tak suka. Haha..suka-suka hati aje. Dan tadi gagal lagi. Aku dah memang expect bakal gagal. Sekali dengan suami aku pun gagal hadirkan diri ke kelas. Haha..sory sayang.

Tunggu sikit punya lama pasal ramai gila tadi. Ramai perempuan dari lelaki. Dalam ramai-ramai tu aku tengok ada empat orang aje perempuan yang berjaya physical test. Lelaki adala dalam lima orang tadi. Tu setakat yang aku nampak la tak termasuk yang kena test sekali dengan aku tadi. Mesti ada lagi yang lulus.

Kali ni ada kemajuan sikit. Test mata aku lepas. Nasib baikla pasal dia wat test pun kat atas stage dalam dewan. Kalau kat uia tu lebih kurang macam LT1. Masa test mata kiri tak ada masalah langsung. Pakai contact lense kan. Dia suluh ngan lampu picit, suruh tonyoh pun tak kantoi gak pasal aku dah gam siap-siap contact lense aku. Haha..tipu.

Bila test mata kanan.."Alamak cik. Silau la!" aku cakap kuat-kuat pastu dia bagi lepas aje. Masuk dalam bilik stor plak dia suruh bukak baju. Mestilah yang suruh tu perempuan. Dia cek semua betis, peha ngan badan kot-kot tulang bengkok atau ada kurap. Kulit baby johnson kot aku. Mana nak jumpa kurap. Haha..

Tiba-tiba kan masa dia cek tapak kaki aku, dia dah terpegun. Aishh..seksi sangat ke tapak kaki aku. Pastu dia cucuk-cucuk plak tepi kaki aku ngan pen. Ahh..sudah. Jangan macam-macam. Haha..Pastu dia suruh pakai tudung balik then tunggu kat atas stage. Bila aku keluar dia suruh sorang lagi pegawai cek kaki aku. Pun nak cucuk-cucuk belah dalam kaki aku tu ngan pen.

Aku dah bengang tanya terus "Kenapa cik? Cacat ke?" haha..dia terus pandang aku pastu dia kata tapak kaki aku flat. Dia kata kalau kawad nanti aku bole tumbang. Pulakk..aku pun bagitau la dulu masa aku sekolah aku join kadet polis kot. Dia tanya bos dia pulak. Pun cakap benda sama. Aku pun dah malas aku pun kata "Takpela cik. Bukan rezeki saya kat sini agaknya" Cewah

Tak apala..nak kata kecewa, aku rasa biasa aje. Kalau aku berkeras sangat nak encik tu bagi lulus pun, belum tentu test lompat pocong dia aku bole lepas. Bahasa sopan dan berbudi bahasa dia lompat berdiri. 162cm kot. Bertingkek-tingkek. Haha

Kalau aku lulus semua pun..mampu ke aku duduk jauh dari suami? Nanti aku nak bergurau ngan sape? Hehe

Perkara Paling Looser Pernah Aku Buat Sepanjang 25 Tahun Aku Hidup

Ni namanya lagho. Paling tak ada kerja. Haha

Alkisah terciptanya sarang burung ni pasal ada sekor burung layang-layang ni dia suka sangat tido kat piping atas tempat aku jemur baju. Dulu-dulu tak ada pun burung bertenggek atas tu sebab tuan rumah yang dulu dah sumbat siap-siap piping tu guna surat khabar.

Tup-tup sejak sebulan yang lalu aku perasan ada banyak najis burung landing atas lantai. Aku punya hanger yang jari tu pun jadi mangsa tembakan taik burung. Aku naik hairan pulak mana datang najis tu semua. Dah dekat sebulan jugak la aku terpaksa cuci najis tu.

Pastu ada satu malam masa aku bukak pintu kat tempat sidai baju, aku terkejut ada burung terbang dari piping tu. Malam berikutnya aku usha, sah ada sekor burung layang-layang ni tido kat atas tu. No wonder banyak najis.

Dah sebulan baru aku buat aduan rakyat kat suami pasal kes yang kian menular ni. Tak larat plak aku nak cuci najis aje. Disney channel aku macam mana pulak kan? Haha..suami pun mula buat inspecton dan beliau mendapati burung layang-layang tu kelihatan tak terurus ngan bulu bersepah-sepah. Agaknya burung ni tak ada geng. Pasal tu dia terpinggir kat sini.

 Aku dengar kesian plak. Suami dah marah sampai rasa nak baling batu aje kat burung tu. I said wait! Biar aku buat sarang untuk burung tu. Kalau dia berak jugak atas lantai, aku serah aje kat suami nak buat apa.

Angkara kesian kan burung tu la ri ni aku buang masa nak anyam sarang untuk dia. Tak taula burung tu sakit ke apa tapi kesian la sekarang pun cuaca sejuk aje. Aku yang berselimut plus ada bantal pyuk pun (hik2) pun rasa sejuk lagi ni kan plak burung nan sebatang kera tu.

Ni suami aku pun tak tengok lagi sarang ni. Kena gelak agaknya nanti. Haha

Isu Botak Chin Bukan Perkara Biasa-Biasa

Semalam last la kitorg layan tetamu dari jauh ni. Bawak jalan-jalan jap pergi tengok umah Ketua Menteri Sarawak walaupun sebenarnya dapat tengok pagar aje rumahnya sorok dalam taman nasib baik tak kena tembak ngan polis pengawal. Haha..

Sebagai tanda berada kat kuching, kami bawak tetamu istimewa ni bergambar ngan tugu kucing comel-comel tu walaupun kat sini sebenarnya banyak anjing dari kucing. Pasal kucing dah jadi batu kata tetamu istimewa. Haha

Kalaulah korang tau tugu ni kat roundabout yg sibuk. Haha

Haha..akhirnya ada jugak gambar aku. Maklumlah aku kan blogger

Semalam aku dimaklumkan botak chin kena gantung sampai mati pukul 3pagi tak sempat dah nak tunggu sampai pukul 8pagi pasal dia ni rodok perut polis guna tin sardin. Suami aku yang bagitau. Tu je pasal botak chin. Haha

Wahh..Ini Sudah Sedetik Lebih!

Enam hari kan wei?Dah enam hari kan aku tak update diari cayang aku nih.Lepas ri isnin tu aku terus hilang kan? Pasal ri selasa tu aku tak rasa macam nak update apa-apa. Kepala ingat nak interview aje. Ri rabu plak dapat berita meloyakan tekak. Terus down..adalah hal peribadi tak bole nak cerita. Huhu..

Ri khamis aku bersilat kemas umah lepas amek kawan kat airport ngan suami. Dah datang dari jauh mestila ajak singgah umah jap..kan?



Kawan ni ada kerja kat sini sebenarnya sempena regatta. Memang kebetulan aku ni pun dah dok merengek kat suami nak pergi tengok race perahu panjang tu. Lepas makan malam, kami pun hantar khai nama dia ni pergi waterfront terus. Sempat la jugak rembat pasu rega rm5. Haha

Esok pagi-pagi plak aku dah berambus pergi ke pasar pasal malam tu ada nak wat masak-masak untuk student suami. Dah diorang mintak nak datang beraya tak kan nak kata tak bole pkak kan. Kesiann makan kat cafe tak sedap katanya. Dalam bilik goreng telur siap. Haha..maka aku pun masak mee hun sup sebagai menu. Oi tau tak apa yang best ri jumaat tu? Dapat beli periuk rega rm20 oi! Aku terus jadi tak keruan terus heret periuk tu pergi bawak ke kaunter nak kan kepastian. Haha

Jangan pandang rega wei..kualiti tak ada beza pun ngan periuk harga asal dia rm89.90..haha aku rasa bertuah pada ri tersebut


Balik rumah aku pun terus la bersilat masak untuk suami dan prepare untuk malam tu. Gila penat wei tapi sekali sekala tak apa la kot. Malam tu adala 14 student suami yang datang. Nasib baik bukan satu kelas  Haha..

Nasib baik bukan satu kelas. Ni pun dah penuh umah aku. Haha

Lepas makan bole lagi layan game kannn..huhu

Sabtu kami ke regatta kemudian ke unimas ke satok kemudian ke ke open house opismate suami. Pheww..cukupla kan nak cerita dia punya penat tu.

Dan tadi kami ke regatta lagi nak tengok race perahu panjang. Haha..sekali lagi aku borong ikan patin tempoyak ngan puding raja. Untuk tambahan aku merengek kat suami nak makan umai. Berpeluh la suami aku carikan termasukla aku pasal mengekor kat bakang. Haha

Sanggup tunggu dekat nak setengah jam wei kat tengah panas. Bila start lima minit pun tak sampai dah habis. Haha

Maseh la encik khai bagi kitorg pes rendang ngan santan wangi free. Haha


Balik-balik gambar aku jugak yang takde. Haha


Pegawai Penguatkuasa Gred N41

Sesi berangan petang-petang..

Bestnye lah kan kalau aku dapat kerja kat Putrajaya. Konon-konon masa tu suami dah tetap jawatan dan konon-konon lagi masuk kementerian tak payah jadi lecturer dah. Nanti hari-hari lunch sama-sama ngan suami, along, alang ngan biras aku Abang Min. Haha

Apalah guna elaun seberang laut yang banyak kalau susah nak balik tak dapat balik kawen kumat pun dah nangis teresak-esak. Haha..apalah gunanya?

Oh..Ya Allah..semoga semua yang aku idamkan jadi kenyataan..Aminn..Muah2!
 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.