Back to Top

Temuduga Jurubahasa Gred L17

Aku tau mana yang nak interview jawatan ni mesti susah nak jumpa soalan bocor. Ni aku baru balik dari interview la ni. Penat kau tauu..sebab aku tak cukup tido semalam dok pikir nak goreng apa dekat panel tuh.
 
Interview dia tak susah langsung. Sumpah tak susah. Dapat plak 2 orang panel perempuan yang baik gila. Kerja dia nak gelakkan aku aje tapi malangnya aku telah mensia-siakan peluang tersebut apabila masa tu jugaklah segala vocab dalam kepala berlari meninggalkan aku menuju ke Laut China Selatan.

Mula-mula dia suruh perkenalkan diri dalam bahasa melayu aje. Demit..aku baru nak speaking berabuk sebab part ni la kita nak bagi panel tu taksub tengok kita. Bila introduce diri cakap bm ni lidah aku jadi tergeliat la kan. Haha..rela ditembak.

Dia tanya lepas abes sekolah buat apa. Aku jujur aje. Bulan puasa kot.

Then dia tanya minat ke jadi jurubahasa. Aku pun apa lagi mula la buat muka nak menggoreng “eh, minat! Pada perhatian saya kerja ini sangat mencabar dan saya sukakan cabaran!” Giteww semangat aku.

Kemudian dia tanya apa tugas jurubahasa ni. Perghh..semua ada dalam kepala. Aku mula keluarkan kacang dalam poket. Dah sebulan aku hafal benda yang sama kot. Kadang-kadang selawat pun boleh tertukar jadi tugas-tugas jurubahasa aku sebut. Nak tunjuk dia punya sebati dalam diri aku lah. Subhanallah..

Minat kerja mahkamah? Pun buat muka sampai nak terjojol bijik mata jugak. Tapi dia pandai, aku yang bodoh. Dia mula la tanya benda yang aku x baca. Dia tengok aku ni minat semacam muka macam taksub aje nak kerja kat mahkamah, dia pun expect aku ada wat research pasal mahkamah..haa..kan dah kenak!

Mula-mula dia tanya:

What is the core business of court? Aku jawab sambil makan kacang..

Interpret what is translation? Pun kacang tu aku lambung-lambung masuk mulut aje..

What is the technique of translation? Aku goreng kacang tu sikit. Mula la perangai aku nak belajar menggoreng

Siapa Ketua Hakim Malaya? Errr..Ketua Hakim Negara aku tau la

Who is the top four in judiciary? Err..aku goreng hampir hangus

Dia dah start gelak-gelak tengok aku gagal terkulat-kulat..

Kemudian dia bagi aku teks bm suh translate dalam bi..text dia lebih kurang macam ni..awak dituduh menyamar sebagai seorang pegawai polis..masa ni la segala vocab aku nak melarikan diri

Tang menyamar tu aku terkesima. Tiba-tiba aku teringat cerita national geographic yang aku tengok sama-sama ngan suami pasal binatang yang suka menyamar ni. Tiba-tiba aku sebut fortified..binatang apa fortified. Aku tersipu-sipu malu..diorang dah gelak-gelakkan aku lagi. Terluka siyot.

Memang kena gelak aje masa aku translate tu. Commit jadi admit. Lagilah diorang bantai gelakkan. Dia kata memang orang tu tak nak mengaku salah kalau aku translate macam tu. Aduhh..

Vocab aku datang balik masa dalam kereta..camouflage! Aku sumpah perkataan tu tujuh keturunan. Cucu-cucu aku nanti pun aku tak bagi sebut perkataan puaka tu. Arghhhh! Malu siyot

Jadi kepada yang nak interview esok, jadilakanlah aku sebagai iktibar. Jangan baca benda yang common. Dia x akan tanya. Baca benda yang rare sikit. Gudluck!

2 comments:

  1. Salam. Saya akan menghadiri temuduga bagi jawatan jurubahasa (Melayu) gred L17 jugak nanti. boleh saya tahu awak pergi temuduga tu utk jurubahasa translate bm ke english eh? sama ke dengan jurubahasa (Melayu)? thanks in advance! :)

    ReplyDelete
  2. Dlm surat interview dia ada stated jurubahasa (melayu) ke?x silap sy dl dlm surat xde stated melayu ke english ke cina ke.kitorg pn nervous gak skali dia suh translate cina.klu ada stated melayu tu translate teks bm la kot..huhu.gudluck!

    ReplyDelete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.